Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BPR TOLONG SIASAT KHIR TOYO!

Pendedahan Detik Daily pasal MB Selangor boleh langsai hutang rumah semi-D di Kajang berjumlah RM 150,000.00 dalam tempoh 3 atau 4 bulan selepas menjadi MB Selangor sungguh menakjubkan. Dari mana Khir Toyo dapat pulun duit sebegitu banyak dalam waktu yang sangat singkat?.

Kami sebagai pengguna jalan Kuala Selangor ,Sabak Bernam dan Teluk Intan juga tambah heran apabila diberi tahu bahawa rumah banglo setingkat di Simpang Lima,Sg.Besar berharga tidak kurang dari RM 300,000.00 atau RM 400,000.00 . Harga ini tidak termasuk harga tanah yang dikatakan dibeli dari seorang pak haji berharga RM 150,000.00. Tanah tersebut dibeli oleh Khir Toyo satu atau dua bulan setelah menjadi wakil rakyat DUN Sg.Panjang.Dua atau tiga bulan lepas menjadi MB ,dia bina rumah banglo dengan harga yang tersebut diatas.Ini tidak termasuk rumah Pak Toyo yang sedang dibina disawah Sg.Burung.

Jika dihitung jumlah wang yang dibelanjakan dan diperolehi oleh Khir Toyo dalam masa tiga atau empat bulan menjadi MB Selangor adalah antara RM 600,000.00 dan RM 800,000.00.

Dari mana Khir Toyo dapat duit begitu banyak dalam masa yang singkat?. Dikhabarkan dia memang banyak tokeh Cina dikeliling pinggang.SB Cina dari Sg.Besar jadi tukang buka pintu kereta MB dan isteri bila Khir Toyo balik kampong.Kedua tokeh Cina bekas rumah yang pernah disewa Khir di Sekincan (tapi tak bayar sewa—talak apa) ketiga kontraktor Cina bekas SB polis keempat tokeh Giant Hypermarket dan ramai lagi.

Pengguna Jalan KTI






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com