Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


WUJUDKAN SEMULA SISTEM KHILAFAH

Satu permasalahan umat Islam yang terbesar kebelakangan ini ialah kegagalan mereka untuk bersatu di bawah panji-panji Islam. Meraka tidak dapat bersatu dalam banyak perkara.Memang perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam sehingga lahirnya berbagai-bagai mazhab, tetapi penyatuan umat Islam bukan sekadar perbezaan mengenai mazhab itu,khususnya mazhab fiqhiyyah, penyatuan ummat jauh lebih penting dari itu.

Hizbut Tahrir dalam memberikan kata duanya kepada kerajaan Indonesia pimpinan Megawati mencadangkan agar semua orang Islam dari segenap lapisan berusaha kembali mewujudkan Khalifah Islam, yang sudah pun dikuburkan oleh Mustafa Kamal Attartuk diTurki di sekitar tahun 1924. Ketika Khalifah masih wujud kita dengar orang-orang Barat takut dan hormatkan Islam dan Turki.Tetapi kini umat Islam berpecah-belah kepada berbagai kumpulan dan mazhab. Sejak peristiwa hitam yang melanda Amerika pada 11 September yang baru lalu,kita lihat umat Islam tidak sepakat dalam menghadapi musuh bersama umat Islam ;iaitu Amerika dan sekutunya. Sebahagian besar pemimpin-pemimpin negara umat Islam menyokong tindakan Amerika menyerang Afghanistan dan Kerajaan Taliban yang dituduh US melindungi Osama bin Laden, orang yang paling disyakki mendalangi peristiwa 11 Spetember yang hitam itu. Hanya sebilangan kecil yang tidak menyokong tindakan Amerika itu.

Kelihatan umat Islam tidak sekata memanglah jelas. Tidak sekata dalam masalah fiqh adalah perkara biasa dan dibenarkan dalam Islam atas sifat syariat itu sendiri. Tetapi tidak sekata terhadap musuh yang cuba memusnahkan negeri atau negara umat Islam sedangkan jelas ia adalah musuh adalah satu perkara yang luar biasa sifatnya. Soal pokoknya adalah umat Islam tidak bersatu padu sehingga diperkotak-katikkan oleh Amerika dan negara-negara Barat. Bayangkan Afghanistan yang baru sahaja selesai berperang dengan Russia kini terpaksa pula menghadapi Amerika. Memanglah Amerika tidak berhati perut sebab dia negara kuffar dan didalangi oleh Yahudi yang mengusai sebahagian besar ekonomi US. Tetapi apakah negara-negara umat Islam yang lain juga tidak berhati perut?. Kemanakah kemanusiaan telah dicampakkan oleh mereka?.Tidak timbulkah perasaan belas kasihan apabila Afghanistan yang seagama dengan mereka dibiarkan begitu rupa, dijadikan bahan ujian oleh senjata-senjata canggih dan moden Amerika. Di manakah perasaan umat Islam?

Kita tahu banyak negara-negara umat Islam yang simpati, dan sokongan mereka ke atas Amerika adalah disebabkan beberapa perkara yang sudah umum diketahui seperti takutkan sekatan ekonomi,takut tidak dapat bantuan kewangan, sekatan perniagaan dan sebagainya.Tetapi tidakkah mereka sedar, di negeri-negeri umat Islamlah banyaknya hasil bumi ini yang dianugerahkan Allah.Sepatutnya kitalah yang menyekat Amerika dan tidak menjual minyak,sawit,dan sebagainya yang terdapat di negara-negara umat Islam.

Kembali kita renungkan cadangan Hizbut Tahrir tadi yang mencadangkan agar dikembalikan semula sistem kekhalifahan untuk dunia Islam supaya umat Islam dapat bersatu kembali. Cadangan itu ada logiknya, bahkan Dr.Yusoff AlQardawi sendiri berpendapat sedemikian dalam sebuah tulisannya Kesatuan Ummat:Antara Realiti dan Harapan. Kesatuan ummat Islam hanya akan dapat dicapai sekiranya jawatan dan sistem kekhalifahan dapat diwujudkan semula.Bahkan AlQardhawi berpendapat bahawa adalah fardu kifayah bagi umat Islam mewujudkan kembali Khalifah Islamiyyah,jika tidak umat Islam seluruhnya menanggung dosa akibat ketidakwujudan sistem kekhalifahan.

Dan di saat-saat seperti ini, di saat umat Islam disembelih oleh regim Amerika dan sekutunya, ketiadaan Khalifah Islam itu kian terasa, kerana umat Islam tidak lagi dapat bersatu walaupun sedang menghadapi musuh umat Islam nombor wahid. Dengan begitu setiap Msulim haruslah menyumbangkan tenaga dan upaya,masa dan wang ringgit,jiwa dan raga agar Khalifah Islam muncul kembali dipersada dunia Islam,yang bakal menjadi kata pemutus bagi setiap permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam pada waktu kini dan akan datang.

AlKundangi,
11.10.2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com