Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Demonstrasi Aman dan Keganasan Polis

Kuala Lumpur: Ketika umat Islam Afghanistan yang kebanyakkannya orang awam mati terbunuh akibat peluru berpandu Amerika Syarikat dan Britian, umat Islam Malaysia juga turut mahu berkongsi kesakitan seperti saudara mereka di sana walaupun hanyalah dengan semburan gas pemedih mata.

Sekitar 10,000 umat Islam berkumpul di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat untuk menyatakan bantahan mereka terhadap siri keganasan yang dilakukan oleh regim Bush ke atas umat Islam Afghanistan.

Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu turut dihadiri oleh Presiden PAS yang mengetuai acara kemuncak dengan menyerahkan memorandum bantahan umat Islam Malaysia terhadap siri keganasan terbaru Amerika kepada wakil kedutaan.

Apa yang malangnya ialah demontrasi aman ini telah digangu-gugat oleh keganasan polis apabila mereka menghadiahkan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan yang turut melibatkan penyertaan kaum wanita dan kanak-kanak.

Ramai dari kalangan demonstran hairan akan motif polis melakukan perkara sedemikian sedangkan mereka tidak melemparkan kata-kata kesat kepada polis dan tidak membawa sebarang senjata. Mereka hanya melaungkan slogan-slogan solidariti umat Islam yang bersifat membantah kekejaman berterusan regim Amerika.

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu yang turut berucap dalam majlis itu berjaya menenteramkan keadaan dengan menyeru orang ramai supaya bersabar kerana menurutnya kita bukan hendak bertempur dengan polis. Ketika ditemui, beliau menyatakan kekesalan akan keganasan polis yang bertindak atas arahan pihak atasan. Katanya ini hanya akan memburukkan lagi imej polis yang sudah tercemar di mata masyarakat.

Manakala Presiden Kesatuan Mahasiswa Merdeka (KMM), Asrul Nizam Abd Jalil pula mempersoalkan tindakan polis itu atas arahan kerajaan kemungkinan bertujuan untuk membuktikan kerajaan sanggup bersekongkol dengan keganasan Amerika apabila menentang sesiapa sahaja yang menyatakan bantahan terhadap kekejaman Amerika.

Sejumlah tiga trak FRU diletakkan di hadapan kedutaan manakala penulis juga dapat melihat lima buah lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sebuah lorong berdekatan. Bagi Timbalan Presiden KMM, Mohd Rusdi Abdullah pula, ini seolah-olah menunjukkan bahawa polis kita setaraf dengan polis regim Israel yang sering muncul di siri-siri demonstrasi di Palestin untuk bertindak ganas terhadap umat Islam Palestin.

Seorang demonstran yang sanggup datang dari sebuah negeri di utara Semenanjung yang tidak mahu disiarkan namanya berpandangan bahawa polis tidak sepatutnya bersikap sedemekian kerana demonstrasi itu aman dan turut melibatkan acara solat hajat di atas jalan raya di hadapan kedutaan memohon doa dari Allah.

Apa yang membanggakan penulis, para demonstran cukup bersemangat walaupun dihujani pancutan gas, mereka tidak bertempiaran lari untuk pulang bahkan berteriak bahawa ini hanyalah mehnah yang kecil sahaja jika mahu dibandingkan dengan cubaan yang diterima oleh umat Islam di Afghanistan.

Walaubagaimanapun, demonstrasi itu tetap berakhir dengan aman walaupun terdapat provokasi daripada pihak polis. Penunjuk perasaan beransur-ansur ke bangunan Tabung Haji sebelum bersurai sambil bersalaman dengan anggota polis atas nasihat Mohamad Sabu dengan wajah yang puas dan akhirnya pulang meneruskan aktiviti masing-masing. Puas mungkin kerana bermandikan gas pemedih mata di bumi umat Islam sendiri termasuklah penulis.

Abu Mujahed Abdullah Azzam
mpkangar_kmm@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com