Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kemelut WTC, Islam dan Keganasan: Dialog Peradaban Perlu Diperhebatkan

Saya begitu kecewa dengan perkembangan yang berlaku sekarang di mana banyak perkara telah terseleweng dari fakta dan realiti sebenar sejak berlakunya kejadian WTC.

Pertamanya saya ingin menyatakan rata-rata kita sebagai masyarakat dunia telah ikut sama melatah bahawa Osama dan sekutunyalah yang terlibat dalam tragedi berdarah itu sedangkan sampai sekarang pihak berkuasa Amerika belum dapat mengemukakan bukti kukuh penglibatan pelarian politik Arab Saudi itu. Adakah sesuai masyarakat madani dunia yang berpegang pada konsep natural justice bahawasanya seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan dalam mahkamah keadilan akan kesalahannya terus membutakan pegangan ini dengan turut sama melatah dalam hal ini.

Keduanya, Islam turut tercemar apabila lahirnya ramai ulama baru yang tidak bertauliah membicarakan apa itu konsep jihad. Kebanyakan terus mengaitkan Islam dengan keganasan lantaran pelbagai definisi jihad yang diutarakan. Sedangkan jihad itu sendiri tidak hanya difokuskan kepada tindakan ketenteraan kerana ia turut meliputi pelbagai aspek kehidupan yang mencangkupi bidang ekonomi, politik dan sebagainya.

Mungkin massa tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana institusi berwajib tidak memainkan peranan utama dalam memperjelaskan kekeliruan yang timbul. Contohnya institusi masjid terus menjadi beku akibat pelbagai sekatan pengajian ilmu dan hanya bersifat tempat melakukan ibadat ritual sahaja. Manakala institusi mufti masih diam membisu dan yang paling utamanya pihak berkuasa sendiri seolah-olah turut meyokong sebaran fakta yang tidak benar mengenai Islam apabila panglima utamanya juga pernah mengeluarkan banyak kenyataan yang bercanggah dengan Islam seperti Nabi tidak mencukur janggut kerana di masanya tidak ada pisau gillatte dan penghinaan terhadap Hukum Hudud.

Justeru saya menyeru semua pihak agar mengetepikan sebarang usaha untuk mencari kepentingan politik sendiri dari kemelut 11 September itu. Di satu pihak jangan cuba mengaitkan tragedi itu dengan apa yang didakwa sebagai ‘pengganas tempatan KMM’ yang sedang dibekukan dalam tahanan ISA tanpa dibicarakan, manakala satu pihak lagi jangan mudah memomokkan seruan jihad untuk mendapat sokongan sementara kerana yang ruginya adalah Islam yang akan terus menerus disalahertikan dengan mempremiskannya sebagai ganas khususnya oleh masyarakat bukan Islam.

Kesempatan yang terhad ini wajar digunakan sebaik-baiknya oleh semua pihak untuk memperhebatkan program-program dialog antara agama, peradaan dan budaya yang melibatkan penyertaan semua pihak untuk merapatkan jurang perbezaan yang masih menebal di kalangan masyarakat kita agar masing-masing dapat memahami antara satu sama lain.

Abu Mujahed Abdullah Azzam
mpkangar_2004@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com