Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ke Arah Masyarakat Demokratik

Tulisan D-Daurah 7 bertajuk ‘Pengarah Urusan Harakah terus ditegur’ dan Azhar Shah yang bertajuk ‘Surat buat Lutfi: Mengapa hanya Khir Toyo, tapi tidak berani dedahkan penyelewengan dalam PAS’ adalah dirujuk.

Pertamanya, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada penerbitan detikdaily yang sanggup menyiarkan tulisan-tulisan seumpama ini yang melawan arus dari tulisan-tulisan kebiasaan di dalam laman web ini yang didapati berat sebelah ke arah hanya menghentam parti pemerintah. Budaya kebebasan akhbar mestilah dipupukkan ke arah melahirkan masyarakat yang lebih terbuka mindanya dan matang.

Konsep ketelusan dalam pentadbiran bukanlah hanya difardukan terhadap kepimpinan BN bahkan perlulah turut meliputi pentadbiran kerajaan BA yang memprojekkan dirinya sebagai alternatif pemerintah yang lebih telus dan bersih demi menggantikan kerajaan yang ada sekarang melalui deklarasi ‘Manifesto Bersama BA Pilihanraya 1999 Ke Arah Malaysia Yang Lebih Adil’.

Seterusnya, penulis menuntut Pengarah Urusan Harakah, Dato’ Hishamuddin Yahya agar menjawab dakwaan bahawa beliau mendapat konsesi kawasan balak di Terengganu itu. Wajarlah segera beliau menafikannya sekiranya ia palsu kerana ini turut melibatkan imej negatif terhadap PAS yang sekian lama mendakwa menolak sebarang bentuk amalan kronisma dan sebagainya.

Satu perkara lagi yang ingin disentuh ialah budaya pendemokrasian perlu lebih disuburkan di kalangan penyokong reformasi agar turut mengamalkan konsep ‘amar ma’aruf dan nahi mungkar’ dengan tidak hanya dibataskan kepada penguasa bahkan turut juga aktif menegur kepimpinan BA sekiranya didapati menyeleweng dari arus perjuangan ke arah negara yang lebih adil, bersih dan demokratik kerana kita tidak mahu berjuang untuk menggantikan apa yang dikatakan diktator sekarang dengan melahirkan diktator baru yang sama-sama tidak boleh ditegur.

Selama ini budaya politik kita yang bersifat ‘top-down’ (penguasa menentukan pergerakan kehidupan golongan yang dipimpinnya) perlulah digarap ke arah menjadi ‘down-top’ di mana pimpinan terpaksa lebih mengambil berat terhadap apa yang dikehendaki oleh rakyat yang telah memilihnya. Demokrasi bukanlah sekadar setiap lima tahun sekali apabila berlakunya pilihanraya bahkan ianya perlu bergerak setiap hari.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com