Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Nasib sekolah agama di sebuah negara merdeka

Kemajuan negara membawa banyak perubahan kepada struktur fizikal dan gaya berfikir rakyat Malaysia sebagai sebuah negara merdeka. Tengah hangat diperkatakan oleh barisan pemimpin nombor satu negara mengenai tidak perlunya pelajaran agama ditingkatkan taraf, bahkan kalau dimaksukhkan terus lagi bagus, datang pula isu penyokong kepada isu pertama iaitu sekolah agama yang sedia ada terutamanya di negeri Johor tidak boleh menampung murid-muridnya apabila pihak kerajaan memulakan persekolahan satu sesi pada tahun 2002.

Apabila ditanya kepada sesetengah pengetua dan guru besar mengenai masalah pendidikan di sekolah agama, mereka berkata "tak payah fikir masalah itulah, itu masalah sekolah agama bukan masalah kita…. Nanti tahulah mereka menyelesaikan masalah penempatan murid sekolah agama itu nanti"

Setelah tinjauan dibuat kebeberapa buah sekolah agama di negeri Johor, pihak pengurusan sekolah telah membuat beberapa langkah sebagai persiapan menghadapi kenyataan bangunan sekolah yang ada tidak boleh menampung permintaan yang ramai. Sebenarnya permintaan bukanlah tinggi, cuma silapnya bangunan sekolah itu sendiri yang sempit dan seolah-olah "hidup segan mati tak mahu sahaja". Ada pihak sekolah telah menumpangkan murid-murid mereka di sekolah kebangsaan berdekatan, ada yang menggunakan balai raya, ada yang menumpang di sekolah menengah, di masjid dan sebagainya. Semuanya itu adalah daya usaha pihak pentadbiran sekolah agama itu sendiri. Apa pula tindakan kerajaan negeri?. Lepas tangan begitu saja kah?

Dilihat dari sudut sejarahnya, sekolah agama di negeri Johor sudah lama wujud. Kenapakah hingga sekarang pun masih kelihatan miskin dan kena menumpang di balai raya? Menjawab kepada pertanyaan itu, mungkin juga kewujudan sekolah agama itu hanyalah untuk mengelabui mata dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata. Satu lagi yang musykil ialah, sijil yang dikeluarkan oleh sekolah agama tersebut tidak diiktiraf oleh JPA. Kalau sesiapa yang hendak menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan (ustaz) hendaklah memiliki SPM, hendak diharapkan sijil khas yang diperolehi dari sekolah agama itu... kirim salam sajalah. Tambahan pula bila pemegang sijil khas dari sekolah agama Johor ini diuji, seolah-olah tidak ada apa-apa. Maksudnya tidak menggambarkan seorang yang berilmu.

Ekoran dari kualiti pelajar yang ditunjukkan, menyebabkan mereka (ibu bapa) yang faham sedikit, merasa membazirkan duit dan masa sahaja untuk menghantar anak-anak bersekolah agama. Di situ ada satu persoalan, kenapa tidak berkesannya didikan / asuhan agama yang diajar di sekolah agama itu?.

Berbalik kepada nasib sekolah agama tahun 2002 nanti, sama-samalah kita tunggu dan lihat. Mungkin terus merempat dan menumpang di balai-balai raya, yang tidak sepatutnya berlaku begitu.

Saya berpendapat, nasib sekolah ini jadi begitu menyedihkan adalah kerana pihak pemerintah tidak merasakan kepentingan kewujudan pendidikan agama. Kepala hotak pemimpin negara hari ini, adalah bekas didikan barat yang tidak menitik beratkan ajaran agama Islam dalam hidup mereka. Didikan barat yang mereka terima ialah berbentuk sekular dan kebendaan. Kalau ada beberapa "ketul" yang mempunyai asas agama Islam, menjadi seperti syaitan kenyang yang tidak bercakap sepatah pun demi kepentingan agama Islam walaupun di hadapan mata mereka, mereka nampak agama Islam dihina. Telinga mereka dengar agama Islam dihina, tetapi masih mendiamkan diri. Dan yang menyedihkan lagi, turut bertepuk tangan bila mendengar agama Islam diejek dan dipersenda.

Tunggulah tahun 2002 nanti. Jangan terkejut kalau PM sudah memberi arahan bahawa semua sekolah agama perlu ditutup sahaja. PM bukan suka sangat kepada ajaran agama Islam yang boleh menyebabkan "kemunduran".

Bagaimana cara mengatasi? Jawapannya mudah sahaja tetapi sukar dilaksanakan. Caranya ialah dengan menggantikan pucuk pimpinan negara dengan seorang yang sayang agama serta mempunyai kefahaman tentang agama Islam. Apa yang dianggap susah sebenarnya tidak mustahil apabila rakyat bersatu menolaknya melalui pilihanraya. Kita beri peluang kepada PAS untuk menjaga keamanan, keharmonian, dan yang terlebih utama ialah ketinggian agama Islam. Hanya PAS, bukan UMNO. UMNO tidak boleh diharapkan untuk memelihara kesucian agama. Tindak tanduk pimpinan UMNO hanya penuh dengan sandiwara dan usaha membesarkan empayar kekayaan dunia.

Para cedikiawan (Islam) wajib memainkan peranan untuk memberi faham kepada mejoriti rakyat yang cetek penghayatan agama Islam mereka. Jangan "kecil hati" dengan tanggapan saya. Saya berkata demikian kerana, bila dilihat di masjid ketika solat Jumaat, berapa orangkah yang cukup syarat sebagai ahli jamaah yang boleh dikira dalam bilangan 40 orang? Apa yang ada hanyalah sekadar tahu serba sedikit tentang ibadat solat. Yang sebenarnya bukan setakat tahu serba sedikit, tetapi boleh digilirkan untuk berkhutbah dan menjadi imam.

Selagi "orang tua itu" yang memerintah, selagi itulah agama Islam tertindas. Kalau umurnya panjang, jangan hairanlah bila suatu hari nanti, masjid yang ada hanya tinggal sebagai tempat tarikan pelancung sahaja. Islam tinggal pada namanya sahaja, baca fatehah pun tidak tahu. Maka turunlah azab Allah seperti yang berlaku ke atas umat Islam di Ambon, Bosnia dan lain-lain lagi pada hari ini. Ini kerana minda rakyat dijajah lagi oleh saki baki penjajah British.

Allah SWT yang Maha Berkuasa, boleh menurunkan azab secara "tunai" untuk menyedar dan memberi pengajaran kepada umat yang mahu berfikir.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com