Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pengistiharan Malaysia sebagai negara Islam oleh Dr. Mahathir

Pengistiharan Malaysia sebagai negara Islam oleh Dr. Mahathir adalah meleset sekali, sebaliknya jika dirumus regim dan pemerintahan Mahathir adalah seumpama adik beradik kandung dengan pemerintahan Amerika adalah satu analisa dan perbandingan yang tepat berdasarkan kepada beberapa persamaan dan pendekatan sepertimana berikut.

1. Sama-sama berbangga, sombong dan ego dengan kuasa dan kekuatan yang ada. Amerika menggunakan kuasanya menekan dan campurtangan ke atas negara-negara di dunia terutama negara Islam yang mampu menyekat empayar pengaruhnya. Manakala Malaysia pula barangkali menyedari tidak sekuat itu, menumpukan kekuatannya menekan rakyat dalam negeri sendiri supaya tunduk menerima ideologi dan kehendaknya.

2. Sama-sama banyak mencipta dan mencari musuh dengan kuasa dan kekuatan yang dimiliki baik melalui dasar-dasar yang digunakan seperti sekatan atau membelakangkan hak-hak asasi dan kemanusian.

3. Sama-sama melaksanakan dasar-dasar yang menindas dan zalim melalui kuasa yang ada dimana sebarang kebenaran tidak lagi menjadi persoalan asalkan mencapai matlamat. Dalam hal ini kes royalti minyak Terengganu adalah contoh jelas di mana hak-hak kerajaan Pas itu diragut dengan apa cara sekalipun.

4. Sama-sama berdendam dan membenci status negara Islam sebenar, penubuhannya, pelaksanaan undang-undang, slogan dan konsep jihad dan lain-lain cara hidup Islam.

5. Sama-sama banyak memberi istilah dan label buruk terhadap orang Islam dengan gelaran pengganas, ektrimis, fundamentalis, pelampau dan sebagainya yang boleh mencemar keseluruhan kesucian Islam.

6. Sama-sama merasakan Islam adalah penghalang kepada cita-cita besar kepada negara masing-masing di dalam meneruskan penguasaan dan dominasi pengaruh politik.

7. Sama-sama bersifat berbaik-baik dengan yahudi Israel sepertimana terbukti dalam tindak tinduk dan pendekatannya.

8. Sama-sama bertindak berdasarkan tuduhan-tuduhan, sangkaan dan kebencian, tanpa perlu mendedah dan mengesahkan bukti-bukti untuk menangkap dan memerangi seseorang. Kebenaran soal kedua, apa yang penting kuasa yang ada mampu melakukan apa sahaja.

9. Sama-sama melepas tanggungjawab dengan mudah atau sindrom menafikan biarpun ia benar-benar berlaku. Jawaban yang biasa dan lumrah yang diberikan adalah " kita tidak mengizin atau membenarkan perkara sedemikian ".

10. Sama-sama merealisasikan kekuatan pasukan keselamatan samada polis atau tentera, di pihak Amerika sudah dikenali sebagai polis dunia manakala Malaysia pula semakin menuju negara polis.

11. Sama-sama tidak pernah mengamati diri sendiri atau mengakui kesilapan dan baik buruk dasar-dasar yang dijalankan, segala teguran dan kritikan tidak diendahkan .

Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan perkara-perkara diatas adalah pendekatan kedua-dua pemerintahan ini adalah sama hanya berbeza skopnya sahaja dimana Amerika menerusi dasar-dasar luarnya manakala Malaysia pula di dalam negara. Kedua-duanya takbur dengan kuasa dan kekuatan yang dipinjam sementara waktu sebelum bertemu kerajaan Yang Maha Perkasa dan Agung.

Nonama






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com