Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PEMBATALAN KES-KES SAMAN LETAK KERETA MAJLIS DAERAH KERIAN,PARIT BUNTAR.

MDK telah membuat keputusan untuk menarik balik kes-kes saman letak kereta di Mahkamah Majistret Parit Buntar, pada 27hb.Sept.2001 dan 28hb.Sept.2001. Mereka yang disaman ialah:

1. Puan Aina bt Mohhamed
2. Cheng Joo Khoon
3. Ahmad Fadel bin Harun

Penarikan kes-kes saman tersebut dibuat setelah peguam bela, En.Ahmad Azhar Sharin, mengemukakan soalan-soalan balas terhadap 5 (lima) saksi-saksi pendakwa yang dipanggil bersabit dengan kes ini. Pihak Pendakwa (MDK)bercadang untuk memanggil dua saksi lagi untuk memberi keterangan pada 27hb.Sept.2001, tetapi sebaliknya, membuat keputusan untuk menarik balik kes-kes tersebut diatas.

Setelah mendengar permohonan penarikan balik kes-kes tersebut, Majisterit telah membuat keputusan membatalkan saman-saman tersebut.

Isu mengenai tempat letak kereta di Parit Buntar ini memang telah menjadi satu isu yang hangat yang sering dikemukakan didalam majlis-majlis dialog terutamanya yang melibatkan masyarakat cina. Dengan pembatalan kes kes tersebut pihak MDK berkemungkinan sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar yuran letak kereta di Parit Buntar ini. Pihak MDK dijangka mengkaji semula keseluruhan perlaksanaan sistem letak kereta berikutan dengan keputusan yang telah dibuat mengenai kes-kes ini. Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dato'Dr.Hassan Mohd.Ali dan ADUN Titi Serong YB. Ahmad Azhar bin Sharin, menyeru kepada MDK supaya menimbangkan permintaan-permintaan penduduk tempatan untuk memansuhkan sistem letak kereta di Parit Buntar ini sebagaimana yang telah dilakukan di Bagan Serai.

Pusat Khidmat Komuniti, Parlimen Parit Buntar/DUN Titi serong
Jalan Sekolah,
Parit Buntar.
1hb.Okt.2001

__________________________________________________
Sumber : Setiausaha PAS Kawasan
dan Sekretariat ADUN PAS Perak.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com