Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


DEMONSTRASI MEMBANTAH TINDAKAN AMERIKA KE ATAS AFGHANISTAN DAN UMAT ISLAM.

IPOH, 5 Okt 2001: Satu demonstrasi telah diadakan di perkarangan Masjid Negeri Perak di Bandaraya Ipoh. Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat dan disertai oleh hampir 1000 orang. Beberapa orang pimpinan Perhubungan PAS dan Pemuda Negeri yang turut sama menyertai demonstrasi tersebut telah menyampaikan ucapan ringkas.

Demonstrasi secara aman tersebut mengutuk provokasi Amerika terhadap Afghanistan dan umat Islam. Amerika tidak sepatutnya menunding jari kepada orang lain atas apa yang berlaku pada 11 September yang lalu. Amerika sepatutnya melihat keganasan yang dilakukannya di Sudan, Panama, Vietnam, Iraq dan banyak negara lain yang mana semuanya melibatkan orang awam yang tidak bersalah telah menjadi mangsa.

Amerika dan kuncu-kuncunya juga diingatkan agar jangan sesekali cuba menumpahkan darah umat Islam walau di mana-mana negara pun hanya atas andaian semata-mata. Demonstrasi tersebut juga mengingatkan semua pihak agar jangan sekali-kali menyokong tindakan yang mungkin akan diambil oleh Amerika ke atas Afghanistan.

Demonstrasi tersebut diakhiri dengan bacaan doa dan laungan Takhbir!

Gambar sekitar demonstrasi sedang diproses dan akan dikeluarkan kemudian.

__________________________________________________
Sumber : Setiausaha PAS Kawasan
dan Sekretariat ADUN PAS Perak.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com