Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAJLIS TARIK BALIK KES PARKING

2 Oktober, 2001

Keputusan Majlis Daerah Kerian (MDK) menarik balik kes-kes saman parking di Mahkamah Majistret Parit Buntar, telah memberikan satu harapan penyelesaian kepada permasalahan yang dialami sejak sekian lama oleh penduduk-penduduk Parit Buntar. Ketika Mahkamah menyambung perbicaraan kes Puan Aina Mohamad pada 27hb.September,2001 yang lalu, pihak MDK telah memohon kepada mahkamah untuk menarik balik kes parking tersebut dan juga dua kes lain yang melibatkan Cheng Joo Khoon dan Ahmad Fadel bin Harun.

Penarikan kes-kes saman tersebut dibuat setelah peguam bela, YB. En. Ahmad Azhar Sharin, mengemukakan soalan-soalan balas terhadap 5 (lima) saksi pendakwa yang dipanggil bersabit dengan kes ini. YB. Azhar Sharin, yang juga ADUN Titi Serong, juga adalah peguam bela kepada Cheng Joo Khoon dan Ahmad Fadel bin Harun.

YB. Azhar ketika diminta mengulas kes tersebut menggesa seluruh penduduk Parit Buntar agar bersatu dalam usaha menghapuskan parking tersebut yang telah lama menjadi beban kepada semua penduduk Parit Buntar dan orang luar yang mengunjunginya tanpa mengira bangsa. Ketua Pemuda PAS Kawasan pula menggesa agar MDK memansuhkan terus parking tersebut seta- merta kerana ianya dianggap membebankan rakyat.

ADUN Titi Serong, YB. Ahmad Azhar bin Sharin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Dato' Dr.Hassan Mohd.Ali, dalam kenyataan akhbar mengenai kes tersebut menyeru kepada MDK supaya menimbang permintaan penduduk tempatan agar sistem parking di Parit Buntar dimansuhkan sebagaimana yang telah dilakukan di Bagan Serai. Akhbar-akhbar berbahasa Cina seperti Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh pada 3 Oktober telah membuat liputan mengenai kenyataan akhbar tersebut. Walau bagaimanapun tiada akhbar berbahasa Malaysia yang menyiarkan berita tersebut.

YB. Azhar akan ke mahkamah lagi pada 10, 17 dan 24 Oktober ini untuk membela tiga orang yang lain yang turut disaman, juga dalam kes yang melibatkan parking. Orang ramai diseru untuk hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral dalam usaha untuk memansuhkan parking di Parit Buntar.

__________________________________________________
Sumber : Setiausaha PAS Kawasan
dan Sekretariat ADUN PAS Perak.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com