Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PERBICARAAN KES PERHIMPUNAN KEMUNTING.

2 Oktober, 2001

TAIPING: 36 orang yang berumur antara 20 hingga 68 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majesterit Taiping. Kesemua mereka termasuk lapan wanita telah ditahan polis pada 15 Julai lalu atas tuduhan menyertai perhimpunan tampa permit dihadapan tempat tahanan ISA di Kemunting.

Perhimpunan yang dikatakan tanpa penganjur itu adalah untuk menyuarakan bantahan ke atas penahanan 8 orang aktivis pembangkang yang telah di bawah ISA di pusat tahanan tersebut. Dalam kejadian tersebut, semua mereka telah ditahan semalaman sebelum dibebaskan dengan jaminan seribu ringgit seorang.

Perbicaraan telah dijalankan dihadapan Majistret Niran Tan Kran yang telah menetapkan kes itu dibicarakan pada 14 dan 15 Januari 2001. Akhbar Harian Metro Khamis 4 Oktober 2001 yang melaporkan kes tersebut menyatakan jika sabit kesalahan, mereka yang didakwa boleh didenda antara RM2,00 dan RM10,000 dan penjara setahun.

Semua tertuduh telah diwakili oleh 8 orang peguam. Turut sama menjadi peguam bela adalah ADUN Titi Serong, YB. Ahmad Azhar Sharin. Sorang ahli PAS dari Cawangan Parit Sungai Melan, Parit Buntar juga termasuk antara yang dituduh. Turut sama hadir mengiringi para peguam termasuk pimpinan parti dari Barisan Alternatif

__________________________________________________
Sumber : Setiausaha PAS Kawasan
dan Sekretariat ADUN PAS Perak.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com