Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


MANA DIA SUPERMAN, SPIDERMAN, PLASTICMAN, BADMAN...

Berita dari Buletin Purnama PAS Parit Buntar

BAGAN SERAI, 19 Oktober 2001: "Superman kata seluar dalam dia basah. Plasticman kata panas sangat nanti cair badan dia. Spiderman pulak kata gam tak boleh nak lekat. Badman pulak kerja shift malam saja." Begitu sindiran Ustaz Akil Hai Rawa kepada Amerika yang mengaku negara paling hebat. Ustaz Akil berucap demikian pada majlis ceramah sempena Isra' Mikraj anjuran PAS Kawasan Bagan Serai pada 19 Oktober 2001 yang lalu.

Beliau yang mengulas kejadian kejadian bangunan WTC yang telah runtuh berpendapat Amerika wajar bermuhasabah ekoran kejadian 11 September lalu itu bila bangunan yang dikatakan cukup canggih boleh runtuh gara-gara sebilah pisau cukur sahaja. Beliau kesal kerana orang Islam telah dituduh melakukan serangan tersebut tapi tidak pula mengemukakan bukti. Walaupun begitu beliau mengutuk tindakan menyerang bangunan tersebut kerana ianya melibatkan orang awam.

Dalam program yang sama, YB. Ustaz Sabran Asmawi, ADUN Gununng Semanggul yang juga YDP PAS Kawasan Bagan Serai turut berucap mengutuk serangan Amerika ke atas Afghanistan. Serangan itu telah menyebabkan rakyar Afghanistan menderita. Walaupun begitu serangan tersebut telah membuktikan yang Amerika sebenarnya takut untuk berperang dan hanya berani menyerang dari jauh sahaja. Mengulas isu model Negara Islam yang PAS mahu, beliau menjelaskan PAS Pusat sedang menyiapkannya dan akan menyerahkan kepada PM bagi menyahut cabaran PM supaya PAS mengemukakan model Negara Islam yang PAS perjuangkan.

Program yang dijalankan di tanah lapang Makas PAS Bagan Serai itu, telah berjalan lancar dan berakhir hampir jam 12 malam. Tidak ada sebarang gangguan dari pihak polis maupun pihak keselamatan walaupun didapati cukup ramai anggota polis berpakaian biasa yang turut hadir. Pihak polis malah turut "membantu mengawal "lalulintas dengan mengadakan "roadblock" yang secara tidak langsung telah memudahkan kerja petugas keselamatan dan Unit Amal mengawal lalulintas.

~AngsaJantan~

http://paritbuntar.parti-pas.org/buletin/berita/akil_dbs.html






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com