Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


TAMRIN PEMUDA SEMPADAN 3 NEGERI.

Berita dari Buletin Purnama PAS Parit Buntar

Assalamualaikum,

Tamrin Pemuda Sempadan 2001 yang dianjurkan bersama oleh DPP Parit Buntar (PB), Kulim Bandar Baharu (KBB) & Nibung Tebal (NT) di Darul Ta'alim, Sg. Limau Ijok, Selama, Perak Darul Ridzuan pada 6 & 7 Okt. yang baru lalu, alhamdulillah telah berakhir dengan jayanya. Kesemua DPPK menghantar peserta masing-masing. Walaupun kehadiran agak kurang memberangsangkan namun ianya tetap berjaya dilangsungkan dengan lancar dalam suasana ukhwah yang cukup erat.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Sdr. Mustafa b. Hj. Abd. Wahab (S/usaha DPPN Perak). Antara perkara yang disebut dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan bahawa program ini adalah satu fikrah yang baru kerana ianya menggabungkan 3 DPPK dari 3 negeri yang bersempadan. Beliau Juga mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana masih mampu menjalankan program walaupun dalam suasana PAS ditekan dari segala sudut.

Selepas itu semua peserta telah diserahkan kepada Kem Komandan, Sdr. Johar Shuib (Exco DPPK PB) untuk diberi taklimat. Peserta telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 peserta dan ditempatkan dalam satu khemah. Semua peserta tidak dibenar meninggalkan kawasan perkhemahan.

Tugasan pertama para peserta adalah memasang khemah, disini khemah diperiksa dan diberi markah serta komen oleh Kem Komandan. Selepas makan tengahari dan solat Zohor program diteruskan dengan acara "salam pengenalan", semua peserta dikehendaki masuk dalam 3 barisan untuk berkawad. Pada ketika ini cuaca panas terik. Semua peserta berkawad sehingga penceramah pertama, Sdr. Muhaimin Sulam (Exco DPP Pusat) sampai.

Selepas solat Asar, Sdr. Muhaimin Sulam menyampaikan ceramahnya bagi mengupas isu-isu semasa. Antara yang disebut oleh beliau adalah peranan media massa pro UMNO/BN dalam usaha meningkatkan imej Dr. Mahathir melalui isu "Serangan Pengganas keatas US".

Selepas itu semua peserta dikehendaki menjalankan kerja amal iaitu memasang pagar Darul Ta'alim. Pada sebelah malam pula, selepas solat Maghrib, Us. Nizam (Pengajar Darul Ta'alim) pula menyampaikan kuliah yang bertajuk "Adab-adab Berjemaah".

Selepas makan malam program diteruskan dengan ceramah oleh Us. Nor Azli Musa (Timb. Ketua DPPN Perak) yang bertajuk "Pengurusan Tanzim". Antara yang disebut oleh beliau adalah berkenaan definasi 'UZUR SYARIE' dalam melaksanakan program2 jemaah beliau memberi contoh ketika TG Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dipanggil untuk menghadiri mesyuarat penting gerakkan Islam Sedunia di Pakistan ketika itu anaknya sedang sakit tenat, dan Isterinya memujuk beliau supaya tidak pergi tetapi apa yang dijawab oleh TG ialah, "anak boleh buat lain". Jadi persoalannya, adakah kita boleh sampai ketahap itu. Bila program2 jemaah terutama program tarbiyyah bermacam-macam alasan diberikan.

Acara kemuncak pada hari sabtu ialah "Ops Burung Malam". Tepat jam 12 malam semua para peserta dibawa kepinggir hutan belantara dan ditinggalkan keseorangan dalam jarak yang tertentu. Pukul 1 pagi semua peserta dibawa balik ke khemah. Semua khemah diberi tugas untuk membuat kawalan keselamatan selama 30 min untuk setiap kumpulan.

Acara hari Ahad dimulakan dengan Qiamullail pada pukul 4.30 pagi yang di ketuai oleh Us. Shuhaimi (Exco DPPK Kulim/Bandar Baru). Kemudiannya diteruskan dengan solat dan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Us. Ahmad Fahmi Abu Bakar (Timb. Ketua DPPK N. Tebal) yang cukup menarik sehingga tak seorang pun peserta yang tertidur walaupun hanya tidur tak sampai 3 jam.

Acara diteruskan dengan senaman pagi dan seterusnya acara 'Jungle Tracking '. Dipertengahan jalan, disampaikan pula Tazkirah oleh Sdr. Shahnaz (Exco DPPK KBB). Kemudian diteruskan dengan menyusuri Sg. Ijok yang mempunyai arus yang agak deras. Semua peserta dikehendaki membasahi seluruh badan. 3 Exco DPPK NT elah kehilangan barang (Pisau,Cermin mata,cincin dan kasut) semuanya dihanyutkan oleh arus.

Sampai di Tapak perkhemahan, semua peserta terus ke dewan makan untuk bersarapan dengan keadaan yang basah kuyup. Peserta tidak dibenarkan menyalin pakaian. Kemudiannya diteruskan dengan kursus yang terakhir bertajuk 'Pengendalian Mesyuarat yang Berkesan' disampaikan oleh Dr. Badorul Hisham Abu Bakar (bekas AJK Kawasan Parit).

Acara kemuncak dan terakhir pada hari Ahad adalah acara bolasepak antara kawasan. Peserta di kehendaki balik ke kawasan masing-masing. 5 pasukan telah dibentuk, NT,KBB,PB,Urusetia dan Wakil Darul Ta'alim. Dijalankan secara 'double knock out'. Acara ini telah dimenangi oleh Pasukan Darul Ta'alim yang diwakili pengajar dan pelajar disini dengan menewaskan pasukan NT pada perlawanan akhir, 1-0. Gol dijaringkan oleh Us. Bakhtiar.

Selepas pertandingan bolasepak berakhir hujan telah turun dengan lebatnya menyebabkan acara penutup telah tertangguh hingga 3 petang.

Dalam ucapan penutup oleh Drs Khalil Idham Lim (Ketua DPPK P. Buntar) mengharapkan agar tamrin dapat diadakan lagi. Beliau juga menjemput Dewan Harian DPPK ini untuk bermesyuarat sebagai mengembleng tenaga serta berkongsi maklumat serta aktiviti dimasa-masa akan datang.Pada beliau program ini cukup berjaya cuma dari segi kehadiran sahaja yang kurang memberansangkan, disini beliau sekali lagi mengajak semua peserta mengkaji semula apa yang dikatakan sebagai 'UZUR SYARIE'.

Akhir sekali semua peserta bersalaman dan berpelukan tanda perpisahan bagi program ini dalam suasana ukhwah yang cukup menyentuh hati diiringi dengan selawat keatas Rasulullah saw.

Selepas makan tengahari semua peserta meruntuhkan khemah masing-masing dan bersiap pulang ketempat masing-masing.

Kesimpulannya program ini cukup mendatangkan kesan dan rata-rata peserta mengharapkan agar program ini dapat diadakan lagi. Semoga dimasa-masa akan datang program-program tarbiyyah seperti ini tidak dilepaskan peluang oleh ahli-ahli PAS.

Sekian, terimakasih.

SDI
Setiausaha 1, Tamrin Pemuda Sempadan 2001

http://paritbuntar.parti-pas.org/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com