Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


"Ulamak-Ulamak" Baru Telah Mula Dilahirkan

Oleh : Pemantau

Dengan tidak disangka-sangka demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika pada tengah-hari tadi ( 12 Oktober 2001 ) telah melahirkan "ulamak-ulamak" baru yang sebok mengeluarkan fatwa-fatwa mereka.

"Ulamak" yang pertama adalah Presiden PPP, Kayveas, yang mengeluarkan "fatwa" bahawa umat Islam tidak perlu membantah tindakan Amerika menyerang Afghanistan kerana Amerika bukan hendak memerangi Islam tetapi hanya memerangi keganasan.

Saya tidak tahulah dari pondok atau univesiti Timur Tengah mana "ulamak" Kayveas ini belajar tetapi nampaknya dia tidak sedar bahawa telah ramai umat Islam yang mati di Afghanistan akibat serangan Amerika dan Britain.

"Ulamak" kedua adalah Presiden MCA, Ling Liong Sik, yang juga mengeluarkan "fatwa" bahawa umat Islam telah "over-react" ( bertindak lebih-lebih ) apabila berdemonstrasi menentang tindakan ganas Amerika.

Saya juga tidak tahu berapa banyak kitab Hadith yang "ulamak" Ling Liong Sik telah mengkaji tetapi dia mungkin tidak jumpa Hadith, "Apabila satu anggota badan sakit, keseluruhan badan pun rasa sakit".

Beginilah keadaan UMNO di dalam BN, apabila pemimpin parti-parti BN yang lain membuat kenyataan yang menghina Islam atau tidak sensitif kepada umat Islam, UMNO bagaikan Pak Kadok yang kalah menyabung ayam bersorak juga. Pak Kadok lupa kampungnya telah tergadai. Sementara UMNO lupa maruah agamanya telah tergadai.

Pemantau
Ampang Jaya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com