Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ajaran ugama Songsang "LADUNI" di Seberang Prai PP

Harap pihak berwajib dan masyarakat setempat dapat menyiasat dengan mendalam akan ajaran tersebut yang ternyata bercanggah dengan ajaran Islam pegangan AhlusSunnah wal Jama'ah.

Adalah dikhabarkan aktiviti ajaran "Laduni" tersebut antara lain:

1. Pegangan hanya AlQur'an, hadist semuanya ditolak dan syirik jika mengamalkannya.

2. Mengkaji secara yang keliru tentang sifat dua puluh.

3. Tiap tiap ahli yang ta'at akan sampai ketahap darjat wali, antaranya ahli Mursyid yang pada tahap tersebut tidak payah lagi mengerjakan sholat, puasa dsbnya.

4. Mendakwa hanya 200 orang (pengikut ajaran ini sahaja) yang akan masuk syurga.

5. Mendakwa selain dari mereka, semuanya syirik.

6. Zikir tauhid tak perlu diamalkan.

Tempat: di Sungai 2, Permatang Perai atau Serai, Seberang Prai Pulau Pinang.

Gurunya : Hanya dikenali sebagai Haji Ismail. Wajib memanggil beliau "Yang Mulia" olih pengikutnya.

Ahli : Kebanyakannya adalah dari golongan professional saperti jurutera, arkitek, kontraktor, guru dan sbnya. Para ahli akan menyumbangkan wang yang agak besar jumlahnya kepada guru tersebut dalam tempuh tempuh tertentu. Adalah dikhabarkan bahawa seorang ahli bekerja sebagai kontraktor telah memberi RM3,000.00 tiap tiap seminggu.

Tempoh beroperasi : lebih dari satu tahun yang lalu.

Antara gelagat yang ketara terhadap siguru dan pengikutnya :

1. Si guru mendakwa bolih berinteraksi dengan malaikat dialam barzah dan berupaya mengarahkan malaikat malaikat tersebut untuk menempatkan roh roh seseorang ketempat yang dia kehendaki.

2. Ahli ahli mendakwa semua orang syirik, bolih menyuluh akan seseorang sama ada syirik terdapat dibahagian mana mana tubuh dan membuang syirik tersebut.

3. Kedapatan dimana sianak menuduh ibunya sendiri mempunyai Jin yang selalu membuatkan mereka suami isteri bergaduh dan anak kecil mereka kerap menangis.

4. Mencadangkan siibu bercerai dengan suaminya kerana kononnya sisuami ibunya mempunyai Jin. Jika siibu sanggup melakukannya akan dibuatkan sebuah rumah batu olih suami kepada anaknya.

Sejauhmana telah dipantau, hanya JAIP atau Jakim yang mengetahui.

p'kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com