Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Berdo'a lah kita semua

Maka dengan ini tercetus sudahlah perang yang diimpi impikan olih siBush dan kuncu kuncunya terhadap Afghanistan. Berderai derai bom dihamburkan semahu mahunya keatas bumi yang dikatakan sarang bagi "pengganas". Mungkin serangan pada 7th Oct kelamrin sudah menelan belanja jutaan dollar. Dalam keadaan yang sememangnya sudah meleset, USA masih angkuh dan mahu berperang? berperang bukan murah belanjanya, memang sesuatu yang payah untuk diterima. Apakah USA tanpa disedari memang ghairah kearah untuk jadi bangkrup, biarkan dia. Tunggulah takkan lama.

Walau apapun, percayalah bahawa sesungguhnya, setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita tunggulah akan suasana kemelaratan hidup bangsa bangsa Amerika akan menyusul setelah mereka terus menerus menyerang Afghanistan dan umat islam. USA akan menjadi negara yang bangkrup serta muflis, sama saperti dan malah lebih teruk terhina dari Soviet Union yang telah terpecah menjadi negara negara kecil, langsung tak bertaring. Dikala itu, barulah mereka akan tahu langit tinggi rendah.

Janganlah kita terlalu gundah akan serangan ini, mereka di Afghanistan akan senantiasa dilindungi serta diberi pertolongan olih Allah s.w.t. Yang penting, kita sebagai umat Islam yang percaya penuh kepada kekuasaan Allah s.w.t hendaklah terus mempertingkatkan amalan dan perbanyakkan doa' agar Allah memerintahkan Malaikat malaikatNya turun untuk menolong hambanya yang sedang bergelut dengan golongan kafir laknatullah yang dikepalai olih USA.

Ulang tayang peristiwa dimana kala jengking dan ular didarat, helang dan unggas diudara, tentera berkuda tak terbilang angkanya menyusul bersama membantu mereka akan berlaku lagi saperti apa yang telah menimpa/dialami askar askar Soviet Union dahulu.

Percayalah bahawa Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang bertauhid dan taat pada hukumNya terbiar dianiaya. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan memungkiri janjiNya. Mahasuci Allah.

pensil kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com