Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Untuk renungan

"TALIBAN ATTITUDE TO WOMAN NOT ISLAM'S" olih Zuraidah Ibrahim-Malay Mail Oct 10th 2001.

Muka depan sekali, berat sekali implikasinya terhadap islam secara amnya dari tulisan itu. Gambar yang dikepil juga mempunyai motif yang tak elok terhadap islam. Highlight dan gambar sudah cukup memberi kesan buruk pada pandangan pembaca. Islam tu buruk belakakah?.

Manakala dari sudut ugama, gambar itu lebih mulia dari gambar wanita separuh bogil atau terkinja kinja diperaga sebagai iklan. Ini yang patut dibenteras sebagai wanita islam, tak tahulah kalau sipenulis ni kata buka sana buka sini adalah ajaran islam yang betul?. Atas dasar apa sipenulis tergamak melakarkan tulisan dan gambar tersebut, tidaklah diketahui. Namun yang menyedihkan kita bahawa ketara sekarang bahawa musuh bagi islam bukan hanya terdiri dari orang kafir sahaja malah banyak dari kalangan umat islam itu sendiri. Kenapa begini jadinya. Apakah kita telah lupa bahawa sesungguhnya islam itu adalah bersaudara. Kalau ada dikalangan kita dianiaya olih orang kafir walau atas apa alasan dan sebab sekalipun, adalah menjadi tanggungjawab kita umat islam membelanya untuk mendapat keadilan yang wajar atau setidak tidaknya jangan memburukkan lagi permasalahan yang saudara islam kita hadapi.

Sejauhmana dan banyak manakah sumber sahih yang beliau perolihi tentang pemerintahan Kerajaan Taliban sebenar? tak tahulah. Jangan hanya berpandukan berita yang rata rata ditaja olih orang kafir terutamnya USA/CNN/BBC, maka natijahnya tentulah tentang perkara yang mengelirukan sahaja yang akan beliau nampak dan dijadikan bahan untuk menulis. Lagipun cara Minangkabau itu sendiri pun dah tersasar jauh dari tuntutan islam dalam soal pemberian harta dsbnya, mana bolih diterima untuk dijadikan ungkapan menyanggah perkara yang lebih baik dari sudut ugama.

Wanita disisi islam adalah begitu mulia dan menjadi kewajiban berat bagi kaum adam untuk melindungi dan memelihara mereka dari sebarang fitnah dan musibah. Larangan dan had had terhadap wanita telah digariskan olih allah s.w.t dalam alquran dan hadist nabi, antaranya tentang menutup aurat dan tatasusila sewaktu keluar rumah. Ini semua bukan idea Taliban atau sesiapa, tetapi adalah perintah agung dari allah s.w.t. Berat macammanapun bagi orang orang beriman, itu semua tidak menjadi masalah, kecuali bagi orang orang kafir dan juga islam yang jahil dan lemah iman mereka terhadap perintah allah s.w.t. Membiarkan wanita kalangan kita terdedah dan mendedahkan aurat adalah lebih hina dari apa yang dilakukan olih kerajaan Taliban tersebut. Apakah memerdekakan mereka dari jadi sebagai barang tukaran olih rejim terdahulu, perkara tidak baik?.

Menegakkan hukum allah s.w.t juga merupakan satu tanggungjawab yang utama bagi pemimpin islam bagi sesebuah negara yang mengaku sebagai negara islam apatah lagi penduduk 100% atau majoriti islam, tidak cukup hanya melalak menyatakan bahawa negara ini negara islam sedangkan hakikatnya tidak dari ukuran allah s.w.t. Judi bersepah, Zina sebagai budaya, Arak melempah bagai air melempah bebas meneguk.

Oleh kerana kebanyakan dari kita yang mengaku islam, didedahkan dengan berita bersumberkan dari mekanisma orang orang kafir saperti CNN/BBC dsbnya dan ditambah dengan media hipokrate tunggangan politikus, maka setiap saat dan detik kita telah dipesungkan akan pemahaman sebenar tentang islam yang tulin. Hasilnya timbullah orang orang saperti penulis ini tanpa rasa segan silu dan berdosa memomokkan sekumpulan umat islam yang sedang bertungkus lumus menggilap dan memelihara kembali era penghayatan islam yang selari dengan tuntutan Alquran dan sunnah nabi s.a.w.

Sejahat jahat dan seburuk buruk manusia, adalah yang suka sangat memburuk burukkan ugamanya sendiri dan orang yang seugamanya dengannya, sedangkan dirinya sendiri jahil tentang sesuatu tuntutan ugama dan tidak mengetahui tentang duduk perkara sebenar saudara seugamanya secara sahih, hanya berpandukan kenyataan orang orang kafir dan fasik.

Sewajarnya dalam keadaan sekarang ini, hakikatnya Afghanistan (100% islam)sedang teraniaya diperangi secara tidak seimbang olih USA/Britain. Adalah menjadi tanggungjwab kita saudara seugama, terus menerus mendesak USA/Britain menghentikan serangan terhadap mereka dengan segera bagi mengelakkan mereka terus menerus teraniaya tanpa pembelaan dan bantuan dari saudara seugama mereka.

Dalam keadaan sekarang, adalah dayus bagi kita semua untuk memburuk burukkan mereka yang tengah menghadapi ujian yang amat getir dalam sejarah tamadun manusia diabad ini. Cukuplah akhbar dan media massa kufur dan hipokrate tersebut hari hari menyebarkan propaganda mereka, janganlah pulak kita tumpang semangkok demi mencari nama yang tak kemana akhirnya.

Akhir sekali adalah diseru, hentikanlah dari bersikap hipokrate sipenulis dan seangkatan dengan nya, cubalah fikirkan apakah sumbangan yang baik bagi menghentikan dari rakyat Afghanistan terus dianiaya. Cubalah fikir betapa peritnya kamu kalau kamu ditempat mereka. Ketengah dan bahas perkara saperti dibawah:

1. Bagaimana bolih tercacak jurugambar siap sedia untuk merakam peristiwa Sept 11th tersebut. Kenapa semasa tragedi Highland Tower runtuh dulu tak ada jurugambar sedemikian. Mana pergi dan apa dah jadi pada mereka?

2. Berita mengatakan lebih kurang 3 hingga 4,000 Yahudi tidak bekerja dan PM Israel membatalkan acara beliau ditempat dan hari itu? Mesti ada sesuatu perancangan pihak israel, kenapa tidak didesak untuk penyiasatan.

3. Lapuran awal menifest pesawat terlibat langsung tidak ada senarai penumpang orang Arab, tiba tiba 19 orang dituduh.

Banyak lagi persoalan persoalan yang wajar diketengahkan untuk memberi tekanan kepada USA/Britain agar mereka tidak bertindak ikut sedap dia sahaja.

Sekian

pensil kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com