Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penduduk Phasa 2 & 3 Bukit Sentosa Rawang - terani'aya

Semua penduduk Bukit Sentosa (Anggerik 1,2,3,4 & 5 Phasa 2 & Kemboja/Bakawali/Telipod Phasa 3 ) Rawang ingin memanjangkan tajuk akan hal ehwal kepincangan pentadbiran Negeri Selangor dibawah kepimpinan menteri besar yang serakah dan rakus menyonglap khazanah negeri, ingin mereka menurunkan beberapa perkara yang dirasa memang terani'aya:

Cukai Pintu dah dikutip mulai dari awal tahun 2001, namun perkhidmatan olih MDHS mengenai perkara berikut amat menyedihkan:

= Kutipan sampah - Pihak kontraktor tidak menyediakan pekerja yang tahu hal mengutip sampah yang betul, lori yang bukan yang sepatutnya sesuai tanpa penutup dan pemampat untuk mengutip sampah digunakan, sampah yang bertebaran tak di ambil semula, tong sampah dibiarkan terlapang untuk dikunjungi lalat. Dalam erti kata sebenar kumpulan yang mengutip sampah ini seolah olah sebagai tangkap muat sahaja.

= Pembersihan longkang - Sejak dari awal tahun ini, tidak ada kerja kerja yang dibuat olih pihak majlis. Yang ada hanya pekerja yang memotong rumput ditepi tepi jalan, itupun sekadar potong dan tinggalkan berserak pandai pandai kamulah penduduk.

= Keadaan jalan yang teruk - Langsung tak berurus tanpa garisan jalan yang lengkap saolah olah belum diserahkan olih pemaju. Unsur unsur landskaping, il lek. Lopak dan berlubang sana sini. Yang diutamakan cuma pondok tempat tunggu bas, bas langsung tak ada (yalah inikan bolih untungkan kroni ustaz anak Sakom tu).Palang peghadang kenderaan berat kelihatan senget hanya dipangku olih beberapa batang kayu kecil sahaja, tunggu mangsa bila bila masa. Lori pembinaan sewenang wenangnya serta dengan aksi yang robust lalu lalang mengunakan jalan yang sepatutnya bukan untuk tujuan pembinaan. Jalan jalan dilorong perumahan seakan macam tak siap tanpa batu bahu jalan, garisan dan pecah sana pecah sini.

= Lampu jalan - Tak karuan tempat menyalanya, kedapatan kes pecah rumah/kereta ditempat tempat yang lampu lampunya tak menyala. Keadaan tiang yang condong macam nak tumbang, apakah bila ada mangsa baru nak hebuh bawa pemberita tunjuk yang kamu benar perihatin.

= Longkang longkang - Penuh dengan bahan bahan binaan yang ditinggalkan tanpa dipeduli olih kontraktor.

= Kemudahan talian talipon sampai sekarang tidak ada, baru sekarang dok pasang kebel. Itupun kejap korek kejap timbus ala kadar bila hujan habis berterabur, sakit mata memandang. berselerak macam tak siap.

Kalau penghuni lambat bayar, kalian hanya tahu kenakan denda. Tak takut dosakah kalian pekerja MDHS, Ustaz Sakom dan Mat Toyo (kirim salam kat BPR ya).

Adalah diharapkan MDHS, terutamanya si MB dan SiUstaz ADUN yang diberitakan menguasai sepenuhnya MDHS hingga nak mintak lesen geraipun, kalau tak ada kebel dia sorrylah, perihatinlah dengan keadaan penduduk. Jangan ingatkan kutipan dan kenaikan cukai sahaja sedangkan perkhidmatan mengecewakan. Tengok tengoklah sikit gelagat pemaju/kontraktor yang bertindak sesuka mereka dikawasan ini. Mereka beli rumah ratusan ribu tapi hati sakit, macam mana?. Bila bising, kata pengganas, pengacau, pemecah dsbnya. Tak ada yang baik. Adakah patut????.

Adakah Solgan baru MDHS bertukar kepada " Cukai mesti bayar, tapi nak complaint boleh belah"

Sekian.

diperpanjangkan - P'kayu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com