Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Semuanya kerja Yahudi

Mufti Lubnan Syeikh Muhammad Rasyid Qubbaa’I membuat satu pendedahan kepada akhbar Syarq Al Ausat yang berpusat di Landon bahawa beliau telah membangkitkan dalam pertemuannya dengan duta Amerika ke Lubnan berkenaan dengan sebuah makalah yang telah disiarkan oleh satu kumpulan Yahudi yang di gelar “Kempulan Syuhud Yahuuh” di Perancis pada tahun 1985, bahawa dunia akan memasuki zaman kucar-kacir. Dalam makalah yang tersebut juga disiarkan gambar lukisan yang berjudul “Kehancuran Amerika Syarikat”. Lukisan tersebut mengambarkan Kota New York sedang terbakar. Apa yang jelas dalam lukisan itu ialah dua buah bangunan pencakar langit yang berkembar yang menyerupai WTC sedang terbakar. Walaubagaimanapun perkara itu tidak dihiraukan oleh duta tersebut.

Makalah tersebut berjudul “Akhbar penghujung zaman – akhbar masa depan yang mendedahkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada tahun-tahun depan”. Diterbitkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1985 yang mengandungi empat mukasurat. Berukuran sedarhana. Berlatarbelakangkan dengan lukisan yang berwarna-warni. Kandungannya ialah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas daripada tahun 1985, antaranya ialah berkenaan dengan perjanjian damai antara arab-israel yang disiarkan di muka depan dalam makalah tersebut.

Dibawah gambar yang yang diberi judul “kehancuran Amerika” ditulis satu komentar (di pengakhiran zaman kucar kacir ini sepuluh orang raja akan menjadi pengikut Al Masih, mereka akan memusnahkan segala-galanya dengan “Api Babil”-merujuk kepada kota-kota besar.) mungkin yang dimaksudkan dengan 10 orang raja itu ialah pimpinan-pinpinan negara-negara eropah.

-lebih kurang begini lah terjemahan yang aku baca. Rasanya terjemahan ni dah sampai maksudnya. Sambungannya ada lagi tapi rasa malas nak terjemahkan. Sapa nak tahu lebih ditil sila serch http://www.saqifah.com

Panglima Garang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com