Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Malaysia Sokong Serangan Amerika Syarikat?

Negara-negara anggota PBB termasuklah Malaysia telah sebulat suara menyokong serangan Amerika Syarikat dan Britain ke atas Afghanistan. Berita ini amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam kerana selama ini Dr Mahathir telah mendakwa Malaysia tidak menyokong tindakan Amerika Syarikat menyerang Afghanistan.

Jelas menunjukkan bahawa Dr Mahathir adalah seorang yang hipokrit. Barangkali inilah ciri-ciri negara Islam seperti yang diwar-warkan oleh Dr Mahathir di dalam media-media massa pengampu kerajaan. Sebelum ini Dr Mahathir pernah menyokong usul Amerika Syarikat menyerang Iraq ketika Malaysia menjadi negara anggota Majlis Keselamatan PBB. Implikasinya, berlakulah Perang Teluk dan 500-600 ribu rakyat Iraq telah terkorban. Malah sehingga kini Iraq masih menghadapi sekatan ekonomi oleh PBB.

Memang wajar Dr Mahathir digelar "Bapa Pengganas" kerana beliau juga turut bersubahat di atas kematian rakyat Iraq dan Afghanistan yang rata-ratanya beragama Islam. Bukankah Malaysia boleh mengambil sikap berkecuali? Kini, dasar luar Malaysia menjadi tanda-tanya dan tidak ada bezanya antara Dr Mahathir dengan Pervez Musharraf ataupun Slobodan Milosevic.

Sewajarnyalah Malaysia tidak menjadi negara anggota Majlis Keselamatan PBB jika tidak berani menyuarakan hak dan kebebasan umat Islam di dunia. Kemasukan Syria sebagai negara anggota Majlis Keselamatan PBB yang baru dan juga wakil tunggal negara-negara Arab diharapkan akan dapat mengubah senario ini. Selama ini negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB menjadi boneka kepada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya dari Barat. Mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga adalah sebuah negara pro Amerika Syarikat. Cukup menyedihkan dan amat pahit untuk ditelan oleh kita semua.

Tidak hairanlah mengapa Wira Dunia Ke 3 merasa begitu bangga apabila menerima panggilan telefon daripada Presiden George Bush. Hakikatnya, Dr Mahathir adalah salah seorang pemimpin acuan Barat berdasarkan kepada gaya dan pemikirannya. Barangkali kerana beliau sendiri pernah mendapat didikan daripada seorang Yahudi keparat yang terkemuka iaitu Henry Kissinger.

Dr Mahathir juga sealiran dengan Kerajaan Buangan Afghanistan yang diiktiraf PBB iaitu Pakatan Utara ataupun Northern Alliance. Maka tidak hairanlah mengapa beliau begitu menyokong perjuangan Pakatan Utara dan memburuk-burukkan Kerajaan Taliban di Afghanistan. Melihatkan kepada imej baru duta dan pemimpin-pemimpin daripada Pakatan Utara ini yang ala Barat telah mengingatkan kepada kita semua apakah mereka telah menyimpang daripada matlamat asal perjuangan mereka?Mungkinkah semangat jihad mereka telah luntur kerana kemenangan yang telah mereka kecapi ketika mengalahkan Empayar Soviet Union sebelum ini? Barangkali mereka telah menjadi angkuh kerana kemenangan itu?

Pakatan Utara pernah memerintah Afghanistan tetapi telah digulingkan oleh puak Taliban yang rata-ratanya terdiri daripada budak-budak sekolah agama. Bayangkanlah betapa bekas pejuang Mujahidin yang cukup digeruni oleh tentera-tentera Soviet Union telah ditewaskan oleh budak-budak sekolah agama sahaja. Inilah menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah. Tidak mustahil di Malaysia juga Dr Mahathir akan digulingkan oleh budak-budak sekolah agama. Ketika Pakatan Utara memerintah Afghanistan, negara itu menjadi huru-hara dan rakyatnya menderita kerana pemimpinnya bercakaran antara satu sama lain untuk merebut kuasa pemerintahan negara.

Kekacauan berlaku di sana sini termasuklah kaum wanitanya dirogol dan inilah yang telah mendorong kebangkitan puak Taliban yang dipimpin oleh Mullah Muhammad Umar. Akhirnya kerajaan Pakatan Utara telah berjaya digulingkan oleh puak Taliban dan hanya mampu menguasai 5% bumi Afghanistan sahaja. Kerajaan minoriti inilah yang telah diiktiraf oleh PBB dan Dr Mahathir sedangkan suara majoriti rakyat Afghanistan menyokong perjuangan kerajaan Taliban. Kerajaan Taliban hanya diiktiraf oleh Pakistan, UAE dan Arab Saudi. Rata-rata pendokongnya terdiri daripada bangsa Pushtun iaitu kaum terbesar di Afghanistan. Sebaliknya, Pakatan Utara kebanyakannya terdiri daripada kaum Tajik dan Uzbek. Akhirnya puak-puak Mujahidin berpecah dua iaitu puak-puak yang menyokong Pakatan Utara dan puak-puak yang menyokong kerajaan Taliban.Namun, ada juga yang mengambil sikap berkecuali iaitu tidak menyebelahi mana-mana pihak. Alhamdulillah, kerajaan Taliban telah berjaya mengembalikan keamanan di bumi Afghanistan dan menguatkuasakan undang-undang Islam di sana. Maka tidak hairanlah mengapa kerajaan Taliban sering mendapat publisiti buruk kerana Amerika Syarikat dan sekutunya cukup benci kepada mana-mana negara yang cuba menguatkuasakan undang-undang Islam.Buktinya sebagaimana yang berlaku kepada Parti Refah di Turki, parti FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Di Malaysia juga, media-media massa pengampu kerajaan menjadi alat propaganda Amerika Syarikat memburuk-burukkan kerajaan Taliban dan Osama Bin Laden. Serangan ke atas Afghanistan hanya dilihat sebagai serangan ke atas kerajaan Taliban dan Osama Bin Laden. Tidakkah kita terfikir apakah bom-bom yang dijatuhkan itu dapat membezakan mana satu puak Taliban ataupun rakyat Afghanistan yang menentangnya?Peristiwa pengeboman Amerika Syarikat ke atas Sudan dan Iraq boleh dijadikan bukti menujukkan betapa kejam dan ganasnya Amerika ketika menyerang orang-orang awam di negara-negara berkenaan.

Sejahat-jahat kerajaan Taliban menurut pandangan media massa pengampu kerajaan, ianya telah melakukan sesuatu di luar kemampuan kita di Malaysia iaitu menghantar tenteranya ke Bosnia, Kosovo, Kashmir, Xinjiang, Uzbekistan, Tajikistan dan Chechnya atas semangat persaudaraannya yang kuat untuk membantu saudara seagama yang menderita akibat penindasan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan yang memerintah secara kukubesi. Apakah seseorang itu akan digelar pengganas apabila bangkit mengangkat senjata melawan segala bentuk kekejaman ke atasnya?Pertubuhan Pembebasan Rakyat Palestine(PLO) yang dipimpin oleh Yasser Arafat pernah dituduh sebagai pengganas ketika cuba bangkit melawan kekejama Rejim Yahudi."Pengganas" inilah yang dibela oleh rata-rata negara Islam termasuklah Malaysia.

Kerajaan Taliban diserang kerana cuba melindungi Osama Bin Laden, suspek utama serangan ke atas WTC dan Pentagon biarpun masih belum ada bukti yang menunjukkan pembabitannya di dalam insiden tersebut. Kegagahan dan keberanian Taliban ini wajar dicontohi oleh seluruh umat Islam kerana sanggup berhadapan dengan kesukaran semata-mata untuk membela saudara seagamanya yang teraniaya.Sehingga kini kerajaan Taliban masih menghadapi sekatan ekonomi yang dkenakan oleh PBB.

Hanya orang susah sahaja yang mengerti apakah maksud kesusahan itu. Tentu ada hikmahnya mengapa Allah memilih bangsa Arab yang serba-serbi daif tetapi gagah dan berani untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Ketika itu kerajaan Rom dan Parsi adalah empayar terkuat di dunia dan cuba kita renungkan sejenak mengapa Allah tidak memilih bangsa Rom atau Parsi untuk menguatkan agama Islam? Hakikatnya, setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Apakah Islam didirikan oleh bangsa yang penakut dan materialistik?Satu persoalan yang mampu dijawab oleh kita semua.

Sebelum ini bangsa yang terkenal dengan kehandalannya berperang pernah menguasai dunia seperti kerajaan Monggol yang diterajui oleh Genghiz Khan. Kemudian muncul pula bangsa Arab mendirikan sebuah kerajaan Islam yang gagah perkasa di tengah-tengah empayar Rom dan Parsi. Era Perang Dingin telahpun berakhir dan Dunia Islam telah dilihat sebagai saingan terkuat Barat setelah runtuhnya empayar Soviet Union. Senario ini telah menyaksikan Amerika Syarikat dan sekutunya di Barat tergugat dengan kebangkitan Tamadun Islam dan bertindak memusuhinya. Maka Order Baru Dunia yang cuba dilaksanakan oleh Amerika Syarikat diharapkan mampu untuk menyekat kebangkitan Islam di tengah-tengah keruntuhan Tamadun Barat dan Soviet Union.

Barat telah mengakui teori kebangkitan Islam dan akan berlaku pertentangan peradaban (Clash Of The Civilization) di antara Tamadun Barat dan Tamadun Islam kelak. Oleh itu, kata dua yang diberikan oleh George Bush sama ada untuk menyebelahi Amerika Syarikat ataupun pengganas adalah muslihat Barat untuk menyekat kebangkitan Islam. Ini kerana Barat akan cuba menyerang mana-mana negara Islam yang mempunyai potensi untuk bangkit sebagai sebuah kuasa besar dunia "atas label negara-negara pengganas".

Ketika ini Barat melihat Afghanistan sebagai sebuah negara Islam yang mampu mengancam kedudukannya dan isu Osama Bin Laden dijadikan alasan untuk menyerang Afghanistan. Sejarah pernah membuktikan bahawa negara Afghanistan pernah menjadi kubur kepada mana-mana empayar yang cuba menjajahnya. Kerajaan British pernah cuba menjajahnya sebanyak 2 kali tetapi gagal. Malah serangannya yang ke 2 ke atas Afghanistan telah mengorbankan nyawa 16000 askarnya dan hanya seorang sahaja tidak diapa-apakan dan dibenarkan pulang dengan selamat untuk menceritakan peristiwa dahsyat yang berlaku di medan perang itu kepada orang ramai.

Empayar Soviet Union juga pernah menjajah Afghanistan tetapi tidak secara keseluruhan selama 10 tahun. Implikasinya, 15000-20000 askarnya telah terkorban dan akhirnya empayar Soviet Union turut runtuh dan mengalami kemelesetan ekonomi yang agak teruk. Kini, Amerika Syarikat dan sekutunya termasuklah dari Barat, Rusia, India dan China yang kebanyakannya mewakili Blok Bukan Islam telah menyerang Afghanistan. Aneh! Pakatan Utara yang telah 10 tahun memerangi tentera Soviet Union bersekutu pula dengannya untuk memerangi kerajaan Taliban di Afghanistan. (Apa gunanya perang 10 tahun dengan Soviet Union). Oleh kerana tamakkan kuasa, Pakatan Utara tergamak bersekongkol dengan kuasa asing untuk menyerang kerajaan Taliban di Afghanistan.

Manusia seolah-olah tidak pernah mahu belajar daripada sejarah. Rakyat Afghanistan terkenal sebagai bangsa yang gagah berperang biarpun serba-serbi kekurangan. Sejarah mereka tidak jauh berbeza dengan sejarah bangsa Monggol dan bangsa Arab iaitu berpuak-puak dan memerangi antara satu sama lain. Perbezaannya hanyalah rakyat Afghanistan belum lagi bersatu dan menjadi sebuah empayar terkuat dunia sebagaimana bangsa Arab dan Turki. Tidak dinafikan kehebatan pejuang-pejuang gunung ini tidak jauh bezanya dengan kehebatan nenek moyang mereka memerangi tentera-tentera Iskandar Zulkarnain(Alexander The Great), Parsi, Monggol, British dan Soviet Union. Umat Islam sewajarnya berbangga mempunyai saudara seagama yang gagah berani seperti rakyat Afghanistan ini.

Marilah kita berdoa semoga Allah memberikan kemenangan di dalam jihad mereka memerangi Amerika Syarikat dan sekutunya dan bantulah mereka dengan apajua sekalipun mengikut kemampuan kita sama ada turut berperang bersama mereka, memberikan bantuan kewangan, pakaian dan makanan, solat hajat dan doakan keselamatan serta kemenangan mereka dan sebagainya.Mudah-mudahan tindakan Amerika Syarikat akan mempercepatkan lagi keruntuhan Tamadun Barat dan mempercepatkan lagi kebangkitan sebuah empayar Islam yang gagah perkasa merentangi wilayah Kashmir, Pakistan(mempunyai senjata nuklear), Afghanistan, negara-negara Islam Asia Tengah iaitu Kazakstan(negara ke 3 terbanyak simpanan senjata nuklearnya di dalam Kesatuan Soviet Union), Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan negara-negara Islam di rantau Caucacus iaitu Chechnya, Ingushetia, Ossetia, Dagestan dan lain-lain lagi, Turki serta wilayah Xinjiang di China….insyaAllah.

Sebelum saya mengakhiri artikel saya ini, saya ingin bertanya kepada sesiapa sahaja yang arif di dalam bidang agama sama ada daripada parti pembangkang mahupun penyokong kerajaan apakah terdapat hadis di bawah ini dan sejauh manakah kesahihannya? Oleh itu, di bawah ini saya sertakan maksud hadis berkenaan dan diharapkan kemusykilan saya mampu dijawab oleh mereka yang arif khususnya daripada golongan ulama.

Daripada Abu Hurairah (RA), beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"(Tentera-Tentera yang membawa) Panji-Panji Hitam akan muncul dari Khurasan. Tidak ada kuasa yang mampu menghalang mereka; dan mereka akhirnya akan sampai di Eela (Baitul Maqdis) di mana mereka akan menaikkan Panji-Panji mereka di sana"

Kemusykilan saya bermula apabila saya melihat maksud Hadis ini dan juga tentera Osama Bin Laden dan Taliban yang membawa bendera berwarna hitam. Oleh itu, saya amat mengharapkan agar kemusykilan saya terjawab jua akhirnya.

Utusan Dari Pulau Tawar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com