Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Khatib yang malang........tak kenal agong Malaysia.

Assalamualaikum...

Saya salah seorang peserta yang terlibat dengan demonstrasi aman menentang keganasan Amerika terhadap rakyat Aghanistan dihadapan kedutaan Amerika pada 12.10.2001 yang lepas.Saya telah bersembahyang Jumaat di masjid Tabung Haji.

Tajuk khutbah pada hari tersebut ialah mengenai perpaduan orang Melayu dan juga umat Islam di Malaysia. Saya amat berterima kasih kepada pihak masjid keran membaca khutbah yang begitu lantang dan bersemangat sekali kerana ianya tidak menggambarkan pendirian mana - mana pihak dan memang sepatutnya itulah yang berlaku. Saya mencadangkan agar isi khutbah pada hari itu tidak ditujukan kepada PAS , tetapi sepatutnya kepada pihak UMNO kerana mereka masih perlu banyak belajar apa itu perjuangan, perpaduan dan konsep sebuah negara Islam yang sebenar.

Apa yang menariknya pada khutbah pada hari tersebut ialah bilamana ketika bacaan doa khutbah dibacakan, kami dikalangan jemaah hanya mampu tersenyum simpul dan mungkin berasa malu kerana......doa yang sepatutnya dibacakan untuk keselamatan Agong Malaysia iaitu DYMM Sultan Abdul Aziz Shah telah bertukar kepada DYMM Sultan Azlan Shah. Ini bermakana khutbah yang dibacakan telah lapuk isinya dan teksnya yang menggambarkan pihak UMNO dah tak ada modal.Mereka tahu yang bersembahyang Jumaat di masjid Tabung Haji adalah dikalangan ahli BA, maka khutbah itu sengaja dibacakan.Tapi...lain pulak jadinya.

HANCUR! HANCUR !...HANCUR KUFUR!...HANCUR AMERIKA!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com