Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Siapa 'bapa bahan lucah' negara?

HARI ini, Isnin 22 Oktober 2001 akhbar Berita Harian (baca Berita Hairan) melaporkan anak-anak di beberapa Tanah Rancangan Felda di Johor berkongsi bahan lucah bersama-sama ibu dan bapa masing-masing.

Kajian USM ini cukup mengejutkan! Tetapi siapakah yang bertanggungjawab terhadap kawalan bahan-bahan lucah ini. Jawapannya ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kementeriannya meluluskan ratusan permit bahan-bahan lucah dalam bentuk bercetak.

Jika majalah politik dan akhbar politik yang tidak menyokong Umno dikawal dengan ketat tetapi bahan-bahan lucah dibenarkan oleh Abdullah Badawi. Cubalah kita ke kedai-kedai majalah, kedai akhbar dan kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur. Tidak kurang 100 majalah lucah, cerita dan gambar-gambar dedah terjual dengan meluas.

Semua majalah ini diberikan permit oleh Kementerian Dalam Negeri. Sempena dengan kejayaan ini, Abdullah Ahmad Badawi yang baru sahaja menerima kehadiran 65,000 jemputan di majlis perkahwinan anaknya patut dianugerahkan gelaran "bapa bahan lucah negara".

Taikun-taikun dunia percetakan cukup gembira dengan sikap dan pendirian Abdullah Badawi dan mereka bila-bila masa sahaja sanggup mengadakan majlis besar-besaran bagi menyampaikan anugerah tersebut kepada Abdullah dan pasangannya Endon Mahmud yang berambut merah kehitam-hitaman.

Satu ketika Pejabat Menteri Dalam Negeri mewah dengan permit pendatang asing dan perlanjutan visa, kini mereka sibuk pula dengan usaha-usaha mengeluarkan permit majalah-majalah lucah di samping VCD porno.

- ramlan jantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com