Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kisah Norkhaila bohongi setinggan

AKHBAR-AKHBAR melaporkan bahawa penduduk setinggan di Taman Medan, Petaling Jaya mengadakan tunjuk perasaan disebabkan wakil rakyat kawasan itu, Norkhaila Jamaluddin mungkir janji untuk bermesyuarat dengan mereka.

Apa perasaan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Taman Medan membaca laporan ini?

Sebenarnya, inilah moral wakil rakyat Umno. Mereka menjadi wakil rakyat kerana mahu mengumpul kekayaan untuk diri sendiri, mengayakan kroni dan sanak saudara masing-masing.

Ingat! Rakyat usah tertipu lagi. Pilihan raya akan datang, pastikan seluruh Negeri Selangor dapat dikuasai calon-calon Barisan Alternatif (BA). Kalau ada berlaku pergaduhan hingga meragut banyak nyawa, merekalah kononnya menjadi pembela denga publisiti berlebih-lebihan dari media upahan negara yang dikuasai Zainuddin Maidin yang tidak lulus SPM tetapi dapat jadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan kerana mengampu dan membodek.

Usah menaruh kepercayaan kepada wakil-wakil rakyat Umno dan BN. Mereka bukan mahu berkhidmat tetapi mereka sibuk dengan agenda sendiri.

Cukuplah apa yang sudah mereka lakukan. Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang ditangkap kerana membawa wang seberat 19 kilogram masih boleh menang Naib Presiden Umno, memberi erti bahawa Umno memang parti rasuah dan pemimpinnya, tidak lagi bekerja untuk rakyat dan pengundi.

Dalam Umno, soal maruah dan moral tidak lagi menjadi persoalan. Yang mereka kejar ialah projek dan wang. Boleh jalan dengan rakyat dan setinggan.

Ayuh! Kuatkan tekad dan tukarlah pemerintah dalam pilihan raya akan datang. Pastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan menumbangkan BN dalam pilihan raya.

- ramlan jantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com