Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kisah "kebodohan" Syed Razak

Seluruh pelajar-pelajar Islam di Kedah amat rugi bila Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain bercadang mahu menukarkan Kolej Insaniah dari kepunyaan Kerajaan Negeri kepada kepunyaan Syarikat Al-Bukhary.

Sebagai MB, dia adalah Pengerusi Kolej Insaniah langsung tidak menghurmati pandangan Mufti, Datuk Sheikh Majid supaya tidak meneruskan cadangan itu kerana Kolej Insaniah mempunyai program berkembar dengan Universiti Al-Azahar. Persetujuan Universiti Al-Azahar mengadakan program berkembar dengan Kolej Insaniah kerana ia dipunyai Kerajaan Negeri Kedah tetapi jika ia menjadi badan swasta mungkin Universiti Al-Azahar akan menarik persetujuan mengadakan program berkembarnya.

Inilah yang malangnya rakyat Negeri Kedah bila Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melantik Syed Razak yang tidak lulus SPM menjadi Menteri Besar. Bila dilantik menjadi Pengerusi Kolej, dia tidak tahu untuk mengadakan perbincangan dengan Pengetua Kolej, dengan Datuk Mufti dan dengan lembaga pengarah.

Yang dia tahu hanya marah dan meninggikan suara dan terus meninggalkan mesyuarat walaupun cuba ditenangkan Datuk Mufti.

Lebih malang lagi, hari konvokesyen ditetapkan sehari dengan hari Perasmian Lima 2001 di Langkawi. Kehadiran DYMM Sultan Kedah tidak disambut Menteri Besar selaku Pengerusi Kolej sebaliknya dihadiri seorang Exco yang pintu pagar rumahnya sentiasa tertutup rapat selepas pukul 9.00 malam.

Khabarnya wakil-wakil rakyat dari PAS cukup ramai menghadiri hari konvo tersebut. Syed Razak nyata tidak layak menjadi Menteri Besar, tidak layak menjadi Pengerusi Kolej dan tidak layak menjadi pemimpin besar Negeri Kedah.

Yang dia boleh, bercakap banyak hingga tegang urat leher dan dalam masa yang sama cuba melindungi kebodohannya.

Dilemanya ialah tidak mahu diketahui sebagai "tidak tahu" atau bodoh dan nak cuba tunjuk pandai. Nasihat orang keliling tak pernah dipakai, yang dia tahu, orang sahaja kena ikut cakap dia.

Dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SS) pun bergaduh kes pergi lawatan ke luar negara. Dewan Undangan Negeri tidak mampu bersidang panjang kerana khuatir kebodohan menjawab di dewan terdedah.

Khabarnya "Kuala Lumpur" pun tidak sukakan Syed Razak tetapi serba salah untuk menukarkannya sekarang disebabkan tiada calon yang sesuai. Mungkin Tan Sri Osman Arof dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

- ramlan jantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com