Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Selamat Tinggal keADILan…Mohd Sudin

HARI ini, khabarnya seorang lagi "budak" yang pernah diberi tempat dalam keADILan, Mohd Sudin Mohd Mohd Salleh bertindak melepaskan jawatan Ketua Sekretariat Pergerakan Pemuda keADILan.

Dia mencontohi beberapa budak-budak lain seperti Baharudin Ali Masron, Wan Indera Putra dan Zuraidi Rahim yang kini ke sana-sini meminta sedekah dari beberapa pemimpin Umno.

Ada yang menjadi "tukang bawa beg" Dr. Nuraeshah Mohamad, Pengerusi Bank Rakyat setelah berjaya memalukan keADILan dengan pelbagai dakwaan termasuk tuduhan kononnya Mohd Ezam Mohd Nor ada skandal dengan Nurul Izzah Datuk Seri Anwar.

Media cetak dan media elektronik berlumba-lumba membesar-besarkan berita beberapa "budak-budak" keADILan bertindak meletakkan jawatan, bertindak keluar dari parti dan lebih jauh, memalukan beberapa pemimpin parti.

Umum tahu, mereka ini dijanjikan pelbagai habuan dan jawatan tetapi sebagai seorang yang murah dan mudah dibeli, tanpa tawaran dan tanpa janji pun mereka akan bertindak untuk mencari publisiti murah.

Penyokong dan pendokong keADILan dan gerakan reformasi di negara ini harus sedar, perjuangan sebenarnya memerlukan pengorbanan. Disebabkan bulan Ramadan hampir menjelang, Syawal pula akan menyusul dan tahun baru akan sampai, maka wang yang banyak diperlukan untuk persekolahan anak-anak selain baju raya dan belanja raya.

Maka budak-budak yang tidak tahan dugaan ini akan menjual segala-galanya, termasuk maruah hanya untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba.

Mereka belum pernah terpenjara. Mereka belum pernah disepak terajang polis dan mereka belum terpisah dengan anak dan isteri, tetapi jiwa mereka lemah dan tandus semangat juang.

Maka apabila digula-gulakan, mereka bertindak meninggalkan perjuangan yang sudah mereka ceburi hampir tiga tahun. Mereka terliur dengan pelbagai "fatamogana" dalam Umno yang sudah semakin sakit, walaupun Dr. Mahathir Mohamad diprojekkan sebagai pemimpin bertaraf dunia.

Suratkhabar dan TV tidak dibenarkan menyiarkan berita-berita orang lain, parti lain kecuali Dr. Mahathir dan timbalannya, Abdullah Ahmad Badawi yang baru dianugerahkan dengan gelaran "bapa bahan lucah negara".

Marilah kita sama-sama mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Sudin yang mungkin tidak kita kenali sebelum ini dan mengharapkan dia tidak hanya duduk di kaki lima Umno, menjadi pemintah sedekah terhurmat dan sentiasa memanjat pejabat-pejabat menteri mencari sesuap nasi.

Kalau mereka berjumpa sesama sendiri, dengan Wan Indera Putra, Zuraidi Rahim dan Baharudin Ali Masrom, tentunya mereka akan bercerita pengalaman masing-masing ditipu pemimpin Umno yang pernah menjanjikan mereka pelbagai habuan termasuk projek membawa masuk pekerja asing dari Bangladesh.

Nasib baiklah Mohd Sudin bertindak mengumumkan perletakan jawatannya, jika tidak "cicak mengkarung" pun tidak tahu siapa budak ini.

Ramlanjantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com