Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tubuhkan Suruhanjaya DiRaja Siasat Polis dan BPR…

KALAU benar seperti dakwaan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Azmi Khalid, rakyat hendaklah menuntut satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat Polis dan BPR kerana gagal menyiasat penyelewengan yang berlaku di kementerian itu.

Khabarnya, bukan peruntukan PPRT sahaja yang diselewengkan, malahan banyak wang RISDA (sebuah agensi yang terletak di bawah Kementerian Luar Bandar) turut disalah gunakan.

Ke mana Datuk Annuar Musa mahu melarikan diri? Apakah dia merasakan dirinya boleh terlepas dari siasatan dan pendakwaan? Hidupnya yang kaya raya, pejabatnya di Desa Pandan yang setaraf dengan Istana Kubang Kerian, Kelantan dan rumahnya di Damansara Height yang cukup mahal membuktikan ….. BPR dan polis perlu disiasat kerana nyata agensi ini tidak "berkesan" kalau diminta menyiasat orang-orang Umno.

Ingat! Polis dan BPR usah memfokuskan siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar sahaja kerana Azmi Khalid juga dikatakan "terlibat" dalam perniagaan yang diambil dari kementerian itu.

Rakyat boleh menyaksikan sendiri, apabila Umno kuat, penyelewengan terus berlaku. Zainuddin Maidin semakin lantang membodek Perdana Menteri kerana dia merasakan dia layak menjadi timbalan menteri dan bukan hanya setiausaha parlimen.

Selagi dia tak dapat kenaikan pangkat, dia akan terus membodek dan banyak bercakap pasal Amerika dan Palestin yang dia rasakan memberi keuntungan kepada politik peribadi Dr. Mahathir.

Usahlah cuba mengalihkan perhatian dan tumpuan rakyat dari isu penyelewengan dengan memainkan secara berlebihan isu Osama Laden dan Bush. Rakyat Malaysia terus ditipu dengan pelbagai penyelewengan, termasuk menteri memunggah kekayaan dan melupakan kemiskinan rakyat.

Jika Projek PPRT khusus untuk rakyat "termiskin" (saya ulangi…termiskin) pun dipermainkan, diselewengkan dan disapu oleh mereka yang diberi kepercayaan, apa lagi yang hendak diharapkan kepada spesis berlabel Umno?

Alhamdulilah, pengundi di Parlimen Peringat menewaskan Annuar Musa. Jika tidak mungkin dia terus memunggah kekayaan dan terus menyeleweng duit rakyat. Kita minta Polis dan BPR menyiasat sama RISDA dan semua agensi yang terletak di bawah Kementerian Luar Bandar, termasuk KEMAS.

Kita percaya, disebabkan Annuar Musa Ahli Majlis Tertinggi Umno, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan dan Ketua Umno Bahagian Peringat, maka Dr. Mahathir akan cuba menyelamatkannya.

Lihat sahaja apa sudah jadi dakwaan yang dibuat oleh ADUN Beserah, Dato' Fauzi Abd Rahman terhadap Tan Sri Khalil Yaakob. Dr. Mahathir tidak membenarkan siasatan dijalankan kerana Khalil adalah Setiausaha Agung Umno. Seboleh-bolehnya, demi Umno, segala-galanya mahu disembunyikan. Rakyat terus diperbodohkan dan menteri-menteri sibuk mengumpul kekayaan melalui kroni masing-masing termasuk setiausaha-setiausaha masing-masing.

-Ramlanjantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com