Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Anak Osama yakin bapanya akan selamat

Salah seorang anak lelaki Osama bin Laden menegaskan bahawa bapanya itu tidak akan berjaya ditangkap oleh Barat sampai bila-bila, lapor akhbar tabloid, Sunday Mirror.

Abdullah Laden, 18, memberitahu akhbar berkenaan bahawa bapanya, yang menjadi orang paling dikehendaki kerana mendalangi serangan nekad di Amerika Syarikat (AS) lebih sebulan lalu itu kini masih berada di Afghanistan.

Menurut anak lelaki jutawan Arab Saudi itu, bapanya bersembunyi di kawasan pergunungan bersama-sama 300 orang komando.

``AS dan Britain tidak akan dapat menjejaki bapa saya sampai bila-bila pun. Dia (Osama) ibarat halimunan,'' katanya.

Abdullah memberitahu Sunday Mirror bahawa bapanya `menghilangkan' diri ke kawasan pergunungan dengan 60 buah trak yang dipenuhi dengan peralatan satelit pada 11 September lalu.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa Osama tidak terlibat dengan serangan pengganas pada hari berkenaan, yang meranapkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington selain mengorbankan ribuan nyawa.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com