Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Masjid dibom oleh Amerika termasuk mereka yang sedang solat

Hampir 50 orang terbunuh dalam pengeboman pesawat Amerika Syarikat (AS) di beberapa sasaran di Afghanistan, termasuk sebuah masjid di Herat.

Serangan bom oleh pesawat AS telah mengenai sebuah masjid di bandar Herat lalu membunuh dan mencederakan orang ramai yang sedang bersembahyang di dalamnya, kata Taliban hari ini.

Ketua agensi penerangan Taliban, Abdul Hanan Hemat berkata, mangsa-mangsa daripada masjid itu adalah antara 15 orang yang terbunuh dan 25 lagi yang cedera dalam pengeboman sepanjang malam tadi oleh pesawat AS di Herat.

``Di Qalaye Shatir di Herat, 18 butir bom telah digugurkan pada malam tadi dengan mengakibatkan 15 penduduk terbunuh dan 25 lagi cedera di rumah-rumah dan sebuah masjid,'' katanya.

``Orang ramai yang sedang bersembahyang di dalam masjid itu terbunuh dan cedera tetapi kami belum mengetahui jumlah mereka yang sebenar,'' katanya.

Beliau berkata, empat orang turut terbunuh dalam satu pengeboman dekat kubu kuat Taliban di Kandahar, selatan Afghanistan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com