Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Amerika mengaku serangannya tersalah sasaran

Amerika Syarikat (AS) hari ini mengaku melakukan kesilapan dalam meletakkan sasaran bomnya apabila semakin banyak bukti menunjukkan orang awam mati akibat pengeboman pesawat AS dalam serangan di Afghanistan.

Para pegawai pertahanan AS di Washington mengaku banyak bom telah tersasar sepanjang serangan pada hujung minggu lalu di Herat.

Kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut, sebuah hospital tentera telah dibom, manakala di Kabul para saksi berkata sekurang-kurangnya 10 orang mati dalam pengeboman terhadap sebuah kawasan perumahan.

Yang terbaru, para pelarian yang terselamat menceritakan kira-kira 20 rakyat Afghanistan termasuk sembilan kanak-kanak terbunuh ketika cuba melarikan diri daripada serangan AS di bandar Tirin Kot, selatan negara itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com