Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tuntutan Islam : 15,000 rakyat Pakistan sedia untuk berjihad

Lebih 15,000 rakyat Pakistan bersiap sedia hari ini untuk memasuki sempadan Afghanistan bagi menyertai jihad menentang Amerika Syarikat (AS).

Para pegawai berkata, hampir 10,000 orang telah menaiki konvoi 100 buah trak untuk menyeberangi sempadan Afghanistan.

``Dengan diketuai Sufi Mohammad, ketua Tehreek Nifaz-e-Sharia Mohammadi, kumpulan itu berada dekat sempadan Afghanistan dalam kawasan puak Bajur,'' kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri di Islamabad.

``Ini merupakan satu perkembangan luar biasa dalam sejarah dunia,'' kata Mohammad semalam.

``Buat pertama kalinya, semua kuasa bukan Islam bersatu menentang Islam,'' katanya.

Sukar untuk disahkan mengenai jumlah mereka yang menyertai kumpulannya untuk berjihad menentang tentera Amerika.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com