Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Taliban ancam lancar perang gerila

Pemimpin tertinggi Taliban, Mullah Mohammad Omar mengancam untuk melancarkan perang gerila yang panjang jika kerajaannya diserang oleh Amerika Syarikat (AS).

Ketika Taleban mengaku buat pertama kali bahawa ia menyembunyikan Osama Laden, Omar berikrar semalam bahawa tenteranya akan mencapai kemenangan.

``Kerajaan (Taliban) mungkin tumbang tetapi ia (peperangan) adalah sama seperti ketika jihad (menentang Kesatuan Soviet). Medan pertempuran baru akan diwujudkan seperti ketika menentang komunis,'' kata Omar dalam ucapannya yang disiarkan oleh Radio Shariat.

``Anda mungkin menawan lapangan terbang, ibu kota dan bandar-bandar tetapi rakyat akan pergi ke kawasan pergunungan,'' katanya.

``Insya-Allah, saya percaya AS dan sekutunya tidak akan dapat berbuat apa-apa. Mereka hanya akan mengalami nasib yang sama seperti tentera komunis.''

Susunan :
Tok Batin






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com