Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


22 komando AS & Britain terkepung

Al-Jazeera News

Abu Dhabi (Sat): Askar-askar Islam Taliban telah berjaya menangkap 22 orang komando AS dan Britain yang cuba menyelinap masuk ke kawasan pergunungan di utara Jalalabad pada malam tadi. Mereka dipercayai dari pasukan khas yang dihantar secara rahsia untuk menembusi tempat persembunyian Osama bin Laden yang paling dikehendaki AMerika. Komando tersebut dipercayai telah dikepung oleh kira-kira 350 askar Taliban di celah-celah pergunungan tanpa sebarang pertempuran. Mereka segera dibawa ke suatu kawasan rahsia dan nasib mereka belum diketahui. Di bawah undang-undang ketat syariah yang diamalkan oleh Taliban, kesemua mereka akan dijatuhi hukuman bunuh kerana mengintip. Jurucakap White House enggan mengulas tentang berita tersebut dan berkata yang Rumah Putih berharap kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku ke atas askar-askar Amerika.

Ulasan :
Tok Batin






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com