Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kapal Terbang, Bangunan tinggi, kini takut pada penerimaan surat ?

Penduduk Amerika Syarikat (AS) diburu ketakutan hari ini apabila kes kelima jangkitan bakteria pembunuh, antraks, dikesan disebarkan melalui surat termasuk sepucuk surat dari Malaysia yang disyaki mengandungi kuman tersebut.

Serentak itu Naib Presiden AS Dick Cheney mengaitkan kejadian tersebut dengan cubaan pengganas untuk menyerang negara ini melalui serangan biologi atau kuman.

Cheney turut mengaitkan Osama bin Laden dengan cubaan tersebut.

Beberapa hari selepas kuman itu dikesan di Florida, yang membunuh seorang mangsanya, antraks kini dikesan di New York, Reno, Nevada dan yang terbaru di California.

Setakat ini kesemua kuman itu dikesan di stesen televisyen - NBC-TV Nightly News, pejabat akhbar - Sun (Florida), The New York Times, syarikat Microsoft dan terkini di syarikat perfileman, Sony Pictures.

Akibat daripada jangkitan ini rakyat Amerika mula gusar, sistem pos telah diberi amaran. Inilah bala pada negara yang suka membuat aniayai kepada negara lemah. Rakyat Amerika ini sanggup membakar gandum dengan harapan agar harga gandum dipasaran meningkat. Mereka tidak menghiraukan negara dunia ketiga dalam kebuluran.

Apakah kesanya ? Mereka boleh membunuh rakyat Afghanistan tapi kehidupan rakyat mereka tidak aman, meraka takut nak naik kapal terbang, mereka takut nak naik kereta api, sistem pengangkutan menjalan pemeriksaan yang amat ketat. Sekarang sistem pos pula dikawal. Kini mereka takut untuk menerima surat. Kan itu amat melucukan !

Susunan
Tok Batin






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com