Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Surat kiriman dari Malaysia disah positif antraks - Gabenor Nevada

Sepucuk surat yang dikirim dari Malaysia ke pejabat Microsoft di Reno, Nevada disahkan positif mengandungi bakteria pembunuh, antraks.

Gabenor Nevada, Kenny Guinn berkata, pengesahan itu diperoleh menerusi ujian ketiga ke atas kandungan surat tersebut tetapi ia menunjukkan risiko terhadap kesihatan awam `sangat rendah'.

Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dicengkam ketakutan kini dihantui ancaman antraks setelah lima kes jangkitan kuman tersebut dikesan disebarkan menerusi surat.

Sementara itu jurucakap Microsoft, Matt Pilla berkata, empat kakitangan syarikat yang menyentuh sampul surat tersebut telah menjalani ujian dan keputusannya dijangka diperoleh esok atau lusa.

``Jika keputusan CDC (Pusat Kawalan Penyakit) didapati positif, risikonya tersangat rendah bagi sesiapa selain empat orang yang telah menyentuh sampul surat itu,'' kata Pilla.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com