Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Amerika sengaja hendak membunuh rakyat Afghanistan

Serangan demi serangan balas dendam yang dilancarkan ke atas kebanyakan bandar di bawah penguasaan Taliban telah mengesahkan bahawa AS bukanlah mahu memerangi pengganas sebaliknya menaja keganasan.

Peperangan yang dimulakan oleh AS bermaksud sekali gus ``mensabitkan'' kesalahan Osama - saspek utama dalam serangan ke atas AS 11 September lalu - tanpa perbicaraan di mahkamah awam.

Osama diumumkan oleh AS sebagai mastermind dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington yang mengorbankan kira-kira 6,000 nyawa.

Walaupun ratusan rakyat Afghan telah terkorban ekoran serangan AS, namun Osama masih hidup.

Jumlah kematian tentera Taliban juga begitu kecil. Pada serangan pertama, cuma lima anggota Taliban terbunuh di Sheen Daud dalam wilayah Farah.

Selepas mengetahui kematian rakyat yang tidak bersalah pada serangan pertama, AS tidak cuba untuk lebih berhati-hati. Sebaliknya mereka membuat serangan susulan yang bagaikan mahu membunuh lebih banyak rakyat Afghan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com