Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kewangan Kerajaan Negeri Sabah Kritikal?

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Pada satu ketika dulu, tahun 70an dan 80an Sabah adalah antara negeri-negeri di Malaysia yang dikatakan membangun dan kaya. Kerana hasil balaknya, minyak, lombong mamut, ladang sawit, koko dan lain-lain. Pelbagai pembangunan dapat dilihat di sana sini di seluruh negeri. Para pelajar Sabah juga mendapat jolokan sebagai keturunan orang kaya kerana mendapat biasiswa semasa belajar di Semenanjung dan juga di luar negeri. Walaupun sebahagian pelajar yang mendapat biasiswa Yayasan Sabah itu adalah daripada keluarga miskin/sederhana. Dan penulis sendiri merupakan bekas pelajar Sabah yang pernah menikmati biasiswa Yayasan Sabah di zaman kerajaan Berjaya/BN dulu.

Sejak kebelakangan ini ekonomi Sabah, khususnya kewangan kerajaan negeri dalam keadaan kritikal. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Haji Ag. Tengah, Timbalan Ketua Perhubungan KeADILan Sabah semasa berdialog di majlis makan malam bersama pemimpin BA yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Malaysia, YB Dato Fadzil Nor dan Setiausaha Agong Pas, YB Ustaz Nasaruddin di Kota Kinabalu.

Dedah Haji Ag. Tengah, bahawa kerajaan negeri Sabah terpaksa mengemis kepada Yayasan Sabah untuk membayar hutang projek kerajaan kepada kontraktor-kontraktor. Tambahnya, untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun, kerajaan negeri dibawah parti UMNO/BN Sabah berkeadaan sukar. Tambah beliau, keadaan ini berlaku adalah disebabkan salah urus, pembaziran, pentadbiran tidak amanah, tidak cekap dan dipengaruhi oleh kepentingan orang politik yang berkuasa. Selain itu, amalan penswastaan yang tidak telus terhadap beberapa agensi kerajaan negeri yang tidak bermasalah seperti Ladang Sawit.

Berkaitan dengan kenyataan ini. Penulis teringat dalam satu taklimat oleh pegawai dari kementerian kewangan negeri beberapa tahun sudah yang berkaitan dengan pemberian bonus oleh kerajaan persekutuan kepada kakitangan persekutuan. Kata pegawai itu, diumumkan saja oleh Menteri Kewangan Persekutuan, kami di pejabat kewangan negeri bersilat, maksudnya sebagai membayangkan kewangan negeri Sabah memang kritikal untuk membayar bonus seperti itu.

Dan banyak lagi isu-isu tempatan Sabah seperti hilangnya Sabah Bank ditelan oleh Alliance Bank, SLDB, isu balak dan sebagainya. Semua ini menuntut kepada kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Chong Kah Kiat supaya lebih telus dalam pentadbiran demi untuk rakyat dan negeri Sabah. Bukan semata-mata menjaga kepentingan elit politik, tauke dan kroni para pemimpin besar BN Sabah atau BN Kuala Lumpur.

Ibn Sabah,
9.10.2001M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com