Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jawapan isu kerajaan negeri tak luluskan bina sekolah

Urban Planner

Untuk pengetahuan para netters sekalian, sebenarnya pemberian projek membina sekolah ini diserahkan kepada kontraktor2 terpilih yang dilantik oleh firma pengurusan projek (PMC). Dalam membina sesebuah sekolah tak kira sekolah rendah atau menengah, ianya perlu melalui beberapa proses kelulusan perancangan, bermula dari penukaran syarat tanah, kelulusan pelan susun atur dan juga kelulusan pelan bangunan. Ini proses biasa dalam mana-mana permohonan perancangan sepertimana termaktub di dalam akta perancangan bandar dan desa 1976 (pindaan 1995) dan juga Akta A933 (permohonan kebenaran merancang).

Mana-mana pemohon (tak kira samada firma PMC, kontraktor) perlu melalui proses ini sebelum tanah tersebut diluluskan untuk pemajuan. Namun demikian, memandangkan projek ini adalah projek kepentingan awam, maka pihak kerajaan negeri, memberi sedikit perhatian kepada pemaju sekolah di mana di samping melalui proses biasa perancangan, ianya juga membantu dari segi mempercepatkan kelulusan tersebut.

Kontraktor diberi peranan untuk menjalankan segala proses tersebut dan pihak Kementerian Pendidikan hanya ingin tahu yang sekolah siap serta hakmilik diperolehi. Untuk dapat hakmilik ini, pihak pemaju perlu melaksanakan proses perancangan seperti yang dikatakan di awal tadi.

Jika sekiranya pihak pemaju tidak melakukan sepertimana prosedur tersebut, maka ini akan memberi kesan kepada projek itu sendiri seperti tanah tidak mendapat kelulusan, CF tidak dapat dikeluarkan yang seterusnya menjejaskan pemberian hakmilik tanah. Masalah sekolah tidak dapat diduduki untuk pembelajaran ini berlaku di beberapa negeri seperti di Terengganu, Pahang, Selangor, Kelantan, Johor dan seluruh negara. Ini disebabkan pihak pemaju sekolah berkenaan tidak mematuhi proses perancangan yang disebutkan sehingga menjejaskan pemberian hakmilik. Lojiknya bila pemaju sekolah tidak melakukan sepertimana prosedur tersebut, maknanya, tanah tapak sekolah itu masih milik pejabat tanah atau kerajaan negeri walaupun tapak berkenaan telah dizonkan untuk tujuan pembangunan institusi persekolahan. Dengan ini, berlakulah konflik antara pihak kerajaan negeri dengan agensi pusat (K.Pendidikan) di mana kelulusan menduduki tidak diberikan oleh kerajaan negeri tersebut. Alasannya cukup mudah dan munasabah, kalau tanah tersebut akan dipindah milik kepada KP, maka sejumlah bayaran ternetu mesti dibuat kepada pihak KN bagi membolehkan ianya diberi milik.

Inilah yang sebenarnya berlaku ke atas isu pembinaan sekolah di seluruh negara di mana terdapat kerajaan negeri yang tidak meluluskan pembinaan sekolah. Hakikatnya, pihak pemaju yang tidak mematuhi syarat2 berkenaan dan sepatutnya pemaju yang perlu dipersalahkan kerana tidak mengikut peraturan yang ada. Sebab ini berkait dengan soal undang-udnag tanah iaitu Kanun Tanah Negara. Mungkin kerana pemaju itu kroni umno, maka undang2 tidak perlu dipatuhi. Itu sahaja.

Jadi isu berkenaan kerajaan terengganu dan kelantan yang diperbesarkan berkenaan tidak memberi kerjasama adalah tidak timbul langsung. Harap sebarkan perkara ini kepada orang ramai.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com