Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Alhaqdaily adalah penyebar fitnah umat Islam

Merujuk kepada artikal di
http://www.alhaqdaily.com/kecuh.htm

Solat Jumaat Kecuh Angkara Adun Pas

SETIU : Sahkah sembahyang Jumaat di masjid Kampung Langkap? Ini kerana hanya kira-kira 15 penduduk tempatan sahaja yang menjadi makmum manakala yang lain adalah penduduk di luar mukim.

Penduduk tempatan memboikot sembahyang Jumaat itu kerana Adun Langkap, Mohamad Hitam yang membaca khutbah dan ianya dianggap bersifat politik kepartian. .......
...Beberapa penduduk yang keluar itu kelihatan berteriak menyatakan sembahyang Jumaat itu tidak sah kerana tidak cukup makmumnya
......Al-Haq sempat mengambil gambar mereka yang bersembahyang Jumaat itu. Makmum hanya tinggal 30 orang aje...

Saya tertarik dengan komen webmaster alhaqdaily mengenai artikal saya 16 September lalu, yang disiarkan 26 September dilamannya dan memang saya berhasrat untuk 'membetul kepala' webmaster laman tersebut setelah dia mempertikal penulisan saya.

Saya mencabar webmasternya (aku kenal mung dengan tok dan toki mung sekali), sila nafikan bahawa Dato Idris Jusoh tidak 'baham' duit !

Insya-Allah saya akan menulis artikal-artikal mengenai Idris Jusoh ini akan datang dalam beberapa siri. Tapi buat kali ini saya nak tumpukan kepada tajuk artikal kita yang disiarkan oleh Alhaqdaily yang terpapar di atas.

1) 15 orang aje penduduk tempatan.

Betul ke 30 orang yang jadi makmum.... ok saya ambil gambar yang disiarkan dilaman tersebut. Saya cerahkan menggunakan program photoshop... gambar gelap sebab dia orang memang nak tipu pengunjung... ini adalah kerja kotor laman itu dan memang dia orang makan hasil daripada memutar belitkan berita dan kerana sesuap nasi dia orang rela berdusta.


Gambar asal dari laman alhaqdaily


Gambar dicerahkan untuk melihat berapa orang yang bersolat

2) Adakah Solat Jumaat tidak sah?

Adakah solat Jumaat tidak sah? Cuba anda kira sendiri berapa orang yang ada dalam gambar tersebut. Saya bersumpah Walllahi gambar ini saya ambil daripada laman alhaqdaily dan saya nak webmasternya bersumpah dengan nama Allah mengenai gambar ini.

Mana lebih baik bersolat dengan memulaukan solat ? Apakah mereka (ahli UMNO) yang memulau solat jumaat itu atas dasar berbeza fahaman politik nak jawab dihadapan Allah kerana tidak menunaikan solat jumaat pada hari itu ? Siapa sebenarnya yang memecah belahkan umat Islam di Terengganu ?

Lagi mengelikan hati saya, kru alhaqdaily sendiri mengaku bahawa dia mengambil gambar ! Memang dia dah niat tak nak solat sebab yang ambil gambar memang tak akan bersolat. Ini kerja-kerja jahiliyyah. Saya tak tahu apa yang kita boleh katakan kepada mereka ini. Demi politik mereka ini sanggup menjual agama. Tak hairanlah kalau alhaqdaily adalah penyebar fitnah dan menyesatkan umat Islam di Terengganu.

Saya tunggu reaksi seterusnya.....

Spy Ehsan
# Semua perkembangan laman alhaqdaily telah saya save secara automatik...

.........................
Komen Webmaster
Saya memang ada hasrat nak memberi maklum balas tapi nampaknya tak jadi, pasal Spy Ehsan ni dah menyengat... - Abu Jihad






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com