Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Berpendirian Anti-kerajaan adalah SAH di sisi Agama

Tajuk di atas ditujukan kepada kerajaan yang zalim.

1) Akhbar milik kerajaan masih tidak henti-henti mengapi-api dan menyeramkan suasana dengan istilah gerakan militan. Malang sekali beberapa pensyarah telah diberi surat tunjuk sebab oleh pihak universti kerana disyaki terlibat dengan gerakan militan dan anti-kerajaan. Untuk melahirkan rasa kebencian dari kalangan rakyat terhadap mereka yang membantah tindakan kerajaan, maka sentimen "anti-kerajaan" digembar-gemburkan. Pelajar pula diancam dengan tindakan disiplin keras memungkinkan penyingkiran, jika disyaki aktif mempamirkan "anti-kerajaan". Sentimen "anti-kerajaan" adalah satu strategi yang licik untuk mengabui minda rakyat agar mereka tidak memandang serong terhadap segala tindakan kerajaan yang memperlekehkan undang-undang.

2) Kemelut ini wajar dilihat dalam perspektif yang betul dulu. Dengan mengenepikan UMNO, PAS dan lain-lainnya, akan timbul satu kesedaran hakiki bahawa yang berlaku sekarang sebenarnya adalah pertembungan nilai, ia itu, pertembungan diantara baik dan buruk, diantara adil dan zalim, diantara ma'aruf dan munkar. Keengganan golongan pelajar, pensyarah, kakitangan kerajaan dan rakyat jelata berpihak kepada kerajaan-UMNO bukan kerana mereka telah dihasut dan dipengaruhi oleh parti pembangkang. Rakyat yang selama ini telah diasuh dengan nilai-nilai keinsanan, kebaikan dan keadilan tentunya tidak dapat menerima kedurjanaan, kerakusan dan kebiadapan kerajaan-UMNO. Apatah lagi kerajaan-UMNO pimpinan sidiktator tua ini mempamirkan sifat angkuh ala-Firaun, tidak mahu tunduk kepada mana-mana undang, samada undang manusia mahupun, lebih lagi,undang agama, tentu sekali mengundang kebencian dan kemarahan rakyat. Maka sokongan yang diberi kepada pakatan BA adalah kerana sama-sama berkongsi nilai kebenaran dan keadilan - hasilnya adalah penyatuan yang datang secara tabi'i. Oleh itu ibu-bapa dan keluarga kepada para pelajar dan pensyarah yang dimangsakan oleh pihak universiti jangan sekali-kali berasa sedih diatas pemangsaan ini. Para pelajar dan pensyarah berkenaan tidak bersalah tetapi berada dipihak yang benar.

3) Adalah menjadi kewajipan untuk Rakyat menggulingkan kerajaan si diktator tua ini. Untuk tidak disalah-ertikan penggulingan ini hendaklah dilakukan menerusi proses undang-undang dan demokrasi - memenuhi tuntutan "merubah kemunkaran itu dengan lisannya" dan "sebaik-baik jihad itu adalah menyatakan kezaliman dihadapan raja yang zalim". Jika kerajaan sidiktator tua ini mendakwa para pelajar dan pensyarah sebagai "anti-kerajaan" maka wajar disedari kerajaan sidiktator tua ini adalah sebuah kerajaan yang anti-keadilan, anti-Islam dan lebih tegas lagi, anti-Allah! Malah anti-Allah ini jelas terserlah pada diri sidiktator tua ini.

4) Kes fitnah terhadap DSAI adalah kes klasik membuktikan sidiktator tua ini adalah anti-Allah. Dia menolak habis-habisan untuk menggunakan kaedah syarak dalam jenayah tuduhan zina dan liwat seperti yang termaktub didalam surah An-Nur (Al-Quran). Malah dia mempersendakan keperluan empat orang saksi yang adil seperti yang dikehendaki oleh syarak. Dahsyat lagi dia berpendirian akan tetap menerima pengakuan sesiapa walaupun seorang saksi yang tidak adil, justeru menunjukkan bahawa dia lebih bijaksana dan mengetahui daripada Allah SWT. Dia engkar, angkuh dan zalim! Menurut syarak kegagalan sidiktator tua ini untuk mensabitkan kesalahan zina dan liwat terhadap DSAI wajib disebat dan kesaksiannya gugur. Dia tidak boleh lagi diangkat sebagai saksi dalam mana-mana urusan kehidupan. Termasuk dalam bab "saksi" ini juga dia tidak boleh mengundi dan diundi. Maka kedudukannya sebagai pemimpin gugur. Jika dia tidak mahu berundur dengan rela hati maka rakyat wajib menyingkirkannya. Segala dakwaannya tidak layak lagi diterima sebagai kesaksian. Inilah hukumannya keatas seseorang yang melakukan fitnah zina atau liwat yang besar dosanya disisi Allah SWT.

5) Si diktator tua perlu diingatkan walaupun dia bercita-cita untuk menjangkaui umur 80 tahun, belum pasti dia boleh bernafas esok harinya. Allah masih memberinya ruang untuk dia kembali kepangkal jalan, atau mengujinya sejauhmana dia mahu mempamirkan keangkuhan dan kezalimannya. Kepada pemimpin-pemimpin yang zalim dan kuncu-kuncunya perlu diperingatkan bahawa sejauhmana mereka mahu menayangkan keangkuhan mereka, ianya langsung tidak berbaloi dihari pembalasan kelak. Kematian adalah sesuatu yang pasti.

Kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengikut-pengikut UMNO sedarlah si diktator tua ini layak, dari segi syarak, disingkirkan dari kerusi pemerintahan! Berpendirian "anti-kerajaan" yang zalim mengengkari keputusan Allah adalah sah disisi, malah dituntut oleh, Islam.

Salam Reformasi,
Brother Su






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com