Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


SIAPAKAH THOLIBAN? Menyingkap Rahsia Tholiban yang Sebenarnya

Pengarang: Fadhal Muhammad bin Nur Muhammad Yusuf Zaei
Ustaz Hadith, Jamaiatul Uloom Islamiah
Allama Muhammad Yusuf Binnori Town
Karachi, Pakistan.

Kata Aluan Penulis

Beberapa tahun kebelakangan ini, pergerakan Islam Tholiban telah timbul atau muncul di bumi Afghanistan. Di waktu itu masyarakat sedunia tidak mengambil hirau tentangnya tetapi apabila pergerakan ini telah membentuk satu pemerintahan maka secara terpaksa mereka mula memperkatakan tentangnya. Namun kezaliman yang dilakukan oleh kuasa besar dunia terhadap pergerakan lain di dunia ini, rasanya tidak seteruk yang diterima oleh Tholiban.

Sebab media massa dunia dan badan-badan yang berpengaruh sentiasa memandang Tholiban dengan pandangan yang mencurigakan sejak dahulu hingga sekarang. Syak wasangka dan keraguan ini bukanlah dari pemikiran yang meleset tetapi ia wujud dari hasad dengki, irihati dan usaha untuk menanam benih permusuhan. Oleh itu, semua telah bersepakat menentangnya, berfikir untuk menghapuskan Tholiban telah mula meletakkan berbagai keraguan dan syak wasangka terhadapnya di hati masyarakat Islam dan kafir.

Ini disebabkan masyarakat dunia tidak melihat apa yang berlaku di dalam negara. Oleh itu, media massa dan sumber maklumat dunia telah menyatakan gambaran negatif. Walaupun gambaran yang diberikan adalah salah, namun sumber maklumat tidak juga memberi bantuan kepada negara ini malah terus mengukuhkan lagi beritanya.

Lebihkurang dua tahun lepas, saya menjawab beberapa soalan untuk menjauhkan dan menghilangkan syak wasangka dan keraguan orang-ramai terhadap apa yang masyhur disiarkan oleh media massa dan ia sentiasa bermain di benak fikiran manusia. Oleh kerana itu, sebahagian besar bumi Afghanistan di luar kawalan Tholiban, jadi jawaban dalam buku tersebut adalah terhad.

Walaupun begitu asas persoalan telah pun saya beri jawapannya dan disiarkan dalam akhbar "Dharbu Mu'min" setiap minggu secara bersiri. Setelah itu beberapa orang rakan telah membukukannya di Karachi, Pakistan dalam bahasa Urdu, kemudian ada lagi beberapa orang mahu buku kecil ini diterjemahkan dalam Bahasa Melayu supaya setiap individu yang berbahasa Melayu mendapat faedah darinya. Saya telah berkata kepadanya: "Ini adalah usaha yang baik."

Oleh itu penterjemah telah menyediakan dan menyebarkannya kepada pembaca semua. Semoga Allah membalas jasanya. Harapan saya semoga dengan membacanya, pembaca juga bersimpati dan bersemangat serta orang-orang yang menimbulkan persoalan ini mendapat jawapan sebagai penyelesaiannya.

Semoga Allah Ta'ala mengurniakan kepada saya, pembaca dan penterjemah , akan taufiq, seterusnya mengambil faedah (pengajaran) dari usaha ini dan memelihara Khilafah Islam Afghanistan supaya seluruh dunia Islam dianugerahi cahaya keberkatan pergerakan ini. Ameen ya Rabbal A'lameen.

Fadhal Muhammad Bin Nur Muhammad Yusuf Zaei
Ustaz Hadith di Jamaiatul Uloom Islamiah
Allama Muhammah Yusuf Binnori Town,
Karachi, Pakistan.

BIODATA PENULIS

Maulana Fadhal Muhammad Nur Muhammad Yusuf Zaei, dilahirkan pada tahun 1948 di kawasan Alalie Rashing dalam daerah Batgram di negeri N.W.F..P (Serhad) Pakistan. Mula belajar pada tahun 1967 di Madrasah Rabbaniah, Haripur. Kemudian telah menyambung pelajaran di Darul Ulum Karachi pada tahun 1970 selama dua tahun. Selepas itu berpindah ke Madrasah Ashraful Ulum, Gujranwala dalam negeri Punjab selama setahun. Dari sana beliau mengubah haluan pula ke Jamiah Haqqaniah Okara Khata', Peshawar. Kemudian belajar di daerah Menggora, Swat selama dua tahun sehingga sampai ke kelas tujuh. Selepas itu pada tahun 1977 beliau kembali ke Karachi dan menamatkan pengajiannya di Daurah Hadith di Jamiatul Ulum Islamiah, Binnori Town. (Kebanyakan system pengajian di Pakistan adalah seperti Deoband di India, dinamakan system ini sebagai 'Deobandi' dan tempoh untuk menamatkan pengajian paling kurang selama 8 tahun).

Beliau telah mengambil masa selama lebihkuarang 10 tahun untuk menamatkan pengajiannya dari kelas satu hingga lapan (Daurah Hadith) dan sempat berguru dengan beberapa syeikh yang masyhur seperti Hadhrat Maulana Yusuf Binnori, Mufti Wali Hassan (mufti besar Pakistan terdahulu) dan Maulana Fahlu Muhammad Swat (Rahmatullah Alaihim).

Begitu juga beliau telah belajar daripada pengasas Jamiah Haqqaniah, Maulana Abdul Haq r.a, mufti besar Pakistan Mufti Mahmud r.a, Mufti Muhammad Shafe' r.a, Syeikhul Hadith Maulana Zakaria r.a. Setelah tamat belajar di Jamiatul Ulum Islamiah Binnori Town, beliau telah mengajar pula di Jamiah Hammadiah selama 8 tahun, kemudian beliau kembali ke Jamaiatul Ulum Islamiah Binnori Town sebagai pengajar hinggalah ke saat ini (lebih kurang 11 tahun).

Pada tahun 1988 beliau telah menyertai Mujahidin mengambil bahagian dalam jihad Afghanistan, ketika Mujahidin Ulama' dan Mujahidin Pelajar Agama memulakan pergerakan 'Tholiban' di Afghanistan, maka pada hari itu juga beliau telah menyertai pergerakan tersebut.

Beliau telahpun berjumpa ketua-ketua kepimpinan Tholiban dan sudah acapkali berjumpa dengan Ameerul Mu'minin Mulla Umar Mujahid serta selalu duduk bersama dengan komando-komando Tholiban.

Alhamdulillah sehingga ke saat ini beliau masih mempunyai hubungan baik dengan pergerakan 'Khilafat' yang suci ini. Semoga Allah Ta'ala kekalkan kita dan mengurniakan istiqomah kepada kita. Amin ya Rabbal Alameen.

MUQADDIMAH

Afghanistan dari segi geografinya terletak di selatan benua Asia adalah merupakan salah sebuah negara yang amat penting, sebabnya ialah melalui negara inilah satu litaran perhubungan dapat dijalankan samaada ke Pakistan, India, China dan Sri Lanka di sebelah barat atau ke arah negara-negara Teluk dan ke negara-negara Kepulauan Arab di sebelah timur.

Diwaktu Soviet Union memulakan dasar penjajajahannya dahulu, maka banyaklah negara-negara kecil telah menjadi mangsa penaklukannya. Seiringan dengan itu Soviet telah mengambil kesempatan menyebarkan dasar pegangan mereka iaitu dasar Komunis kepada negara-negara yang telah ditawannya dengan kezaliman, kekejaman dan pertumpahan darah. Negara-negara tersebut terpaksa tunduk dan berjalan di bawah telunjuk pemerintahan mereka.

Beginilah corak penguasaan blok komunis, mereka telah menyerapkan pemikiran komunis kepada ratusan ribu manusia secara paksa dan telah menyerang serta menjajah beberapa buah negara secara kekejaman. India pula adalah negara sekutu Soviet, Ini telah membuatkan Pakistan dan China sentiasa dalam kebimbangan, mungkin akan berlaku peperangan secara tiba-tiba. Lebih-lebih lagi selepas dasar perluasan kuasa dibuat oleh Soviet. Di samping itu juga Soviet telah menjadikan Afghanistan berada di bawah tunjuk ajarnya dan sebagai negara sekutunya.

Ini lebih mencemaskan lagi Pakistan. Keadaan yang berlaku ini secara tidak langsung memberikan faedah yang banyak kepada Soviet dan India.

Sejarah telah memebuktikan bahawa Afghanistan sejak dahulu lagi sentiasa bermusuhan dan bersifat dingin dengan Pakistan dan ia hangat diperkatakan di merata dunia. Soviet pula yang tidak mempunyai perairan pantai, ini sering menghampakan rakyatnya disetiap musim panas. Mereka sentiasa menunggu bilakah dapat keluar dari kawasan yang sejuk lagi membekukan dan sampai ke kawasan yang bermusim panas dan kemudiannya itu menjadi satu-satunya negara yang berkuasa di dunia ini.

Untuk maksud itu, Pakistan perlu dijajah. Ini disebabkan sebuah kawasan di Pakistan bernama Guadar amat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyusunan dan pergerakan tentera bagi menyempurnakan propaganda meluaskan penaklukan mereka. Manakala Karachi pula yang memepunyai perairan pantai sesuai dijadikan kawasan pelancongan dan peranginan.

Atas perkara itu, pada peringkat permulaannya ialah dengan mengwujudkan sekolah-sekolah dan kolej-kolej di Afghanistan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Soviet bagi menyebarkan ideologi Komunis, selepas itu satu gerakan bawah tanah telah ditubuhkan bagi tindakan-tindakan seterusnya. Dalam satu rapat umum seorang ejen dari pergerakan rahsia tersebut telah diarah untuk membunuh seorang yang bernama "Akhbar Khaibar'. Pada masa itu raja Afghanistan yang bernama Daud Shah. Beliau telah dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu. Ini telah membuatkan tentera berpaling tadah dan memberontak ke atas kerajaan sehingga raja tersebut digulingkan. Selepas itu agensi pergerakan tersebut telah melantik Nur Mohd. Taraki sebagai raja. Banyak program telah mereka laksanakan dengan sempurnanya melalui beliau. Kemudian ia juga telah digulingkan. Serta dibunuh dan Babrak Kamal dilank menjadi raja. Dalam masa pemerintahannya tentera Soviet dibawa masuk ke Afghanistan secara keseluruhannya. Bermula dari saat itulah kezaliman dan penindasan mula berleluasa sehinggakan ianya amat pilu untuk dituliskan di sini.

Masjid dan madrasah diruntuhkan. Ulama, pelajar ugama dan orang-orang yang soleh dipenjara atau dibunuh dan ada yang ditanam hidup-hidup. Tempat bertahannus (pertapaan) dan pusat tarbiah akhlak dimusnahkan oleh kereta kebal, kereta perisai dan bulldozer. Agama Islam daripada beberapa sudut dicaci dan dipersendaguraukan. Al Quran tidak dihormati lagi bahkan ada yang dibakar. Wanita dan kanak-kanak diculik dan diperlakukan dengan sesuka hati tanpa belas kasihan dan perikemanusiaan.

Di sempadan Pakistan pula, tentera Soviet sedang mengumpul maklumat dari orang-ramai bagi mendapat laluan untuk sampai ke Guadar dan Karachi. Hal ini telah menggembirakan rakyat Pakistan yang berideologi Komunis atas pelan kemasukan tentera revolusi 'Beruang Merah' itu ke Pakistan. Rancangan ini sudah diatur dengan sempurna sehinggakan ada seorang daripada mereka telah berkata kepada saya: "Sekarang ini tentera kami berada di sempadan Pakistan, selepas beberapa hari lagi tentera kami akan menjejaki bumi Karachi."

Natijahnya, ramai rakyat Islam Afghanistan terpaksa melarikan diri ke negara lain dan bermukim di sana. Namun tiada seorang pun yang menyangka dan terfikir bahawa revolusi 'Beruang Merah' ini akan menerima satu kegagalan dan tentera mereka terpaksa berpatah balik ke negara mereka sekalipun mereka telah dapat menduduki suatu posisi yang baik untuk memulakan pergerakan dengan menyerang bandar Bannu (suatu daerah Pakistan) dari Khost dan Zawar (Afghanistan) yang berdekatan dengan Miran Shah (Pakistan).

FATWA JIHAD

Matlamat atau halatuju system kekufuran dan kezaliman apabila telah mencapai ke paras kemuncaknya maka Allah SWT akan membuat keputusan untuk menghapuskannya dan meniadakannya. Bagi menentang negara 'Super Power' ini, beberapa manusia lemah dipilih dan dibangunkan rakyat Islam Afghanistan khasnya ulama dan pelajar madrasah. Mereka telah turun ke medah jihad walaupun tidak mempunyai kelengkapan yang cukup. Mereka hanya memiliki beberapa senjata biasa sahaja seperti pistol yang sudah agak lama, senapang berpeluru dua belas, gergaji dan sebagainya.

Fatwa jihad di Afghanistan julung kalinya telah dikeluarkan oleh Sheikhul Hadith Maulana Abdul Haq (r.a) dan Hadhrat Mufti Mahmud (r.a). Natijahnya ulama dan pelajar madrasah agama sera orang-orang yang soleh dari berbagai tempat telah bangun memerangi tentera Soviet walaupun berbekalkan senjata yang ala kadar sahaja.

Dalam masa itu juga, Babrak Kamal telah mengerahkan tenteranya menghalang pergerakan itu. Namun, sejauh mana kekuatan yang ada padanya maka setakat itu sahaja yang dapat dilaksanakan. Beliau tidak terdaya untuk menghalang kekuatan pergerakan jihad itu. Memandangkan keadaan yang membimbangkan ini, soviet telah meminta bantuan tentera dari sekutu-sekutunya. Maka ramailah tentera-tentera yang mahir dalam peperangan dan tentera-tentera gerila tiba di Afghanistan. Akhirnya Afghanistan telah menjadi tanah perkuburan bagi mereka.

Allah SWT telah sentiasa memberi pertolongan dan kemenangan kepada mujahidin. Negara-negara luar pula sentiasa memeri bantuan kepada pergerakan ini disamping itu umat Islam yang ikhlas dan mempunyai semangat perjuangan serta iman yang kukuh dari negara-negara luar telah sampai di sana mengorbankan harta dan nyawa mereka. Kebanyakan mereka datang dari negara-negara Arab seperti Mesir, Syria, Kuwait, Palestin, Sudan, Saudi Arabia dan negara-negara Arab lain. Mujahidin yang lainnya dating dari negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indonesia dan dari beberapa buah negara yang lain lagi (secara individu atau berkumpulan).

Pertempuran demi pertempuran berlaku dengan hebatnya. Banyaklah benteng-benteng pertahanan musuh yang penting musnah. Beberapa buah menara kawalan hancur menyembah bumi sehinggakan beberapa orang pegawai tertinggi mereka tewas dan terbunuh. Di antaranya ialah Benzanif, beliau mati terbunuh bersama bersama-sama orang Jerman. Selepas itu dating pula penggantinya bernama Andrapof dan dia juga menerima nasib yang sama. Apabila pegawai tertinggi mereka bernama Charlanko tiba dan kemudiannya terbunuh maka Presiden Russia, Michael Gorbachev telah dating sendiri ke Afghanistan untuk melihat situasi di sana. Keadaan yang berlaku telah memaksanya mengundurkan enteranya dari bumi Afghanistan.

Di masa yang sama juga keadaan ekonomi Soviet yang meleset dan tidak kukuh itu telah merumitkan mereka untuk meneruskan lagi Kesatuan Negara-negara Baltik di bawah nama Soviet Union di bumi Allah SWT ini. Inilah natijahnya apabila amalan jihad dimulakan sehinggakan satu blok kuasa besar boleh berakhir dan terhapus dengannya.

Walaupun demikian, bagi meneruskan survival kerajaan bonekanya (puppet regim) di Afghanistan, Gorbachev telah melantik Dr. Najibullah sebagai presiden menggantikan Babrak Kamal. Najib telah memerintah negaranya atas nasihat dan tunjuk ajar daripada tentera Rusia dan ini telah membuat kezaliman terus menghantui rakyat Afghanistan. Namun beliau tahu yang beliau tidak akan kekal di atas singgahsananya dengan mudah bila berhadapan dengan mujahidin nanti. Pada bila-bila masa sahaja mujahidin dapat masuk menyerbu dan menawan ibu negara, Kabul ini.

Ketika empayar Soviet Union berakhir dan keadaan negara berada dalam situasi yang kucar-kacir, Amerika pula mula memainkan peranannya dengan menghadkan dan membataskan kemudahan-kemudahan yang diperolehi oleh Mujahidin sehinggakan Mujahidn di mana sahaja berada, mula merasakan keresahan dan kesusahan.

Berdasarkan polisi dan kehendak Amerika, beberapa buah negara Islam telah mengubah pendirian dan memberhentikan penghantaran bantuan kepada mujahidin dan mujahidin mula digelar pembelot, pemberontak dan penjenayah, bukan lagi di atas nama Islam. Walaupun kesulitan dan kesusahan terus diterima dan banyak negara menyokong dan membantu kerajaan Najibullah namun Mujahidin terus bergerak mara ke hadapan, akhirnya kerajaan sendiri tidak dapat lagi menahan kubu ibu negaranya Kabul daripada kemaraan Mujahidin.

KESILAPAN PERTAMA MUJAHIDIN

Apabila pihak komunis melihat bahawa mereka tidak akan mencapai kemenangan dengan kekuatan dan peperangan maka mereka telah merencanakan satu pakatan sulit. Mereka telah menzahirkan perdamaian dan taat setia kepada Mujahidin dan menjemput Mujahidin masuk ke Kabul. Sebelum daripada itu, Mazaris Shariff dan Jalalabad telah pun diserahkan kembali kepada Mujahidin sehinggalah kemasukan mereka ke kota Kabul. Namun ianya bukanlah dianggap satu kemenangan yang patut dibanggakan dan satu sejarah yang gemilang dalam perjuangan Mujahidin menentang komunis Russia. Sebabnya, penyerahan bandar Kabul telah dikotori dan dinodai dengan satu muslihat yang mana ianya bertentangan dengan maksud perjuangan jihad yang sebenarnya.

Di hari Mujahidin memasuki bandar Kabul secara beramai-ramai, mereka hanya dapat menguasai kawasan penempatan dan kawasan yang kurang penting dalam pentadbiran. Kawasan utama dalam pentadbiran, gedung senjata, kubu pertahanan dan lapangan terbang tentera masih lagi di bawah kuasa puak komunis.

Melalui muslihat ini, pimpinan komunis mendapat dua keuntungan:

Pertama: mereka mendapat keamanan dan masih memegang beberapa bahagian penting dalam tampok pentadbiran kerajaan. Jeneral Dustom (komunis) pula telah memperolehi Bandar Mazaris Sharif dan enam buah negeri lain di utara Afghanistan.

Kedua: secara keseluruhannya Kabul masih lagi di bawah jajahan boneka mereka dan kemasukan mujahidin tanpa sebarang pertumpahan darah adalah ehsan dan belas kasihan mereka semata-mata.

Negara-negara dunia luar, samaada Islam atau kafir telah merayu dan menyarankan supaya Mujahidin bertindak baik dan berbelas kasihan bila memasuki kota Kabul nanti sebagaimana yang pernah Rasulullah SAW dan para sahabat lakukan apabila memasuki kota Makkah dahulu.

KESILAPAN KEDUA MUJAHIDIN

Keputusan setuju dan menerima rayuan negara-negara dunia itu mengakibatkan pihak musuh yang zalim telah mendapat keamanan tanpa sebarang penyerahan senjata kepada Mujahidin, sedangkan semasa kemenangan Rasulullah SAW atas kota Makkah dahulu, baginda sendiri mengarahkan bahawa keamanan akan dikecapi oleh sesiapa yang menyerahkan senjatanya atau berlindung di rumah Abu Sufian atau duduk di dalam rumah masing-masing dengan menutup pintu rumah mereka atau meminta perlindungan di rumah Allah (Ka'abah). Begitulah cara dan polisi Rasulullah SAW pada masa itu. Pertama sekali telah memecahbelahkan dan menghancurkan kekuatan musuh dan setelah itu barulah kemaafan diberikan kepada mereka.

Di sini pula pihak musuh masih lagi mempunyai kelengkapan senjata seperti kapal pejuang, kereta kebal, meriam dan pelbagai jenis roket. Walaupun peperangan dan permusuhan selama 14 tahun dengan musush Mujahidin seperti Jeneral Dostum, Jeneral Fahim, Jeneral Mukmin, Jeneral Baba Jan dan beberapa orang lagi telah berakhir, namun keamanan yang diberikan kepada mereka tanpa sebarang syarat tidak memadai setakat itu bahkan terpaksa membuat hubungan persahabatan dengan mereka pula, tidak boleh disamakan dengan kemenangan Rasulullah SAW ke atas kota Makkah dahulu. Waktu itu rasulullah SAW sendiri telah mengecualikan keamanan atas beberapa orang lelaki dan wanita. Seorang lelaki bernama Ibnu Khattal telah bersembunyi di belakang tirai Kaabah untuk mendapat keamanan tetapi Rasulullah SAW telah memerintah bunuh "Uqtuluuh"(bunuh dia!) maka di situ jugalah dia telah dibunuh sehinggakan darahnya memercik dan melekat pada dinding Kaabah. Pada masa itu keamanan telah diberikan berlandaskan usul Islam tetapi di Afghanistan pula berlaku sebaliknya. Jeneral Dostum dan jeneral-jeneral yang lainnya diberikan keamanan tanpa sebarang syarat serta mengizinkan mereka menyimpan kelengkapan senjata milik masing-masing. Akibatnya kita dapat melihat sendiri apa yang telah berlaku di sana. Kerosakan dan kebinasaan berleluasa sehinggakan seorang yang patut dihukum bunuh pun masih boleh bergerak bebas tanpa hukuman.

KESILAPAN NEGARA-NEGARA ISLAM

Lanjutan daripada kekacauan yang berleluasa dan keadaan politik yang terumbang-ambing telah mengakibatkan jatuhnya kota Kabul. Era kejatuhan ini bermula pada peringkat perlantikan pucuk pimpinan negara. Negara-negara Barat iaitu musuh Islam seperti Amerika, Britain, Perancis dan negara-negara kuffar lain berusaha sedaya upaya agar pemerintahan Islam yang tulen tidak tertegak di bumi Afghanistan. Oleh itu, mereka telah memperalatkan beberapa buah negara Islam untuk menyempurnakan misi mereka ini. Pertubuhan yang dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranan penting ini ilah PBB dan Majlis Keselamatan Dunia (Security Council).

Akhirnya satu system pemerintahan telah dibentangkan hasil daripada kata sepakat negara-negara Islam. Pertama sekali Prof. Mujaddidi dilantik menjadi presiden selama dua bulan sahaja kemudian Prof. Burhanuddin Rabbani pula menggantikannya untuk jangka masa 6 bulan. Setelah itu puak kepimpinan dilantik melalui pilihanraya. Pelik dan melucukan ( begitu mudah dicapai kata sepakat dalam perkara yang sangat penting ini, sehingga budak-budak pun boleh tersenyum mendengarkannya) Mengapa tidak? Ianya adalah suatu peringkat yang tersangat penting sehinggakan ianya boleh menjadi racun jika diperlewatkan walaupun seketika.

Sejarah Islam telah membuktikan bahawa selepas sahaja kewafatan Rasulullah SAW, maka Saidina Abu Bakar r.a telah dilantik menjadi khalifah sebelum jenazah Rasulullah SAW dikebumikan. Perlantikan Umar Al-Faroq (Saidina Umar AlKhattab r.a) sebagai khalifah elah diumumkan melalui wasiat bertulis tanpa pengetahuan sesiapa pun. Apabila kertas wasiat itu dibacakan barulah diketahui umum bahawa Umar Al faroq r.a. telah dilantik menjadi khalifah dan semua orang mengiktirafkannya. Semasa Umar r.a mendapat kecederaan, beliau telah memilih enam sahabat radhiallahuanhum dan menahan mereka dalam sebuah bilik, selagimana khalifah tidak diputuskan maka tidak siapa pun dibenarkan keluar masuk dari bilik tersebut. Pengawal khas pula ditugaskan mengawal dengan rapi bagi mengelakkan sebarang gangguan berlaku dalam bilik mesyuarat tersebut. Lihatlah betapa penting dan telitinya mereka dalam masaalah melantik Khalifah.

Di sini pula, Mujahidin telah diberikan kerajaan seperti satu 'hadiah' dan ini merupakan satu kesilapan besar. Setelah itu memberi kebenaran pula kepada pihak musuh menyebarkan dakyah mereka dengan mudah, kemudian menggunakan pula istilah Presiden dan Perdana Menteri sedangkan perjuangan syuhada' adalah untuk menegakkan system Khalifah dan pemerintahan Khilafah Islam.

LAHIRNYA GERAKAN ISLAM THOLIBAN DI AFGHANISTAN

Apabila sistem pemerintahan negara berada dalam kelemahan, maka kemaksiatan dan kemungkaran berleluasa kembali. Ini disebabkan kekuatan musuh masih lagi wujud di dalam negara yang mana kawasan ketenteraan yang penting masih berada di dalam genggaman mereka. Oleh sebab itu, mereka membiarkan sahaja pergolakan yang berlaku dalam pembentukan negara yang baru ini atas ehsan dan belas kasihan mereka.

Pihak komunis pula bila melihat Mujahidin ini boleh dipecahbelahkan dan dilagakan, maka mereka mula menanam racun permusuhan kepada kumpulan Mujahidin yang berbeza itu. Mereka tahu bahawa dalam Susana begini persetujuan pasti mudah diterima. Bagi menyempurnakan pakatan memburukkan nama jihad dan mujahidin maka mereka telah berpura-pura menyokong kumpulan Mujahidin yang berbeza itu. Negara kafir dan negara umat Islam lain yang ingin sebuah negara Islam tulen tertegak di sana telah mengambil bahagian dalam konspirasi itu.

Bantuan-bantuan telah disediakan dan pihak komunis dari dalam mula menggerakkan kerjanya dengan cepat sekali. Setelah itu, berlaku huru-hara di Afghanistan dengan pelbagai kemaksiatan seperti kecurian, perogolan dan pergaduhan sesama sendiri, akibatnya semua yang berlaku dipertanggungjawabkan ke atas para Mujahidin ini. Sedangkan semua itu adalah hasil perancangan pakatan negara-negara luar dan kecaman yang dibuat telah melibatkan nama Jihad dan Mujahidin. Kerosakan yang diperbuat pihak lain tetapi Mujahidin yang dipersalahkan.

Dalam kesempatan ini, pihak komunis dan sekutunya telah mendapat banyak faedah bagi mengukuhkan pengaruhnya. Keadaan di Afghanistan yang kucar-kacir ini telah membuatkan rakyat hampa dengan kerajaan sedia ada. Sehinggakan mereka rela menerima kedatangan negara kafir lain menjajah negara mereka walaupun negara itu lebih teruk dari Russia. Asalkan saja mereka mendapat keselamatan daripada penzalim-penzalim ini. Akibatnya harta, nyawa dan kemuliaan seseorang sudah tidak terpelihara lagi.

Selepas asar sahaja, Bandar menjadi lengang. Orang-ramai berkejaran pulang ke rumah dan berjaga sepanjang malam walaupun dalam keletihan selepas bekerja disiang hari. Namun begitu keadaannya masih tidak selamat dan tidak terpelihara. Tiada sesiapa pun boleh bersiar-siar bersama anak isteri disiang hari secara aman. Kanak-kanak yang cantik dan tidak berjanggut pula terpaksa dipindahkan ke Pakistan oleh kerana kanak-kanak sebegini berada dalam kebimbangan tidak selamat bila sahaja keluar dari rumah.

Zina dan hubungan sejenis sudah berleluasa dilakukan sehinggakan mengikut satu berita, pernah berlaku di Kandahar seorang lelaki berkahwin dengan lelaki lain, orang-ramai telah merayakannya dengan kegembiraan dan maruah mereka telah 'terkubur'.

Keadaan lain pula ialah di setiap Bandar besar, seorang komando memiliki kekuasaan tersendiri dan ia berkuasa di kawasannya. Jika sekiranya komunis masuk dalam kawasannya (yang telah menjadi sekutunya) dan membuat kezaliman terhadap orang Islam atau kepada sesiapa pun, maka komando ini akan berdiam diri sahaja. Sebabnya kerana penzalim itu juga sama seperti dengannya.

Beginilah kezaliman yang dilakukan oleh komunis dan sekutunya di bumi Afghanistan sehinggakan rakyat lupa kepada kezaliman yang telah dilakukan oleh Russia dahulu. Di setiap jalan, komando-komando ini memiliki kubunya sendiri dan di setiap kubu ada sekatan yang merentangi jalan yang dibuat dengan pagar berantai besi. Mereka akan menahan kenderaan yang melaluinya dan merampas apa sahaja harta yang dimiliki mengikut sesukanya, termasuk jam tangan, cincin, wang dan lain-lain lagi. Jika mereka melihat seorang perempuan cantik bersama, maka mereka akan mengeluarkannya dari kenderaan tersebut secara paksaan dan berkata: "Inilah perempaun yang telah hilang dari kita". Mereka memepermainkan harta dan kemuliaan musafir. Belas kasihan dan tangisan tidak memberikan aoa-apa kesan kepada mereka. Malahan aduan daripada si lemah ini membuatkan mereka itu semakin menggila dan naik darah.

Mengikut satu berita, seorang lelaki telah melalui salah satu kubu di jalanraya Kandahar, ketika penzalim itu meminta wang darinya maka musafir ini berkata: "Adakah Allah dan RasulNya mengizinkan kamu mengambil wang secara begini?" Mereka pun berkata: "Ayuh kita adukan hal ini kepada Allah dan Rasulnya."

Kemudian musafir tersebut dibawa ke sebuah bilik di dalamnya dua orang sedang duduk, kedua-duanya tidak berjanggut dengan wajah yang hodoh. Penzalim itu telah bertanya kepada salah seorang daripada keduanya: "Ya Allah, adakah kamu mengizinkan kepada kami untuk mengambil dari musafir ini?"

Lalu dijawabnya: "Saya izinkan". Selepas itu mereka bertanya yang seorang lagi: "Ya Rasul, adakah kamu mengizinkan?"

Jawabnya: "Saya izinkan".

Kemudian penzalim itu berkata kepada musafir tersebut: "Lihatlah Allah dan Rasulnya sudah mengizinkan kami. Sekarang, serahkan wang kepada kami!"

Sidang pembaca yang dihormati, perkataan ini tidak dituturkan oleh lidah orang Islam sekalipun ianya fasiq, bahkan yang mengucapkannya tidak lain lagi merekalah komunis tulen yang tidak beriman kepada Allah SWT dan RasulNya SAW. Apabila keadaan sebegini berlaku dan komunis berserta sekutu-sekutunya menduduki bumi Afghanistan dengan cara yang melampaui batas, maka kemurkaan Allah SWT yang tiada tandingannya sehingga sampai ke tahap syadid (lihat surah al Buruj:12) dan azizuntiqam (lihat surah Ali 'Imran:4) dan meneruskan sanjungan buat 16,000 darah syuhada' yang terkorban dan ketika penerimaan doa para Ulama' dan Syuhada', Allah SWT telah membangunkan tenteranya di bawah THOLIBAN di bandar Qandahar bertepatan dengan ayat (lihat surah Muhammad:38), mengukuhkan Revolusi Islam berwajah THOLIBAN di bawah satu 'Amir yang soleh di Afghanistan dan menzahirkan semula revolusi keadilan, kemuliaan, keharmonian dan syari'at Islam di bumi jihad itu. Tholiban seolah-olah terbukti dengan sifat-sifat berikut:

  1. Berani dan tidak gentar dalam syarahan adalah kebenaran orang Islam.
  2. Keadilan tertegak dan bebas daripada pencemaran ataupun kekotoran.
  3. Memiliki sifat-sifat malu dan maruah diri adalah fitrah orang islam.
  4. Mempunyai keberanian dalam kehidupan yang tiada tandingannya.
  5. Setiap orang Islam berjuang untuk menghancurkan, memutuskan urat(punca) kebatilan.
  6. cermin kehidupan disaluti dan dipenuhi dengan amalan soleh.

SIAPAKAH THOLIBAN DAN DARI MANAKAH DATANGNYA?

Disebabkan Allah SWT telah menganugerahkan kemenangan yang besar kepada Tholiban dalam masa yang singkat sahaja, maka masyarakat dunia merasa kehairanan. Bagaimana Tholiban dengan pejuang yang sedikit dan kelengkapan yang serba kekurangan boleh berjaya dalam seluruh misinya?

Gambaran dan tanggapan padanya mula meragukan fikiran masyarakat sedunia dengan beranggapan bahawa sesebuah negara luar yang berdiri di belakang Tholiban. Negara tersebut menggerakkan Tholiban menuju ke hadapan supaya Mujahidin sebelum ini hancur binasa atas nama Tholiban dan kemudiannya negara itu menghancurkan pula kekuatan tholiban.

Persoalannya dari manakah mereka memperolehi alat kelengkapan senjata?

Dimanakah mereka belajar menggunakan senjata? Dan

Siapakah yang membiayai perbelanjaan mereka?

Secara ringkasnya, saya akan menjawab soalan-soalan ini dan persoalan lain yang berhubung dengannya.

Soalan Pertama

Siapakah Tholiban dan bagaimanakah pergerakan ini wujud serta ia dapat bergerak dengan jayanya?

Jawapannya

Tholiban adalah satu rahmat Allah SWT sebagai ganti kepada pengorbanan agung mujahidin dahulu. Allah Ta'ala telah menghantarnya kepada rakyat Afghanistan untuk seluruh umat Islam yang dizalimi dan sebagai suatu alternatif kemuliaan, kehebatan serta kerahmatan untuk agama Islam.

Mereka terdiri daripada pelajar Madrasah Agama yang mempelajari selok-belok iman dan Islam di bawah pengawasan dan bimbingan ulama' yang terbaik dalam masaalah Feqah dan Syariat Islam. Sebahagian daripada mereka telah selesai pengajiannya dan sebahagian lagi masih belajar. Alhamdulillah, satu hakikat yang telah ditakdirkan bahawa Tholiban adalah pelajar madrasah yang berpendidikan agama, ulama' yang haq, mereka yang benar-benar mukhlis dan mereka yang mahir dalam peperangan. Oleh sebab itu, ia sudah mencukupi bagi umat Islam merasa ketenangan dan kepuasan terhadap Tholiban yang dipelopori oleh pelajar yang berpendidikan agama dan mereka yang terlatih.

Pada waktu ini Gabenor Jalalabad dan timbalannya adalah lepasan Jamiah Haqqaniah Okara Khatak, Pesyawar. Hakim Mahkamah Tinggi di situ juga adalah lepasan dari sebuah Jamiah di Pesyawar. Qadhi di Khust adalah seorang alim(bijak) walaupun Gabenornya bukan seorang alim. Wakil Tholiban ke PBB adalah Maulana Abdul Hakim lepasan Jamiatul Ulum Islamiyah, Binnori Town, Karachi dan beliau adalah teman sekelas saya ketika di daurah Hadith dahulu. Duta Tholiban di Islamabad Maulana Muhammad Ma'som Afghani, lepasan Darul Ulum Karachi dan beliau pernah belajar kuliah kursus Mufti daripada Hadhrat Mufti Rasheed Ahmad (Dammat Barkatahu). Wakil Tholiban di Karachi pula adalah lepasan dari jamiah Hammadiah. Begitulah seterusnya kebanyakan pimpinan adalah di kalangan Ulama-Ul-A'milin.

Seterusnya Tholiban bukanlah dari sebarang makhluk yang tiba-tiba sahaja muncul atau turun dari langit atau keluar dari gunung, bukit, gua dan terus masuk ke medan perang, tetapi mereka adalah orang yang dikenali asal-usulnya, keturunannya dan dari daerah mana mereka datang. Ulama dan orang tua Afghanistan kenal benar dengan mereka, sehinggakan puak penentang juga mengenali mereka seratus peratus, bahawa memang benar mereka pelajar madrasah dan Jamaah Ulama. Tetapi apabila ketua komando puak penentang seringkali tewas kepada mereka, maka mereka menafikan bahawa tentangan diterima dari pihak pelajar Madrasah dan jamaah Ulama' (kerana mereka merasa malu tewas kepada orang yang lemah), malah sebaliknya tuduhan melulu diterima bahawa mereka adalah tentera Amerika atau tentera Pakistan.

Sebabnya ialah komando-komando ini takabbur dengan kekuatan yang ada pada mereka dan dengan sebab merekalah tentera Russia telah berundur dan menyerah kalah. Mereka juga berpendapat bahawa pelajar dan ulama adalah makhluk ciptaan Allah yang paling lemah walaupun mereka mengatakan pelajar dan ulama' perlu dihormati secara zahirnya namun pada hakikatnya mereka menafikan pelajar dan ulama adalah yang terbaik dan mengikut pemikiran mereka, pelajar dan ulama' adalah hina dan dipandang rendah.

Itulah sebabnya ketika mereka tewas di tangan Tholiban maka bagi menutup rasa malu mereka yang amat sangat, mereka berkata: "Saudara, adakah mereka yang lemah dan hina ini dapat mengalahkan kami? Tidak, sebenarnya tentera Amerika atau Pakistan lah yang telah menewaskan kami."

Bolehlah dimisalkan sepertimana yang berlaku dalam Peperangan Badar dahulu ketika Hadhrat Ibnu Mas'ud r.a. berada di atas badan Abu Jahal, lalu Abu Jahal pun berkata: "Wahai pengembala kambing! Berbanggalah kerana saat ini kamu berada di tempat seorang yang mulia (terkenal)" selepas itu tambahnya lagi: "Alangkah baik sekiranya yang membunuhku salin dari petani dan pengembala kambing ini."

Lihatlah Abu jahal berkeinginan agar pembunuhnya ini bukan Ibnu mas'ud r.a. supaya orang akan berkata memang benar itu adalah kelemahannya sebab telah berlawan dengan orang yang tidak setanding dengannya, bukan dari orang yang lemah.

Begini jugalah hal yang berlaku di antara Komando Afghanistan dan pelajar agama. Puak yang takbur jangan melupai tertib Allah SWT seperti yang tersebut dalam ayat berikut:

Mafhumnya: "Dan kami hendak memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan menjadikan mereka pemimpin-pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun, Hamaan dan tentera-tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang tertindas itu." (Al Qasas:5-6)

Sebenarnya mereka bukan lemah tetapi orang yang bersifat Fir'aunlah yang menganggap mereka lemah. Bagi saya, ini suatu penghinaan mengatakan Amerika atau sebarang negara luar telah mengalahkan puak penentang ini, sedangkan Tholiban sendiri berkata: "Kamu melihat kekuatan Amerika dan negara luar lain dan beranggapan kami bersama dengan mereka, adakah kamu tidak melihat kekuatan Allah? Pencipta Amerika itu sendiri? Sepatutnya kamu berkata 'ya' kekuatan dan pertolongan Allah SWT bersama dengan Tholiban. Pergerakan yang telah menewaskan Soviet yang zalim itu. Jadi, bagaimana pula Amerika dapat mengalahkan pergerakan ini?" Kemudian saya berkata lagi kepada mereka ini: " jika Tholiban adalah Amerika atau tentera Pakistan, maka dari mana pula datangnya pejuang yang berjanggut ini? Adakah tiba sahaja di medan perang, tentera Amerika akan berwajah demikian sedangkan mereka tidak akan berjalan tanpa bercukur janggut terlebih dahulu?"

Kemudian saya bertanya lagi: " di mana tentera Amerika dan tentera Pakistan ini telah belajar kitab-kitab nahu seperti Kafiah dan Syarah Jami, Ilmu Ma'ani seperti Mukhtasar Ma'ani, Durusul Balaghah dan Miftahul Ulum, Ilmu Mantiq seperti Sullam, Mir Zahid Mulla Jalal dan Qutbi Mulla Hassan serta Syarah Tahzib? Dari manakah tentera Amerika ini menghafal perubahan bentuk kata kerja Bahasa Arab lebih-lebih lagi menghafal Al Quran, belajar Muqaddam, tafsir Al Quran dan Al Hadith? Di manakah mereka belajar Fiqh Hanafi yang panjang lebar itu? Kenapa belajar dan bagaimana mempelajarinya/

Wahai hamba Allah! Yakinlah yang sebenarnya semua mereka ini adalah pelajar agama yang belajar di madrasah Islam dari ulama' yang haq, bukan Amerika, bukan tentera Pakistan dan bukan tentera luar negara. Tujuan mereka menuduh dan berkata begitu seakan-akan mengatakan pelajar agama dan ulama' ini adalah Yahudi, Kristian dan orang kafir (na'uzubillah).

Soalan bagaimana pergerakan ini dapat bergerak maju ke hadapan dengan cepat, jawapannya ialah penyoal sepatutnya menyoal sendiri puak yang menentang Tholiban itu. Kenapa mereka lari berundur ke belakang sedangkan ketika itu mereka berjuang bersungguh-sungguh? Jawapan dari saya pula ialah pertolongan dan bantuan Allah SWT bersama Tholiban yang menggerakkan mereka maju terus ke hadapan kemudian rakyat Islam Afghanistan pula menyambut baik kedatangan mereka.

Selain dari itu media massa dunia sentiasa memburukkan Tholiban dan menipu masyarakat sedunia dengan berita-berita yang disiarkan. Apabila Tholiban mencapai kemenangan-kemenangan dan terus maju ke hadapan dengan cepat, maka seluruh media massa menyatakan kemenangan Tholiban adalah hasil sokongan dari Amerika atau tentera Pakistan. Ketika Tholiban menerima kekalahan di mana saja, maka mereka berkata: " Mereka adalah pelajar yang tidak terlatih, tidak berpengalaman dalam perang kerana baru keluar dari madrasah."

Saya berkata secara terbuka bahawa Tholiban adalah gabungan pejuang daripada pelbagai parti dan kumpulan yang telah mengambil bahagian selama 14 tahun dalam jihad menentang Soviet dahulu. Mereka sangat mahir dalam teknik peperangan dan mukhlis. Selepas mengusir keluar tentera Soviet, mereka kembali sibuk dengan pengajian dan pembelajaran. Tetapi demi menegakkan syari'at Islam di bumi Afghanistan mereka terpaksa keluar berjihad lagi mengikut arahan daripada ketua dan pemimpin pergerakan mereka.

Soalan Kedua

Bagaimana bermulanya pergerakan Tholiban dan bentuk pemerintahannya?

Jawapannya

Pergerakan Tholiban terbit dari rintih tangis orang-orang yang dizalimi dan aduan-aduan yang menyayat hati daripada janda-janda serta orang-orang yang lemah. Sesungguhnya doa daripada orang-orang yang dizalimi cepat di kabulkan Allah SWT.

Untuk itu, Allah Taala telah memilih Ameerul Mu'minin Mulla Umar Mujahid (Dammat Barkatuhu) dari bandar bersejarah Qandahar. Pemuda berumur 33 tahun dan lebih kurang 15 hingga 30 pelajar-pelajar agama juga telah bangun bersamanya. Peringkat permulaannya mereka telah membinasakan beberapa 'Sekatan Berantai' tentera di Qandahar. Pergerakan ini bertambah lagi selepas berjaya mengawal beberapa kawasan dan ramai lagi pelajar yang mukhlis bersatu menyertainya.

Kemudian mereka semua bersatu telah pergi ke Spain Buldock iaitu satu kawasan berbukit yang penting berdekatan dengan sempadan Afghanistan-Pakistan. Pelajar-pelajar ini lengkap bersenjata telah menutup trak tersebut dengan kain tutupan. Bila ditanya oleh tentera sempadan maka mereka berkata barang-barang dan binatang-binatang sahaja di dalam trak.

Begitulah seterusnya sehinga mereka sampai di Spain Buldock. Di sana mereka telah berlawan dengan tentera sempadan dan berjaya mengusir puak-puak penentang. Selepas itu negeri Qandahar berada dalam kepungan mereka dan satu persatu komando-komando di ditu mereka perangi dan akhirnya mereka telah dapat membersihkan Qandahar daripada puak-puak zalim ini. Orang-ramai telah bersyukur kepada Allah SWT dan dapat semula menghirup udara ketenangan.

Tholiban telah menegakkan hukum syari'at Islam di situ dan kemudiannya mengarah pula ke negeri lain. Alhamdulillah semasa menulis buku ini di Lusaka, Zambia, masa itu lebihkurang 23 negeri sudah berada di bawah Tholiban termasuk Kabul dan hokum Islam tertegak di semua negeri.

Sistem pemerintahan pergerakan ini berbentuk Khilafah Islamiyah. Mullah Muhammad Umar Mujahid adalah Ameerul Mu'minin dan orang-orang Islam berbai'at (kesetiaan) dengannya. Gabenor-gabenor dan pegawai-pegawai ditetapkan di setiap negeri. Di dalam setiap badan pentadbiran, ulama' dan pelajar agama berada di dalamnya. Mereka mentadbir kerajaan dengan baik sekali. Semua bahagian samaada bahagian dunia atau agama bergerak semula.

Semua keputusan mengikut undang-undang syari'at. Mahkamah Islam membuat keputusan terhadap rakyat dengan penuh ikhtiar dan hati-hati, mengikut kehendak syari'at tanpa sebarang tolak ansur, cadangan dan rasuah. Keputusan akan dibuat di mahkamah 'City Court'. Kemudian di mahkamah 'High Court' dan untuk keputusan yang lebih kukuh dan sah, maka ia akan dibawa ke mahkamah 'Supreme Court' supaya penyemakan dapat dibuat dengan lebih teliti dan keputusan lebih kukuh lagi. Jika keputusan tidak dapat diselesaikan di mahkamah 'City Court' maka ia akan dibawa ke mahkamah seterusnya.

Di sana, ulama'-ulama' feqah yang mahir berada di situ. Alhamdulillah semua mu'amalat orang ramai dapat diselesaikan dengan cepat sekali tanpa sebarang penangguhan. Jabatan Amal Ma'ruf Nahi Mungkar teleh diwujudkan dan dengan adanya Hukum Hudud dan Qisas di seluruh negeri, hampir semua bentuk jenayah dapat dibenteras.

Tholiban telah menggerakkan semula semua badan yang berada di bawahnya. Arahan-arahan tempatan dicetak semula, perkhidmatan stesyen radio berfungsi semula mengikut usul syari'at. Penyiaran televisyen yang lebih banyak menayangkan unsur-unsur zina diberhentikan (berlawanan dengan syari'at Islam). Banyak kilang-kilang dibuka semula. Jabatan pertanian telah mencapai kejayaannya, hasil pertanian bertambah. Perdagagangan bebas dibenarkan semula dengan aman.

Banyak masjid telah dibina dan dimakmurkan. Madrasah-madrasah Islam dibangunkan di mana ribuan anak orang-orang Islam mula belajar di situ. Bagi mengawal keselamatan dan kemanan maka Tholiban telah membuat rondaan siang dan malam. Tetamu-tetamu dihormati, masyarakat setempat dan musafir dilayani dengan adil. Pusat kesihatan, hospital dan klinik berfungsi semula. Bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan, memabukkan dan mengkhayalkan telah dilarang penggunaannya. Hak wanita diberi mengikut kehendak syari'at dan dilarang dari melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan syari'at.

Gambar-gambar dihadkan dan alat-alat muzik diharamkan. Kesimpulannya semua hokum-hakam agama, perawakn yang mulia, ibadah dan mu'amalat Islam bertakhta di sana. Manakala bendera syaitan kekufuran, kekufuran, kemungkaran dan kebatilan berkubur. Barang buatan sendiri dijual dengan harga yang murah dan barang dari Pakistan pula agak mahal. Nilai matawang Afghanistan bertambah baik dan perdagangan bergerak atas asas yang kukuh mengikut usul-usul yang dibenarkan serta halal.

Soalan Ketiga

Tholiban adalah pelajar-pelajar madrasah, jadi bagaimana mereka akan memerintah negara sedangkan mereka tidak mengetahui Bahasa Inggeris?

Jawapannya

Mengenai soalan ini, seorang Afghani telah berada dalam kebingungan dan dalam satu perbualan dengan isterinya, dengan tiba-tiba dia mengajukan soalan ini kepadanya (isterinya): "Saya sangat runsing sekarang ini tentang Tholiban. Bagaimana mereka akan memerintah negara ini sedangkan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris." Isterinya menjawab: "Suamiku, beritahu kepada saya! Apakah undang-undang yang akan dijalankan oleh Tholiban di Afghanistan?" Suaminya berkata: " Undang-undang Al Quran dan Syari'at Islam."

Isterinya pun berkata: "Jadi, apa yang perlu dirisaukan. Ulama'-ulama' dan pelajar-pelajar agamalah yang paling mahir dalam undang-undang Al Quran dan Al Hadith serta syari'at Islamiah. Oleh itu tiada kesulitan bagi mereka untuk memerintah negara itu nanti, mengikut undang-undang syari'at.

Hah, kalaulah mereka hendak menegakkan undang-undang cara Inggeris maka mereka akan menghadapi kesukaran. Janganlah kamu risau. Tholiban sangat mahir dengan undang-undang yang dijalankannya. "Saya mengucapkan syabas kepada wanita ini, saya mengatakan bahawa tiada sebarang kerajaan pun setanding dengan kerajaan Tholiban, walaupun peperangan masih berjalan di beberapa tempat, namun pada masa yang sama juga hokum syari'at dapat dijalankan dengan sempurna. Keamanan terus ditegakkan di kawasan yang baru sahaja ditawan. Kemungkaran dan kekafiran juga dihapuskan. Pembangunan berjalan dengan baik dan penentangan dibuat dengan baik terhadap media massa dunia. Mereka juga dapat menarik hati rakyat Afghanistan selepas menghilangkan semua bisikan-bisikan salah ini. Bagi saya, Tholiban adalah pergerakan keramat yang tiada seumpama dengannya di dunia ini.

Soalan Keempat

Dari mana datangnya alat kelengkapan senjata Tholiban dan di mana mereka telah berlatih menggunakannya?

Jawapannya

Sebenarnya, kadar senjata yang telah dibawa Russia ke Afghanistan dahulu tidak dapat dibayangkan bilangannya. Kemudian senjat-senjata tersebut oleh Mujahidin dari berbagai parti dan kumpulan, tetapi segelintir komando-komando telah menganggapnya sebagai hak milik sendiri tanpa menyerahkannya kepada Baitul Mal. Bila mana pergerakan Islam Tholiban menewaskan komando-komando ini, maka semua senjata telah berpindah kepada Tholiban dan senjata-senjata ini bukan calang-calang hebatnya.

Saya sendiri telah melihat selepas sahaja kemenangan di Jalalabad. Di sana lebih kurang 250 kereta kebal buatan Russia jenis terbaik dunia dapat dirampas. Seorang pelajar saya telah membawa saya bersiar-siar di Bandar Jalalabad lebihkurang empat ke lima batu dengan salah satu kereta kebal tersebut. Dia telah memandunya dengan laju sekali seraya berkata: "Ustaz, tiada sebarang kereta kebal pun di dunia ini yang boeh bergerak lebih daripada 40 bsj tetapi kereta kebal ini boleh bergerak sehingga 100 bsj."

Dia berkata lagi bahawa kereta kebal biasa mempunyai 10 batang spring, manakal kereta kebal ini bergerak atas 20 batang spring. Ini baru satu contoh dapat saya beritahu. Oleh itu, alat kelengkapan senjata Tholiban adalah datang daripada komando-komando penentang itu sendiri.

Masalah seterusnya ialah di mana Tholiban telah berlatih menggunakan senjata? Sepatutnya ia tidak dipersoalkan sebab di Afghanistan sendiri, setiap lelaki baligh mesti berlatih selama dua tahun tentang persenjataan. Tholiban telah turut serta dalam latihan itu. Selain daripada itu juga, Tholiban adalah mereka yang telah berjihad selama 14 tahun menentang Russia dahulu. Oleh itu tiada kesukaran bagi mereka menggunakannya.

Bagi pelajar-pelajar yang belum berlatih lagi, maka mereka akan diberi latihan jangka pendek. Seorang pelajar yang berada di kem tentera Qandahar telah memberitahu saya bahawa dia telah belajar selama 7 bulan sahaja tentang kereta kebal. Kami hairan dengannya apabila dia telah membawanya dengan baik sekali. Begitu jugalah kebanyakan pilot kapalterbang adalah mereka yang bekerja sebagai pekerja biasa semasa zaman Zahir Shah dahulu dan mereka bukan komunis. Sekarang ini mereka memandu dengan berwajahkan keIslaman.

Soalan Kelima

Siapa yang menaggung perbelanjaan Tholiban sedangkan kos perbelanjaan perang makin bertambah tinggi seakan-akan ada sebarang pakatan sulit dengan mana-mana pihak?

Jawapannya

Perbelanjaan Tholiban terbahagi kepada 2 bahagian:

  1. Perbelanjaan keperluan peperangan dan alat-alat senjata. Masaalah ini sudahpun dijawabkannya dalam perbahasan sebelum ini yang mana senjata-senjata yang digunakan sekarang ini adalah hasil rampasan daripada pihak penentang itu sendiri sehinggakan pembelian peralatan senjata dari luar tidak diperlukan lagi.
  2. Perbelanjaan makan minum Mujahidin. Perkara ini saya sendiri telah ajukan kepada mereka. Mereka berkata, kami adalah pelajar agama dan mengikut kebiasaan masyarakat Afghanistan, pelajar-pelajar agama akan pergi ke rumah orang-orang Islam mengharapkan sekeping dua roti (makanan) atas nama wazifah (sara hidup). Kemudian makanan itu dimakan bersama. Gabenor kami sendiri seperti kami juga, begitu juga pelajar-pelajar.

    Perkara ini mula meyakinkan saya bila saya berjumpa dengan Gabenor negeri Logar, Maulavi Abdul Kabeer. Beliau berkata bahawa apabila kami sampai di sini tahun lepas, hari itu ialah hari raya Aidil Adha dan kami tidak mempunyai sebarang makanan pun. Kami pun pergi meminta 'wazifah' maka dapatlah kami mengisi perut hari itu dengan beberapa keping roti sisa semalam. Alhamdulillah, selepas kemenangan atas Bandar Heart, pusat pergerakan akan menghantar kepada kami sedikit wang untuk makan dan minum kami.

    Kata-kata gebenor Logar ini memang benar sebab satu ketika rombongan kami telah pergi ke Farah. Pada masa itu daerah ini dan Lapangan Terbang Shishen Dand sudah ditawan dan berada di bawah pemerintahan Tholiban. Mufti Nizamuddin dan ayah kepada Mufti Abdul Rahim (Dammat Barkatuhu) turut serta dalam rombongan ini.

    Sewaktu kami hendak menjamu selera makan malam di daerah Dil Aram, Tholiban telah menyediakan kepada kami beberapa kepingan roti yang sudah agak lama tersimpan di dalam karung. Rasa-rasanya sudah lapan atau sepuluh hari lamanya sehinggakan agak susah untuk kami melumatkannya. Hari kedua juga begitu, diwaktu makan tengahari kami hanya makan sisa roti semalam dan minum the tanpa susu. Sebahagian pelajar pula tidak memperolehi sebarang makanan, walaupun hanya sekeping roti!

    Memandangkan kenderaan yang digunakan oleh rombongan kami kelihatan baru dan cantik seakan-akan kami dari golongan yang berada, jadi pelajar-pelajar Tholiban dating ke tempat kami dan bertanya: "kalau kamu ada sedikit makanan (roti) maka berilah pada kami. Kami lapar."

    Dan sudah lama keadaan kefakiran Tholiban sehingga mereka dapat menawan Bandar Herat yang terletak di sempadan Afghanistan dan ianya amat penting dalam system perdagangan dengan negara-negara Teluk. Begitu juga dengan lapangan terbang Qandahar yang mana pedagang-pedagang dan peniaga-peniaga yang berniaga di Dubai dan sentiasa berulang-alik menambahkan lagi sedikit sebanyak perbelanjaan Tholiban. Alhamdulillah sekarang ini keadaan Tholiban mula bertambah baik. Secara keseluruhannya, perbelanjaan Tholiban ala kadar sahaja. Kalau ada makanan maka di makan dan bersyukur. Kalau tiada makanan pula, maka rela menghadapinya dan bersabar.

    Soalan Keenam

    Andaikata Tholiban menguasai Afghanistan keseluruhannya, selepas itu datang pula mana-mana negara luar yang kuat dan mengalahkan Tholiban sebagai satu komplot pakatan menentang jihad. Apakah ini akan mungkin berlaku?

    Jawapannya

    Saya bertanya adakah pemburu singa akan merasa gentar bila memburu musang? Beginilah juga dengan Tholiban yang mana dengan bantuan Allah SWT, mereka telah memberi satu penghinaan dan memaksa Hekmatyar, Masoud, Sayyaf dan Rabbani melarikan diri dan meninggalkan kawasan mereka. Dari Gazni dan Paktika, Gardez dan Logar, Cahar Asyab dan Medan Syer, Jalalabad dan Sarobi, Bacghan dan Pagman seterusnya ke arah Kabul, Jeneral Hekmatyar dan kuncu-kuncunya terpaksa melepaskan kawasan ini kepada Tholiban. Selepas itu bandar Kabul dan kawasan sekitarnya. Seterusnya kawasan yang di bawah Prof. Burhanuddin, Sayyaf dan Jeneral Masoud juga terpaksa ditinggalkan kepada pergerakan Tholiban yang ikhlas itu. Seterusnya lebuhraya Salang dan Badgish juga jatuh di bawah Tholiban. Jeneral Dostum dan Jeneral Ismail pula telah meminta bantuan daripada mereka ini dan mempertanggungjawabkan untuk menjaga kawasannya. Dia juga terpaksa lari bila berhadapan dengan Tholiban di daerah Dil Adam, Farah dan Herat. Sehinggakan dia tidak berkesempatan untuk berundur ke Bandar Masyhad, Iran akibat daripada serangan Tholiban yang berterusan.

    Ada jeneral yang tertinggal kasut masa lari, ada yang terpaksa meninggalkan kereta mereka dan ada pula yang tidak sempat memakai pakaian semasa melarikan diri dari Tholiban. Bukan sekadar Jeneral, Komando dan tentera-tentera Afghanistan sahaja yang merasakan penghinaan, pengunduran dan terpaksa lari serta tunduk pada kekuatan Tholiban ini, malah ianya dirasai juga oleh Hindustan (India), Tajikistan dan Iran sebab negara ini di dapati ada memberi bantuan kepada puak-puak penentang ini.

    Entahlah, kekuatan daripada negara atau dari arah mana pula yang akan mengalami serta merasai nasib yang sama seperti puak-puak ini bila berhadapan dengan tentera-tentera Allah Tholiban ini nanti. Bagi saya, persoalan ini seperti satu alternatif peperangan pihak musuh bagi melemahkan semangat Jihad.

    Soalan Ketujuh

    Kebanyakan orang berkata bahawa sebenarnya peperangan tidak berlaku tetapi komando-komando ini telah memberi jalan kepada Tholiban untuk terus bergerak ke hadapan tanpa sebarang pertumpahan darah?

    Jawapannya

    Memang tidak dapat disangkalkan bahawa rakyat Afghanistan dengan sepenuh hati dan sebulat suara menerima kedatangan Tholiban. Memang benar juga penduduk-penduduk di Jaba Siraj (Pergunungan Siraj) dan Panjsher telah memberontak dan tidak menerima kebangkitan Tholiban ini, namun selain dua tempat ini, masyarakat umum di tempat lain secara keseluruhannya suka kepada pergerakan ini sehinggakan mereka telah menaburkan dan mengalungkan bunga-bunga sebagai tanda terima, setuju dan suka kepada Tholiban. Walaupun demikian, semua ini berlaku hanyalah selepas menewaskan dan mengundurkan komando-komando tempatan dan sekutunya di situ.

    Ada juga komando yang membiarkan saja Tholiban menguasai kawasannya tetapi selainnya telah berjuang habis-habisan menentang Tholiban, namun akhirnya mereka menemui kekalahan. Allah SWT telah bersama-sama dengan Tholiban.

    Jeneral Hekmatyar dan pengikutnya telah diusir dari Qandahar dan kemudiannya membuat serangan besar-besaran ke atas Tholiban tetapi Allah SWT telah mengundurkan dan mengalahkannya di tangan Tholiban. Tholiban berjuang tanpa mengenal siapa di hadapannya dan ramai yang telah terkorban syahid serta cedera dalam serangan itu.

    Perkara yang sama juga berlaku ke atas Komando Abd Qadeer yang mana dia telah melengkapi keperluan secukupnya di kubu pertahanannya di Jalalabad bagi menghadapi Tholiban namun nasib yang sama diterimanya dan dia telah melarikan diri ke Islamabad, Pakistan, namun ketakutan dan kegentaran dengan Tholiban terus dirasainya sehingga memaksanya lari ke Jerman meminta perlindungan politik.

    Jeneral hekmatyar telah memperkuatkan kubu pertahanannya di sarobi dan pada masa itu juga Hazbi-E-Wahdat sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mempertahankan kawasannya, namun mereka tidak dapat berdiri tetap di situ dan terpaksa berundur. Memandangkan hal ini, Jeneral Hekmatyar telah meminta bantuan daripada musuhnya sendiri, Jeneral Masoud (Ahmad Shah Masoud) untuk mempertahankan Sarobi tetapi kedua-duanya terpaksa berundur dan akhirnya sarobi jatuh juga ditangan Tholiban.

    Seterusnya apabila Tholiban bergerak ke arah Kabul, maka Iran, India dan Tajikistan telah bersungguh-sungguh dengan memberikan pelbagai bantuan kepada Jeneral Ahmad Shah Masoud, sayyaf, Burhanuddin dan Hekmatyar bagi mempertahankan Kabul, ibunegara Afghanistan. Namun, pergerakan Tholiban yang cepat dan segera seperti taufan ini telah mengkucar-kacirkan pertahanan puak-puak penentang ini dan akhirnya bendera Islam Tholiban telah berkibar di bumi Kabul.

    Sekarang ini dikatakan pertempuran dan pertumpahan darah tidak berlaku? Kalau tidak berlaku, mengapa pula puak-puak penentang ini masih terus berpakat, bersatu dan menyerang Bandar Kabul?

    Jeneral Dostum masih meminta bantuan daripada musuh mereka sendiri di Afghanistan. Mengapa Burhanuddin masih memohon bantuan daripada Iran, Russia dan India?

    Apa perlunya Menteri Luar Iran bersusah payah memburuk-burukkan nama Tholiban di kaca mata dunia?

    Mengapa ribuan tentera musuh sanggup mengorbankan nyawa mereka dan sejumlah besar pejuang-pejuang Islam Tholiban telah mati syahid? Bukankah pejuang-pejuang terkemuka Tholiban seperti Maulana Burjan, Maulana Masyar dan Maulana Muhammad Hassan (Rahmatullah Alaihim) telah terkorban syahid? Kenapa?

    Ini menunjukkan bahawa pertempuran telah berlaku. Allah telah memberi kemenangan kepada Tholiban; dari Halmund hingga ke Dil Adam, kemudian ke wilayah Farah dan seterusnya ke Herat. Jeneral Ismail Khan telah melarikan diri ke Iran, di sana dia membuat satu konspirasi untuk menentang Tholiban. Bukankah ini satu penentangan? Sesungguhnya Tholiban sudah 'mematah-matahkan taring pihak penentang' dan melaksanakan hokum Islam di sana. Manakal rakyat pula bersama dengan Tholiban.

    Soalan Kelapan

    Mengapakah Tholiban bangun menentang pejuang-pejuang Mujahidin yang telah menetang Komunis Russi dahulu? Adakah perjuangan ini sah atau dibenarkan dalam Islam?

    Jawapannya

    Sewaktu Afghanistan berada dalam keadaan huru-hara dan suasana yang tidak menetu dahulu, Tholiban telah berjuang dan berusaha untuk mempertahankan maksud murni 'jihad' itu yang sebenarnya. Akhirnya mereka berjaya dalam memperjuangkan maksud asal pengorbanan yang telah dibuat oleh 160,000 mujahid dalam perjuangan dahulu. Bukankah maksud jihad itu untuk menarik sebarang pengaruh dan memperolehi satu kerajaan serta bukan juga untuk memberi satu mandat dan kuasa kepada Hekmatyar, Burhanuddin, Masoud dan Mujahidin tetapi ianya hanya untuk memusnahkan kekufuran serta melaksanakan syari'at Islam di bumi Afghanistan semata-mata.

    Apabila Tholiban melihat maksud asal perjuangan dahulu tidak membuahkan hasil, malah Jeneral Hekmatyar dan Burhanuddin bertelagah sesama sendiri. Ini telah membawa kepada peperangan. Akibatnya banyak kawasan awam khasnya di Kabul sendiri telah rosak. Ini membuatkan rakyat Islam sedunia mula memandang serong pada maksud jihad itu sebenarnya.

    Di samping itu juga, pihak Komunis, India dan Russia mula menyebarkan propaganda mereka masing-masing. Memandangkan kepada hal yang tidak menentu ini, Tholiban terpaksa memulakan pergerakannya. Pertama sekali Tholiban menghantar rombongan ulama' kepada Jeneral-jeneral dan komando-komando meminta supaya diselaraskan dengan segera undang-undang Islam di tempat mereka bagi menyempurnakan maksud perjuangan sebenarnya, menegakkan keamanan di semua tempat dan menyerahkan semua senjata kepada Tholiban kerana ia adalah harta Baitul-Mal dan ia patut disimpan di sebuah tempat 'Baitul-Mal' kerajaan. Jika permintaan ini dipersetujui maka peperangan tidak akan berlaku.

    Jika sekiranya permintaan ini dibantah dan tidak dipersetujui, maka Tholiban akan menghantar satu rombongan lagi di kalangan orang-orang tua yang berjanggut dan berpakaian putih. Kalau ia dipersetujui maka peperangan tidak akan berlaku.

    Tetapi jika ia dibantah juga, maka Tholiban terpaksa menentang mereka dengan nama Allah bagi melaksanakan undang-undang Islam dan menghapuskan kemungkaran serta kemaksiatan di bumi syuhada' ini. Biasanya komando-komando tempatan tempatan yang telah memulakan peperangan dan bukannya Tholiban. Namun Tholiban segera menyahut cabaran itu dan kemenangan berpihak kepada mereka (Tholiban).

    Masaalah seterusnya ialah pihak penentang yang berhadapan dengan Tholiban di medan pertempuran adalah orang-orang Islam dan bekas Mujahid semasa menentang Komunis dahulu.

    Jawapannya, adakah berubahnya satu benda itu memerlukan masa yang panjang? Seorang yang beriman disubuh hari boleh berubah di petang hari dan beriman dipetang hari boleh berubah disubuh hari. Orang yang sedemikian adalah mereka yang menggadai dan menjual iman dan agamanya untuk kepentingan dunia serta keperluan kehidupan mereka semata-mata.

    Sesungguhnya cita-cita untuk mendapatkan sebuah kerajaan dan mandat di sisi pemerintahan adalah satu perkara yang keji dan hina. Fenomena ini boleh memesongkan kita dari jalan yang lurus kepada lembah kebinasaan. Memang benar Ahmad Shah Masoud, Hekmatyar dan Burhanuddin beragama Islam, tetapi mereka Islam seperti Islamnya Yazid, Hajjaj bin Yusuf, Abu Muslim Khurasani dan Khalifah Mansur dahulu (penterjemah: sila rujuk sejarah Islam untuk pemahaman) .

    Mereka ini telah menjatuhkan imej dan maruah kemurnian syari'at Islam dengan menyiksa, menzalimi serta membunuh para ulama', hafiz, qori dan orang-orang Islam yang tidak berdosa. Hanya semata-mata untuk menyelamatkan kepentingan kuasa dan pemerintahan mereka. Perbuatan zalim ini telah meletakkan diri mereka dalam lembah kekufuran.

    Apakah karenah mereka ini masih lagi menjadi satu rahsia atau keraguan dalam fikiran orang-orang yang berakal?

    Bukti menunjukkan bahawa mereka telah meminta bantuan dari negara luar seperti India, Russia, Tajikistan dan Turki untuk menewaskan Tholiban. Sebuah kapal terbang Russia telah mendarat dan ditawan. Ianya sarat dengan senjata peperangan. Tertangtangkapnya beberapa tentera India yang lengkap dengan peralatan senjata di Kabul dan rampasan peluru-peluru berpandu buatan Iran, adalah bukti-bukti menunjukkan wujudnya konspirasi untuk membinasakan pemerintahan Tholiban dan Islam yang tulen itu sendiri.

    Presiden Russia Yeltsin juga pernah berucap di dewan parlimennya bahawa kerajaan Rabbani memberi faedah kepada pemerintahan Russia. Oleh itu kita akan meneruskan penghantaran bantuan kepadanya seperti dahulu. Begitu juga dengan pengakuan yang diberikan oleh seorang juruterbang India selepas mendarat di Lapangan Terbang Kabul dan berita yang diberikan oleh BBC bahawa setiap hari kapal terbang dari Iran yang sarat dengan senjata turun di Lapangan terbang bagram untuk puak-puak penentang. Bolehkah kita mengatakan lagi bahawa kerajaan mereka (Iran) adalah sebuah kerajaan Islam yang benar-benar tulen?

    Masaalah seterusnya adalah, jika sekiranya pergerakan bersenjata yang dibuat oleh Hadhrat Hussain r.a. untuk melaksanakan syari'at Islam pada zamannya adalah sah (penterjemah: sila rujuk sejarah Islam berkenaan Hassan dan Hussain r.a.), maka semestinya pergerakan Tholiban dalam menetang puak-puak pemberontak ini pun sah hukumnya dan dibenarkan dalam Islam. Begitu jugalah kalau sekiranya pergerakan Hadhrat Abdullah bin Zubair r.a dalam menentang pemerintahan Hajjaj bin Yusuf di Makkah dan Madinah dahulu adalah benar dan haq. Maka mengapa pula pergerakan Tholiban untuk melaksanakan syari'at Islam tidak sah? Sedangkan penentangan yang pernah dibuat oleh Ibrahim Nafsu mardiah dan Muhammad nafsu Zakiah terhadap Khalifah Mansur Abbasi dahulu adalah benar dan sah!

    Jadi, mengapa pula pergerakan Tholiban yang suci murni ini salah dan tidak dipersetujui? Bahkan jika sejarah tersebut direnung dengan lebih mendalam lagi, maka kita akan melihat bahawa Imam Abu Hanifah r.a. telah menyokong perjuangan Muhammad Nafsu Zakiah dan berkata: "Bahawa perjuangan menentang Khalifah Mansur untuk syari'at Islam adalah jihad dan sesiapa yang terbunuh di dalam perjuangan ini adalah mati syahid yang darjatnya lebih tinggi daripada darjat syahid semasa menentang kerajaan Rom." Untuke terangan lebih lanjut dan pengesahannya anda boleh merujuk buku yang berjudul: Imam Abu hanifah Ka Siasi Maqam yang ditulis oleh Ahsan Gilani.

    Seperkara lagi ialah saya hendak mengemukakan satu masalah yang berbangkit kepada ulama'-ulama yang mahir, ahli politik yang berpengalaman, para cendikiawan, bijak pandai dan pakar dalam keadilan bahawa bila tempoh Mujahidin menjadi presiden Afghanistan selama 2 bulan tamat, maka satu persetujuan dan perjanjian sepakat negara-negara Islam dan bukan Islam bagi memanjangkan tempoh jawatan presiden dari 2 bulan ke 6 bulan telah termeterai. Selepas itu Burhanuddin telah dipilih untuk menerajui tampuk pemerintahan. Setelah perkhidmatan beliau telah tamat sepatutnya beliau turun dari kerusi presiden berlandaskan moral, sumpah dan agama tetapi tempoh pemerintahannya masih dilanjutkan. Undang-undang manakah yang membenarkan perkara ini berlaku? Inilah satu tanda tanya yang mana jawapannya mungkin tidak akan terjawab sampai hari Kiamat.

    Selain daripada itu saya hendak mengemukakan satu persoalan yang berhubung dengan hukum syari'ah bahawa seorang raja yang lemah dan dengan kelemahannya itu sebarang undang-undang pun tidak dapat dilaksanakannya. Tidak juga berbuat apa-apa melainkan dengan memberi kata dua sahaja. Tidak juga menguasai daripada bumi kerajaan yang diterajuinya bahkan ibu negara juga sudah terlepas dari genggamannya dan dia sendiri hidup bersembunyi di gunung-ganang, gua-gua dan tempat-tempat yang tidak tetap. Maka raja seperti ini yang mengatakan dia raja tetapi rakyat sudah tidak mengiktirafkannya lagi seperti dahulu, adalah bukan raja berdasarkan usul feqah Hanafi dan syari'at Islam.

    Bolehlah kita misalkan dengan satu contoh yang berikut iaitu apabila seorang suami tidak berdaya untuk mendampingi isterinya (hubungan kelamin) sebab mati pucuk maka syari'at memberikan suami tersebut peluang selama setahun untuk berubat. Jika sekiranya perubatan dia selama setahun itu berhasil dan berjaya, maka suami itu tetap suami dan isteri itu tetap isteri. Tetapi jika dia tidak berjaya juga , maka suami terpaksa mentalakkan isterinya, isteri bebas dari suaminya (mengikut syarak).

    Kalaulah dengan perkara yang kecil itupun (pada pandangan manusia), Islam mengenakan satu hukuman yang berat maka bagaimana pula seorang yang tidak layak dan tidak dapat menjalankan sebarang pekerjaan boleh mentadbir sebuah kerajaan dan membawa rakyat jelata ke jalan yang lurus?

    Ringkasnya, kengganan Burhanuddin turun dari takhta presiden telah membawa kepada huru-hara negara, pembunuhan dan permusuhan di Afghanistan. Maka mengikut ususl syari'at Islam, segala apa yang berlaku di sana dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas Burhanuddin.

    Soalan Kesembilan

    Tholiban menggunakan kekerasan dan terburu-buru dalam melaksanakan hukum syari'at di Afghnaistan, sedangkan segolongan orang berpendapat sepatutnya diselaraskan berperingkat-peringkat dan dengan cara lembut lagi halus?

    Jawapannya

    Di mana-mana sahaja orang mengatakan yang perlaksanaan hukum syari'at Islam patutlah dijalankan berperingkat-peringkat, lembut lagi halus; maka Tholiban akan menerangkan bahawa kami akan melaksanakan perintah Allah terlebih dahulu dari yang lain dalam semua aspek pekerjaan, tiada istilah 'berperingkat-peringkat' bagi kami dalam mendirikan hukum Islam. Mereka berkata bahawa Islam telah disempurnakan lebih 1400 tahun dahulu lagi dan hukum-hakam pun sudah ditetapkan. Oleh itu seorang yang beragama Islam dan berkuasa wajib atasnya untuk mentaati agama dengan sepenuhnya.

    Kami tidak mahu tercampak ke dalam lembah kedosaan dengan memerintah rakyat jelata supaya mengucapkan kalimah syahadah dan menguatkannya di dalam hati terlebih dahulu. Selepas 13 tahun baru disuruh mendirika solat dan selepas 22 tahun baru diberi perintah menunaikan haji serta meninggalkan riba sebab beginilah bentuk rupa hukum Islam turun dahulu dengan cara berperingkat-peringkat.

    Tholiban juga berkata bahawa di hadapan kami ada dua pekerjaan. Kerja keduniaan dan perintah Allah. Kami tidak sanggup untuk menagguhkan hukum Allah dan menyempurnakan pekerjaan dunia kami dahulu, tetapi kami akan segera menegakkan hukum Allah terlebih dahulu dengan sempurnanya, selepas itu kami akan menyelesaikan pekerjaan yang lain.

    Tholiban juga berkata, bahawa "kami telah buat satu revolusi tetapi tiada siapa pun yang bertanya kepada kami, kenapa laksanakan revolusi ini dengan segera? Revolusi ini seperti satu taufan. Apa sahaja yang menghalangnya pasti akan gagal. Sehinggakan corak pemerintahan yang lepas pun habis pupus dan tidak meninggalkan 'rangka' sedikit pun."

    Masaalah seterusnya ialah Tholiban menggunakan cara kekerasan dalam melaksanakan syari'at Islam, maka saya menjawabnya bahawa jika sekiranya seseorang itu memahami maksud Islam yang sebenar dan kepentingan melaksanakan hukum syari'at di bumi Allah ini, saya merasakan orang tersebut tidak akan mengatakan apa-apa atas tindakan Tholiban ini, malahan dia akan berkata yang Tholiban masih belum berbuat apa-apa pun.

    Adaakah sejarah-sejarah Eropah seperti Russia, revolusi Perancis dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh manusia dunia? Secara ringkasnya revolusi-revolusi ini kesemuanya condong ke arah kebatilan. Tidak seperti Tholiban yang condong ke arah keagamaan. Bukankah Mustafa Kamal Atartuk dahulu tidak melepaskan satu perkara pun merevolusikan negaranya ke arah kebatilan? Namun manusia masih mengatakan inilah revolusi yang sebenarnya.

    Kalau mereka boleh buat apa sahaja dalam merubahkan negara mereka ke arah kebatilan, apa salahnya Tholiban pun berbuat apa sahaja, tetapi ia ke arah kegamaan. Inilah perbezaannya antara dua revolusi, ke arah revolusi keagamaan dan revolusi kebatilan.

    Solat adalah perintah Allah dan wajib atas semua orang Islam. Jika seseorang Islam meninggalkan solat dengan sengaja maka Tholiban akan menahannya dlam penjara. Inikah yang mereka katakan satu kekerasan? Sedangkan mengenai solat, Nabi SAW ada bersabda: "Sesiapa yang meniggalkan solat dengan sengaja maka dia menjadi kafir."

    Imam Ahmad bin Hambal r.a. berkata bahawa sesiapa yang meninggalkan solat maka hukumnya adalah bunuh sebab dia telah murtad. Imam Syafie' r.a. dalam fatwanya berkata bahawa seseorang yang meninggalkan solat, wajib dibunuh walaupun dia seorang Islam. Imam Abu Hanifah r.a. pula berkata: " Seorang yang meninggalkan solat, selagimana dia tidak melafazkan kata taubat, maka selama itu dia kena dipenjarakan."

    Sultan Bahuu r.a. pula melarang mengkafankan mayat orang yang tidak bersolat di perkuburan orang-orang Islam. Baba Saadi r.a. pula melarang memberi hutang pada orang yang tidak menjaga solatnya sebab dia ini sendiri tidak boleh menunaikan kewajipannya dengan Allah, jadi bagaimana dia akan membayar hutang-hutangnya nanti dengan pemberi hutang (kiasan).

    Para pembaca yang budiman, sekarang ini kita sendiri boleh merasakan betapa kerasnya amaran terhadap mereka yang meninggalkan solat mengikut hukum syara'. Oleh itu apa-apa yang Tholiban lakukan pada mereka ini (orang-orang yang meninggalkan solat), adakah ini dikatakan 'kekerasan'?

    Nabi SAW sendiri ada bersabda bahawa 'apabila seorang kanak-kanak meninggalkan solat ketika berumur 10 tahun maka rotanlah ia' dan di tempat lain pula baginda pernah bersabda bahawa 'orang yang meninggalkan solat akan dibangkitkan bersama-sama dengan Fir'aun, Haman dan Ubai bin Khalaf di hari Mahsyar kelak'.

    Atas perkara itu, jika sekiranya Tholiban mengamalkan dan menegakkan segala hukum-hakam agama, adakah ia satu kekerasan? Menegakkan syari'at adalah tanggungjawab sesebuah kerajaaan Islam. Bagi diri saya, mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan kekerasan Tholiban ini, berada dalam lembah kesesatan. Mengapa tidaknya? Tholiban telah melaksanakan hukum Allah Ta'ala mengikut Al Quran dan Al Hadith. Contohnya, hukum hudud dan hukum Qisas telah dilaksanakan dengan sempurnanya. Pembayaran zakat dan berpuasa sudah ditegaskan pengalamannya. Undang-undang cukai tanah sudah dikanunkan selaras mengikut kehendak syar'i.

    Mahkamah amal ma'ruf, nahi mungkar juga sudah didirikan dan telah bergerak. Mahkamah Islam sudah dibangunkan dan perintah memakai hijab bagi wanita pun sudah ditetapkan penggunaannya. Apakah hukum-hukum ini tidak dijelaskan dengan nyata dalam Al Quran dan Al Hadith?

    Memang ianya tidak dapat disangkalkan kewujudannya dalam Islam dan puak-puak munafiq sahajalah yang akan mempersoalkan hal-hal ini manakala yang benar-benar tulen keIslamannya tidak akan meragukannya.

    Disamping itu, Tholiban telah menegah dan mengharamkan beberapa perkara yang dilarang oleh syari'at Islam. Antaranya penjualan arak, televisyen (yang sudah pasti ada menayangkan perempuan tanpa menutup aurat) dan apa-apa yang berhubung dengannya seperti VCR dan CD, muzik-muzik hiburan (yang sudah pasti melalaikan), gambar-gambar yang hidup, wanita keluar rumah tanpa jilbab, mengerat janggut atau memotong lebih daripada segenggam, menyimpan rambut ala orang Barat, berjudi dan menyabung binatang dengan pertaruhan wang. Adakah perkar-perkara ini bukan satu larangan dalam Islam?

    Jika ianya dilarang dalam syari'at Islam, jadi apabila Tholiban menegah ini semua, adakah ianya satu kekerasan?

    Mereka yang mengatakan ia satu kekerasan seakan-akan dia meragukan Islam dan sesiapa yang meragukan islam maka dia dalam kesesatan.

    Kami merasa kecewa dengan sebuah parti Islam Pakistan yang dinamakan Jamaah Maududi (sebuah Jamaah Islam) yang siang malam melaung-laungkan pentingnya perlaksanaan syari'at Islam di Pakistan tetapi apabila Tholiban melaksanakan undang-undang Islam di Afghanistan, pemuka-pemuka mereka telah menyatakan dalam BBC, bahawa perlaksanaan ini tidak betul dan tidak berasas. Ini menunjukkan bahawa mereka sedang menipu umat Islam dengan mengatakan kami ada melaksanakan perundangan Islam, tetapi di mana sahaja undang-undang Islam terlaksana dan ianya bukan daripada usaha mereka, maka mereka menganggap salah dan tidak berasas. Entahlah, Islam yang bagaimanakah mereka maksudkan? Mungkinkah ia berunsur ke arah kemodenan atau sebaliknya.

    Bolehlah kita umpamakan: kepincangan usaha mereka dalam menegakkan hukum Islam ini seperti seseorang yang meminta daripada seorang pelukis tatoo supaya melukis gambar singa di belakangnya supaya bila orang memandangnya akan merasa gentar dan takut. Ketika pelukis tersebut mula menyucuk belakangnya dengan jarum, maka oarang tersebut merasa kesakitan, lalu berkata: "Apa yang kamu lakukan?"

    Pelukis itu menjawab: "Saya hendak melukis ekor singa."

    Orang tersebut berkata: "Tak payah lukis ekor, tanpa ekor pun bentuk singa boleh terjadi."

    Kemudian pelukis menyucuk di bahagian lain pula. Orang tersebut menjerit lebih kuat daripada sebelumnya seraya berkata: "Apa yang kamu lakukan?" , pelukis menjawab: "Saya hendak membuat kaki singa."

    Orang tersebut pula berkata: "Tanpa kaki pun singa boleh hidup, tak payah lukis kaki singa, saya sedang mengalami kesakitan yang amat sangat ini."

    Pelukis tatoo pun tanpa melukis kaki telah menyucuk lagi di bahagian lain. Orang tersebut tiba-tiba menjerit dengan lebih kuat lagi dan berkata: " Apa ini kawan, awak hendak bunuh syakah? Apa yang awak buat?"

    Pelukis menjawab kembali: "Saya hendak melukis kepala singa." Orang tersebut pun berkata: "Kawan, tak payahlah lukis kepala singa, saya sedang kesakitan sekarang."

    Pelukis pun naik radang dan memukul orang tersebut dengan kuat sambil berkata: "Saya tidak pandai melukis gambar singa yang tiada ekor, kaki dan kepala."

    (penterjemah: pengibaratan di atas perlu difahami secara tinggi oleh pembaca, menggambarkan tidak lengkapnya Islam jika diamalkan separuh-separuh)

    Maksud daripada misal ini ialah apabila Tholiban menegakkan syari'at Islam, maka Jamaah Islam Maududi dan jamaah-jamaah Islam yang lain mempertikaikan kebenarannya. Mereka ini hanya bertopengkan Islam tetapi tindakan dan pergerakan mereka sedikitpun tidak mencerminkan ciri-ciri keIslaman.

    Di sini saya menyatakan juga rasa hampa dan kecewa saya terhadap Iran yang banyak menentang dan meluahkan rasa ketidakpuasan mereka kepada pergerakan Tholiban ini sedangkan mereka melaungkan dan mengisytiharkan di hadapan masyarakat sedunia bahawa merekalah pelaksana perundangan Islam di dunia ini, merekalah pemimpin Islam tetapi dasar luar mereka menentang Tholiban menunjukkan mereka hanya bersandiwara sahaja. Secara jelas Allah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam agama sepemuhnya. Adakah kamu beriman sebahagian kitab sahaja dan mengingkari sebahagian yang lain lagi."

    Selepas mengemukakan hujjah ini, adakah boleh dikatakan lagi yang Tholiban membuat kekerasan? Jika ada lagi yang berpendapat sedemikian maka dia bukanlah dari golongan mereka yang adil dan berakal.

    Soalan Kesepuluh

    Media massa Bangsa-bangsa Bersatu, Amerika, Britain dan negar-negara barat lain membantah dan mengkritik tindakan Tholiban yang menghapuskan hak asasi wanita dan menghalang kaum wanita pergi bekerja, menghadkan pengajian, mewajibkan pemakaian jilbab dan lain-lain lagi.

    Jawapannya

    Sebenarnya dalam persoalan ini, ialah apakah hak asasi wanita dan siapakah yang layak menetapkannya?

    Jika sekiranya hak asasi wanita ditentukan dan ditetapkan oleh Allah SWT maka apa-apa yang dilakukan Tholiban adalah benar dan sahih sebab ianya mengikut kehendak Allah Taala.

    Jika ianya ditentukan oleh negara-negara barat seperti Amerika, Britain dan Bangsa-bangsa Bersatu maka memanglah Tholiban bersalah dalam hal ini.

    Oleh sebab kita adalah orang Islam, Tholiban adalah tentera Islam, rakyat Afghanistan adalah rakyat Islam, maka pegangan kita semua ialah, tidak menerima cara kehidupan dan kehendak masyarakat wanita barat dan tidak akan melazimkannya dalam kehidupan wanita Islam kita.

    Kalau ada yang mengatakan hak asasi wanita ditetapkan oleh negara-negara barat, silakan mencontohinya. Tetapi sekiranya tidak bersetuju, kenapa perlu mencontohi mereka. Kalau demikian, kita berada dalam kehinaan dan kebodohan, atas alasan agama menyekat kebebasan.

    Ringkasnya perbelanjaan wanita keseluruhannya ditanggung oleh lelaki (suami). Jika lelaki tidak berupaya untuk membayar mahar wanita dan menanggung perbelanjaannya maka nikahnya tidak sah dan perkahwinannya akan terbatal. Jika suami meninggal dunia, maka si isteri boleh berkahwin lagi dengan orang lain supaya suami yang kedua akan menjaganya atau si isteri pergi ke rumah ibu-bapanya supaya perbelanjaannya ditanggung oleh mereka. Islam juga telah memberi hak harta warisan (waris) pada wanita dari harta peninggalan ibu-bapanya, suami dan anak-anaknya supaya perbelanjaan sehariannya terurus.

    Manakala di negara Barat pula, wanita digalakkan bekerja di luar rumah bagi memuaskan lagi hawa nafsu kaum lelaki. Ketidakpuasan yang dikecapi di rumah telah membuatkan mereka memberi kebebasan kepada kaum wanita bekerja di pejabat-pejabat, restoran-restoran, kilang-kilang, kedai-kedai dan lain-lain lagi, supaya semasa berada dalam pekerjaan pun mereka boleh menyempurnakan kehendak hawa nafsu mereka. Beginilah caranya mereka menghancurkan moral dan maruah kaum wanita di negara mereka.

    Perempauan jalanan di negara tersebut seperti bangkok, Thailand, Holand, Britain dan lain-lain lagi merasa megah tanpa bermaruah, menjaul diri di pasar-pasar, jalan-jalan dan lorong-lorong seperti penjual kacang kuda di kaki-kaki jalan di negar a Pakistan dan Afghanistan. Pada waktu malam, mereka menghitung jumlah pendapatan yang diperolehi hari itu. Perempuan atau wanita yang malang ini tidak mempunyai satu harapan pun bahawa lelaki yang bersamanya saat itu akan berterusan mendampinginya atau orang lain lagi akan menggantikannya. Beginilah keadaan malang yang berterusan ke atas mereka, tanpa sesiapapun yang menjaganya, menziarahinya dan menguruskan perbelanjaannya di masa hadapan. Kaum lelaki mereka memakai pakaian melebihi pergelangan kaki tetapi kaum perempuan pula disuruh memakai seringkas yang boleh. Keadaan peha yang terdedah pada sepanjang musim. Di lapangan terbang, stesen-stesen dan pasar-pasar, wanita memakai pakaian yang menjolok mata berjalan ke sana-sini, hanya memakai seluar dalam dan baju dalam sahaja. Lelaki pula bila-bila masa sahaja dan di mana-mana sahaja boleh memuaskan hawa nafsunya dengan menarik wanita ke pangkuannya. Samaada secara lembut atau sebaliknya, seperti seekor anjing betina yang dikejar oleh beberapa anjing jantan bagi menyempurnakan nafsu anjing-anjing jantan ini. Bginilah kebebasan hak asasi wanita di negara barat.

    Manakala wanita Islam pula dianjurkan tinggal di rumah sebagai seorang suri rumahtangga dan pengasuh anak-anak. Maruah, hak dan kemuliaan dia sama seperti mandat kemuliaan seorang ibu, saudara perempuan, anak perempuan, nenek, cucu perempuan dan makcik. Kaum lelaki pula bertugas sebagai penjaga dan pemelihara kemuliaan serta pemberi nafkah kepada anak isteri. Perhubungan suami isteri dalam Islam adalah perhubungan satu dengan satu yang lain, yang mana tiada siapapun yang boleh mencampuri dan masuk campur dalam urusan-urusan kehidupan mereka berdua. Beginilah rupa bentuk asasi wanita yang ditetapkan oleh syari'at Islam.

    Seterusnya saya hendak bertanya kepada masyarakat negara barat khasnya Bangsa-bangsa Bersatu bahawa jika sekiranya wanita kamu telah mendapat satu sistem hak asasi yang bebas, maka mengapa masih lagi melarang para wanita yang berjalan di khalayak ramai dalam kadaan bogel? Mengapa perlunya menutup buah dada dan kemaluan dengan kain sebagai satu undang-undang keinsanan dan kemuliaan? Ini meunujukkan kamu juga menyokong pendapat perlunya kemuliaan pada wanita walaupun sokongan ini Cuma satu peratus sahaja. Kalau perkara ini benar, maka mengapa perlu dipertikaikan masaalah maruah dan kemuliaan satu kaum yang beriman dan mengatakan perlunya pemeliharaan maruah dan kemuliaan wanita walaupun ianya sembilan puluh sembilan peratus sahaja. Satu peratus lagi daripada pendapat kamu sendiri.

    Seperkara lagi saya hendak bertanya pada negara barat bahawa perkara yang sememangnya telah memporak-perandakan dan membinasakan masyarakat kamu, maka mengapa perlu kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh menyebarkannya dan 'menjangkitkannya' kepada masyarakat lain? Parlimen kamu telah membenarkan perkahwinan antara dua orang lelaki dan boleh berkahwin dengan ibu mertua sendiri maka mengapa kamu memaksa kami beramal dengannya sedangkan ianya dilarang dalam agama Islam?

    Soalan seterusnya ialah, sekarang ini wanita di Kabul telah dilarang bekerja di luar rumah orang mertuanya. Siapakah yang akan menguruskan kehidupan mereka? Apa yang akan mereka makan? Bagi menyelesaikan masaalah ini Tholiban telah mengumumkan bahawa wanita harus berada di rumah sahaja dan wang gaji mereka akan diberikan dan diteruskan. Jika sekiranya ada lagi yang mempertikaikan perkara ini selepas pengumuman dibuat maka tidak syak lagi bahawa mereka mempunyai niat buruk dan berfikiran ke arah kemaksiatan serta hendak memperbanyakkan lagi rumah-rumah pelacuran di setiap negara. (na'uzubillahi min zalik).

    Di samping itu saya meminta lagi supaya diperhatikan siapakah dan dari manakah agaknya wanita yang melaung-laungkan hak asasi mereka itu. Sebabnya ialah wanita bangsa Afghanistan sentiasa berada di dalam rumah dan tidak bekerja di pejabat dan lain-lain lagi serta sentiasa memakai jilbab yang merupakan satu tradisi masyarakat wanita Afghanistan di mana sahaja berada dan siapa sahaja.

    Bila dipandang dari setiap sudut, dapatlah diketahui bahawa wanita Kabul yang mahu hak bekerja di luar rumah tanpa jilbab dan telah melaung-laungkannya di depan masyarakat sedunia bukanlah wanita asal Afghanistan itu sendiri tetapi mereka berasal dari Tajikistan, Russi dan Iran dan kedatangan mereka hanya untuk merosakkan suasana masyarakat Islam Kabul serta suasana agama Islam di sana. Sebahagiannya pula mempunyai hubungan dengan komunis Russia dahulu dan telah belajar di Moscow dengan pelajaran-pelajaran yang tidak bermaruah dan tidak bermoral. Bilamana mereka balik, penyerapan anasir-anasir yang tak bermaruah itu telah dapat dijalankan dengan baik sekali, lebih-lebih lagi bila ianya diserahkan oleh pihak berkuasa sendiri.

    Kenapa saya berkata demikian? Sebabnya ialah sewaktu Russia, lebihkurang 160,000 pejuang telah mati syahid. Sekurang-kurangnya 30 ribu daripada pejuang-pejuang tersebut mempunyai isteri. Di manakah agaknya isteri-isteri mereka ini? Siapakah yang menguruskan makan minum mereka dan lain-lain lagi? Kenapa mereka tidak mengemukakan hak mereka kepada Bangsa-bangsa Bersatu? Apakah mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan kemanusiaan?

    Sebenarnya mereka ini samaada telah dinikahkan dengan orang lain ataupun tinggal di bawah jagaan ibu-bapa dan kaum kerabat yang lain supaya maruah dan keperluan wanita tersebut terpelihara dan terjaga. Beginilah ajaran Islam kepada penganut-penganutnya.

    Di samping itu, kebanyakan wanita-wanita di Kabul adalah dari golongan komunis, penganut yang berpaling tadah dari agama benar dan puak-puak yang tidak beragama. Suami mereka bekerja dengan Bangsa-bangsa Bersatu dan telah dihantar ke medan perang menentang pihak mujahidin Islam. Apabila suami mereka mati, maka agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di situ memanggil wanita-wanita tersebut bekerja dengan mereka walaupun hanya sebagai tukang sapu sahaja. Di sini boleh dilihat bahawa kesalahan adalah dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga, sebabnya ialah mereka telah mengorbankan suami-suami kepada wanita-wanita tersebut, maka mereka bertanggungjawab memenuhi keperluan wanita yang kehilangan suami itu. Ini semua bukan tanggungjawab Tholiban.

    Seterusnya mengenai kewajiban belajar atas kaum wanita. Tholiban akan menyediakan pusat pengajian khas buat mereka nanti. Buat masa ini peperangan masih berjalan dan selepas sahaja selesai daripadanya maka sistem pendidikan belajar akan di adakan untuk perempuan Islam ini. Apabila sahaja memperolehi pendidikan berlandaskan agama, maka akan berwajahkan keIslaman yang tulen dan sempurna merangkumi aspek kemuliaan serta maruah.

    Bangsa-bangsa Bersatu tidak campurtangan dalam sistem pendidikan kaum wanita kita. Sistem pendidikan Barat yang darinya maruah wanita hilang, perhubungan jenis berleluasa, cara-cara ciuman diajar, usul dan tatacara bekerja, menari dan minum minuman arak dipelajari, sehinggakan budak perempuan telah baligh sebelum masanya tiba dan ramai menjadi 'ibu' tanpa suami. Adakah ini yang dikatakan tamadun?

    Parlimen Britain suatu ketika dahulu telah bersetuju bahawa seorang lelaki kalau dia malu, maka boleh berkahwin dengan lelaki lain dan suami boleh berkahwin dengan ibu mertua sendiri walaupun isterinya masih bersamanya lagi. Mengikut satu berita lagi di England, perkahwinan dengan anjing pun sudah berleluasa, maka jika perkara ini benar secara automatiknya anjing tersebut akan menjadi salah seekor pewaris harta. Dalam berita yang lain pula Pope John Paul dikatakan pernah mengahwinkan seseorang dengan seekor katak.

    Begini hina dan najis mereka ini, maka adakah layak bagi mereka ini mengkritik ketulenan dan keikhlasan pergerakan Tholiban yang menyebarkan agama yang suci murni ini. 'malu, tetapi kamu tidak merasakannya.'

    Soalan Kesebelas

    Burhanuddin Rabbani mengatakan bahawa pemerintahan Tholiban masih belum diiktiraf oleh negara lain di dunia kecuali beberapa buah negara sahaja yang telah menghormatinya. Ini menunjukkan mereka bukan dari golongan yang baik.

    Jawapannya

    Saya berkata bahawa semua orang tahu yang Tholiban akan memerintah mengikut landasan syari'at Islam yang tulen dan sempurna, berbeza dengan sistem pemerintahan 'pembelot perjuangan' seperti Burhanuddin dan Ahmad Shah Masoud dahulu. Itulah sebabnya hingga kini Tholiban masih dikecam oleh majority negara-negara di dunia ini. Jika Burhanuddin yang memerintah maka cepatlah pengiktirafan yang akan diterima.

    Walaupun demikian apa yang perlu dibanggakan atasnya? Pemerintahan Burhanuddin telah diterima baik oleh negara kafir seperti Russia dan India. Begitu juga negara Syi'ah Iran yang munafiq itu serta negara Turki yang menjadi pro kepada pemerintahan Burhanuddin. Negara bekas jajahan Russia juga telah menerima pemerintahan Burhanuddin.

    Negara lain pula masih menunggu dan melihat siapakah yang lebih menonjol dalam pergelutan antara Tholiban dan Burhanudddin. Oleh itu mereka mengambil jalan pertengahan. Jika sekiranya kekuatan Burhanuddin hidup semula maka mereka akan menyokongnya supaya terus maju. Kalau tidak maka mereka terpaksa tunduk kepada kehebatan pergerakan Tholiban yang berhemat tinggi ini.

    Sungguh menghampakan bilamana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sanggup menanggung malu dengan memecahkan sendiri ususl-usul pertubuhan hanya untuk menolak kewujudan pemerintahan Islam Tholiban di Afghanistan. Di samping itu, mereka telah menyebarkan dakyah dan propaganda memburukkan kepentingan Islam dalam sesebuah negara. Mereka mengatakan bahawa di dalam agama ini penuh dengan sifat-sifat kehaiwanan dan kezaliman. Walhal, agama ini penuh dengan seni kehidupan yang menarik dan suci yang dengannya manusia tertarik untuk menganutinya. Inilah yang dirisaukan oleh mereka.

    Soalan Keduabelas

    Mengap Tholiban menentanag dan memulau Ahmad Syah Masoud sedangkan dia adalah seorang mujahidin yang disegani dan memepunyai tentera-tentera yange berpengalaman dan kuat?

    Jawapannya

    Antara sebabnya ialah semasa Tholiban berada agak hampir dengan Bandar Kabul, persetujuan telah dibuat antara Tholiban dengan Ahmad Syah Masoud (masa itu Ahmad Syah adalah menteri pertahanan) di Chahar Asyab. Dia berkata bahawa saya bersama Tholiban dan esok Tholiban boleh masuk ke Kabul dan menegakkan pemerintahan Islam di sana. Keesokannya bilamana Tholiban sedang berusaha memasuki Bandar Kabul, si munafik ini telah mengarahkan tentera-tenteranya melepaskan meriam-meriam mereka ke arah Tholiban. Akibatnya ramai pejuang Tholiban telah mati syahid.

    Inikah yang dikatakan mujahidin Islam, tak semudah itu, malah dia adalah seorang penipu yang nyata. Seorang daripada kaum kerabatnya yang tinggal di Peshawar, Pakistan bernama Haji Habibuddin adalah pakcik Ahmad Syah Masoud. Beliau telah menerangkan kepada rombongan kami (lebih kurang 9 orang ulama') bahawa beliau kenal rumah Ahmad Syah Masoud. Rumahnya masih belum hidup lagi dengan amalan-amalan agama. Kalau ia benar, maka bagaimana dia hendak membawa agama di seluruh Afghanistan?

    Semasa jihad dengan komunis Russia selama 14 tahun dahulu, pada hakikatnya pengkhianat ini mempunyai hubungan yang intim dengan komunis. Dan sekarang ini bagi menentang Tholiban, dia telah berusaha untuk bergabung dengan Jeneral Rashid Dostum. Tetapi Dostum berkata kepadanya, "jadikan saya Menteri Pertahanan dan saya akan mengusir Tholiban dari bumi Sarobi dan Chahar Asyab."

    Perbualan ini berlaku seminggu sebelum kemenangan Tholiban ke atas Kabul. Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh seorang daripada orang kanan Masoud.

    Saya telah beritahu sebelum ini bahawa pengkhianat ini mempunyai hubungan dengan komunis Russia. Sebabnya ialah jalanraya Salang adalah di bawah Masoud dan selama lebih 14 tahun, battalion-batalion Russia melalui jalan ini di bawah pemerhatian tentera Masoud dan batalion-batalion Russia ini menghala ke Khost dan Qandahar serta membunuh oaring-orang Islam di sana. Di jalan ini juga Masoud mengambil cukai daripada komunis Russia yang melaluinya. Jika cukai tidak diberi, maka ia akan ditutup. Begitulah sebaliknya.

    Di samping itu, menjadi satu kehairanan yang mana walaupun Panj Sher yang berada di pinggir daerah Kabul, namun tentera Russia tidak pun berusaha menaklukinya. Sehinggalah satu peristiwa yang mengakibatkan ia jatuh di tangan komunis Rusia jika tidak dia hanya duduak senang lenang di tempatnya dan seluruh Afghanistan hangus terbakar di tawan oleh tentera Komunis.

    Sebelum ini juga Presiden Russia Yeltsin sendiri telah mengumumkan bahawa Burhanuddin adalah teman seperjuangannya. Maka perhubungan ini terjalin pun atas sokongan dari Masoud juga.

    Rakyat Afghanistan tahu bahawa Masoud adalah dari Parti Shula' (Parti Api) dan dia sendiri sememangnya seorang yang cepat panas baran. Apabila sahaja Parti Parchan (Parti Bendera) mengambil-alih tampuk pemerintahan maka Parti Shula' berdiri menentangnya walaupun kedua-duanya di bawah naungan Parti Komunis. Penentangan ini menunjukkan Masoud adalah salah seorang daripada pemuka-pemuka parti ini.

    Seorang maulana bernama Maulana Nazir Shahib dari Abbotabad, Pakistan telah memberitahu kepada saya yang beliau berkeinginan hendak berjumpa dengan Masoud selepas mendengar hal kehebatannya. Beliau pun pergi ke Afghanistan selepas melalui Bandar Jalalabad dan Kabul maka sampailah beliau ke Panj Sher, kampung Masoud.

    Berbekalkan sepucuk surat daripada teman karib Masoud, beliau telah dapat menemui Masoud. Masoud telah melihat surat tersebut dan kemudiannya mempelawa beliau tinggal di rumahnya sebagai tetamu khas. Beliau telah menetap lebih kurang dua tahun tiga hari di situ dan dalam hari-hari tersebut, beliau telah melihat sendiri teman-teman seperjuangan Masoud yang datang dan pergi ke rumahnya untuk bermesyuarat tentang hal-hal peperangan. Sungguh menakjubkan, kesemua mereka adalah komuni dengan wajah rupa yang buruk.

    Beginilah keadaan sebenar Masoud yang mana Allah sendiri telah menzahirkannya di hadapan masyarakat sedunia. Dia bangun hendak menentang Tholiban namun tidak berdaya walaupun dia telah berganding bahu dengan Hekmatyar, Rashid Dostum, Iran, India dan Tajikistan. Akhirnya dengan rasa hina, malu dan sengsara derita dia terpaksa keluar dari Bandar Kabul.

    Walaupun pakatan demi pakatan telah dibuat untuk menaikkannya semula sehinggakan dia masih lagi menjadi Menteri Pertahanan tanpa sebarang mesyuarat dan undi, namun di manakah kuncu-kuncunya yang berpengalaman itu?

    Memang benar dia masih mempunyai kawasan pemerintahan sendiri di Jabal Siraj. Itu pun hasil daripada tipu daya dia kepada masyarakat di sana supaya memberontak terhadap Tholiban. Bagi saya, Masoud telah memberikan laluan kepada tentera Russia di jalanraya Salang dahulu sebagai satu impian bahawa dia sahajalah yang masih mempunyai kekuatan di Afghanistan dan boleh memegang kerusi pemerintahan, namun ianya tidak memberi apa-apa alamat kejayaan pun, malah dia sendiri menerima nasib hina yang sama seperti Jeneral Rashid Dostum.

    Soalan Ketiga Belas

    Dikatakan Tholiban fanatik dengan Mazhab Hanafi dan kononnya mazhab ini terkenal dengan 'penyembahan kubur'. Oleh itu mazhab-mazhab lain tidak akan dibenarkan berkembang di bumi Afghanistan.

    Jawapannya

    Ini adalah satu tanggapan dan fikiran yang salah serta tidak berasas. Mengikut kajian yang dibuat, lebihkurang 98% penduduk bumi Afghanistan bermazhab Hanafi. Oleh itu apabila undang-undang Islam ditegakkan di sana nanti, maka ia akan mengikut aliran Mazhab Hanafi sepertimana yang berlaku di Arab Saudi. Negara tersebut lebih condong kepada Mazhab Maliki maka undang-undang Islamnya mengikut aliran mazhab Imam Malik. Begitu juga di negar-negara lain dengan mazhab masing-masing. Jadi, kenapa perlu dipertikaikan masaalah fanatik ini.

    Memang dahulu ada sebahagian rakyat Afghanistan tidak berpegang dengan mana-mana mazhab, sebahagian mereka beraliran Syi'ah dan mereka ini bersama-sama dengan sebahagian besar yang berpegang dengan mazhab. Sekarang ini, berada pula di bawah pemerintahan Tholiban yang bermazhab Hanafi, namun kebebasan beragama dan bermazhab tidak diperketatkan malah setiap individu bebas beragama dan bebas bermazhab.

    Sebabnya ialah Islam agama yang mengajar ke arah keamanan dan perpaduan. Orang bukan Islam merasa aman dan gembira di bawah pemerintahan Tholiban dan perkara ini boleh kita dengar sendiri daripada mereka. Negeri Kunar yang didiami oleh ramai penduduk yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab juga telah menyatakan rasa kegembiraan mereka di bawah pemerintahan Tholiban. Oleh itu propaganda ini memangnya meleset dan sengaja diada-adakan.

    Masaalah kedua ialah kononnya mazhab Hanafi ini terkenal dengan penyembahan kubur. Tanggapan ini salah dan tidak berasas. Tholiban di bawah satu pucuk pimpinan yang betul-betul mengikut ajaran Islam yang sempurna sama ada dari segi aqidah mahupun ibadah. Semua pemuka-pemuka Tholiban di bawah aliran Dizbandy bukan di bawah aliran Berulai yang memangnya masyhur dengan menyembah kubur.

    Kami sendiri telah melihat bahawa secara amnya pemimpin-pemimpin Tholiban kebanyakannya berkelulusan daripada madrasah-madrasah Islamiah Derband di Pakistan seperti Jamiah Haqqaniah Akora Attak Peshawar, Jamiah Ulum Islamiah Binnori Town, Darul Ulum Karachi, Jamiah Faroooqiah, Jamiah Hamadiah dan Darul Ifta' dan Irshad Nazm Abad serta dengan beberapa buah madrasah lain lagi di Pakistan dan Afghanistan. Kalaulah sekiranya ada seorang dua daripada pemimpin-pemimpin Tholiban ini yang beraliran melebihi batasan agama maka semestinya ada beberapa buah penempatan yang berjalan berlawanan dengan undang-undang yang dijalankan oleh Tholiban tetapi perkara ini tidak berlaku, malah kesemua kawasan mengikut kepada asal-usul dan undang-undang yang telah ditegakkan oleh satu pemerintahan di bawah satu presiden (ameer).

    Soalan Ke-empat Belas

    Apabila Tholiban membunuh dan menggantung Dr.Najibullah yang berbangsa Phusto, adakah bangsa Phusto sedunia mengecam tindakan ini dan mengapakah dia patut menerima hukuman tersebut?

    Jawapannya

    Pergerakan Tholiban adalah satu pergerakan revolusi Islam dan pergerakan ini dipelopori oleh mereka yang telah menentang tentera komunis Russia di Afghanistan selama 14 tahun serta perjuangan mereka benar-benar jihad yang tulen dan ikhlas semata-mata. Oleh itu mereka lebih tahu daripada kita, siapakah menjadi tukang dalang (bersubahat) untuk Russia dan siapakah yang menjadi musuh atau penyelamat bagi rakyat Afghanistan.

    Seluruh dunia tahu bahawa Dr.Najibullah adalah ketua KGB Russia di Afghanistan. Pergerakan inilah yang telah menyebabkan orang awam Afghanistan terpaksa tunduk dan menjadi hamba kepada Russia. Disamping itu pergerakan ini jugalah yang bertanggungjawab atas letupan-letupan bom yang berlaku di beberapa tempat di Pakistan yang telah mengakibatkan ramai jiwa yang tidak berdosa terbunuh dan mereka juga membunuh ulama-ulama dan pelajar-pelajar agama. Selepas dia menggantikan Babrak Kamal sebagai presiden Afghanistan maka dia telah mensyahidkan ratusan mujahid dengan letupan-letupan bom dan peluru-peluru berpandu scud. Kesalahannya ini hanya diketahui oleh mujahid-mujahid Afghanistan yang sekarang ini sedang berjuang di medan pertempuran. Bukan saya dan para pembaca, pembunuhan Najibullah atas sebab kesalahan-kesalahannya itu, tidak menyedihkan saya walaupun saya Phusto dan pembunuhan itu di atas tanggungjawab pembunuhnya sendiri iaitu Tholiban.

    Benar, Dr.Najibullah berbangsa Phusto tapi ribuan manusia yang telah mati terkorban semasa dia bermaharajalela dahulu, tiada orang berbangsa Phusto? Seperkara lagi kita perlu tahu bahawa medan peperangan hanya sebagaimana pembeza antara hak dan batil. Masaalah bangsa dan perkauman tiada siapa yang menghiraukannya samaada Phustokah atau tidak, langsung tidak diperhatikan.

    Tholiban sejak ia mula bergerak lagi sudah dikenali sebagai satu pergerakan yang suci dan hanya menegakkan hukum Allah dan RasulNya sahaja. Ia bukan satu pergerakan perkauman atau untuk bangsa Phusto atau puak Qandahar. Dunia juga kenal bahawa pergerakan ini memang mempunyai kekuatan teguh dan mantap, tidak takut kepada sesiapa pun dan mengutamakan hukum Allah melebihi daripada kehendak polisi sedunia. Itu sebabnya mereka berani membuat tindakan atas Dr.Najibullah walaupun mengikut kacamata dunia adalah salah tetapi bagi mereka adalah layak dan patut atas kesalahan-kesalahannya yang keterlaluan.

    Pemimpin-pemimpin lepas seperti Burhanuddin, walaupun dia telah jadi presiden, namun tidak berani pun membawanya ke mahkamah supaya dibicarakan. Masoud yang dikatakan gagah besar dan sebagai Menteri Pertahanan juga tidak mampu melafazkan sepatah dua kata bertanyakan kepadanya akan kesalahan-kesalahannya dahulu kenapa dan bagaimana terjadi?

    Begitu juga dengan Hekmatyar dan Sayyaf. Apabila Tholiban menguasai Kabul, dalam masa beberapa minit sahaja keputusan telah dibuat dan dia dihukum dan digantung dikhalayak ramai. Ianya tidak mengambil masa berjam-jam pun. Beginilah Tholiban, cergas, teguh dan berkaliber.

    Menurut berita yang diterima, Burhanudduin sendiri telah meminta pertolongan melalui Dr.Najibullah bagi mendapatkan bantuan dari India dan Russia. Dr.Najibullah sendiri akan membuat surat rasmi kerajaan dengan tandatangan sekali dan dan diposkannya ke sana. Selain daripada perkara di atas, saya hendak bertanya kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa apabila Dr.Najibullah berada di bawah perlindungan politik kamu, maka mengapa tidak membawanya lari bersama-sama ketika Tholiban masuk ke kota Kabul dahulu? Adakah kamu rasa Tholiban akan memberikan perlindungan kepadanya sedangkan pergerakan ini adalah satu pergerakan revolusi Islam?

    Saya bertanya lagi, mengapa Dr.Najibullah masih lagi menetap di Kabul sedangkan dia tahu revolusi Islam sedang bergerak ke Kabul dengan cepat? Apakah komplot yang sedang diprogramkannya sehinggakan memaksa dia menetap terus di Kabul?

    Selepas itu harus kita faham bahawa revolusi adalah revolusi dan penggerak revolusi tidak akan ditanya kenapa kamu lakukan perkara ini dan kenapa tidak lakukan yang itu. Memandangkan pergerakan ini adalah pergerakan revolusi Islam yang tulen maka ia tidak menghukum sesiapa yang tidak berdosa. Bukan seperti revolusi Khomeini Rafidi di Iran. Ramai jeneral-jeneral dan ribuan rakyat telah dihukum bunuh tanpa sebarang siasatan lanjut. Hal yang begini pun tiada siapa yang tampil ke hadapan menegecamnya, tetapi pergerakan Tholiban yang suci murni ini sentiasa dihujani dengan kecaman-kecaman dan kritikan-kritikan dari semua arah.

    Tengoklah perbezaan ini, betapa jauh persimpangan dari mana dan hendak ke mana?

    Soalan Ke-Lima Belas

    Dikatakan Tholiban adalah pergerakan kaum Phusto dan orang Qandahar (Berbahasa Phusto). Itulah sebabnya pucuk pimpinannya di bawah orang-orang Phusto dan selain daripada orang Phusto tidak siapa pun boleh menjadi wakil bagi kaumnya dalam pemerintahan Tholiban.

    Jawapannya

    Tanggapan ini juga tidak berasas dan salah semata-mata seperti tanggapan sebelumnya. Tholiban adalah adalah satu pergerakan Islam yang berdasarkan iman dan Islam yang tulen. Bukan pergerakan yang memecahkan perpaduan bangsa, kaum dan bahasa. Perkara-perkara ini dilarang dalam Islam. Oleh itu jika sekiranya perkara-perkara ini merupakan satu larangan maka bagaimana pula satu pergerakan Islam yang tulen sebegini boleh melaksanakan perkara yang ditegah oleh agama.

    Kami sendiri telah melihat di Bandar-bandar muslimin Qandahar yang mana tentera-tentera yang menjaga keamanan orang-orang awam di sana kebanyakannya mereka yang berbahasa Parsi sehinggakan sekuriti rumah Gabenor (Datuk Bandar) Qandahar juga di bawah pengawasan mereka yang berbahasa Parsi (juga rakyat asli Afghanistan). Kawasan-kawasan penting tentera dan di medan-medan peperangan juga dapat dilihat pemuda-pemuda yang berbahasa Parsi berkawal selain daripada mereka yang berbahasa Phusto dan lain-lain lagi.

    Umumnya, perkara-perkara begini tidak pun dipertikaikan di dalam negara tetapi hal-hal ini hanya berlaku di luar Afghanistan sahaja. Mereka ini hanya menabur fitnah dan tanggapan-tanggapan serong supaya masyarakat antarabangsa hari ini ragu-ragu kepada perjuangan Tholiban yang suci ini.

    Saya berkata bahawa pergerakan Islam ini dipelopori dan diperjuangkan oleh orang-orang mu'min dan Islam yang mukhlis (ikhlas) samaada dia berbahasa Phusto, Parsi, Uzbek dan tajik ataupun dia berasal dari utara atau selatan Afghanistan.

    Bukankah Mam Abdul Ghani (bekas Gabenor) adalah orang Parsi? Ini termasuk juga man Ghiassuddin (salah seorang ahli mesyuarat Tholiban) dan Maulana Abdul Raqib (menteri yang bertanggungjawab dalam hal-hal pelarian Afghanistan) kedua-duanya berbahasa Parsi. Begitulah juga di bahagian lain dalam pemerintahan Tholiban. Kebanyakannya bukan daripada orang-orang Phusto.

    Seterusnya orang berkata yang Ameer pergerakan ini adalah orang Qandahar dan berbahasa Phusto. Bagi saya ini bukan persoalan untuk mempertikaikan masaalah ini. Seorang Ameer dari mana pun jua, samaada dari Gulbuhar, Qandahar atau Takhar, ia adalah kehendak dan kemahuan Allah semata-mata. Di sini Allah telah memilih Man Muhammad Umar Mujahid (Dammat Barkatuhu) sebagai Ameer pergerakan ini dan kalaulah Allah SWT memilih orang lain dari tempat lain sebagai Ameer, maka semua orang islam bersedia mentaatinya.

    Pekerjaan dan idea pemerintahan Ameer ini tidaklah berkaitan asal-usul seseorang tetapi ia berhubung dengan kebenaran, keberanian, kemampuan, keadilan dan keamanan. Inilah kehendak iman dan Islam. Sesiapa sahaja yang mempunyai ciri-ciri ini, maka ketaatan kepadanya patut diberikan tanpa melihat kepada asal-usulnya.

    Sidang pembaca, renungkanlah sejenak dan singkaplah semula sejarah zaman para Sahabat r.anhum dahulu, bagaimanakah sistem pemerintahan mereka berjalan? Apabila 2/3 dunia jatuh di bawah pemerintahan para Sahabat termasuklah Rom dan Parsi, adakah mereka telah melantik anak-anak watan kawasan-kawasan yang telah dijajah sebagai wakil pemerintah bagi kawasan tersebut atau lebih daripada itu lagi bagi mengelakkan perpecahan?

    Contohnya Parsi, adakah mereka telah melantik anak tempatan negara Parsi sendiri sebagai wakil pemerintah di sana? Tidak saudara! Perkara ini hanya bersangkut-paut dengan hal-hal kebebasan dan keadilan walau siapa dan dari mana asalnya. Oleh itu, semua orang Islam yang mukhlis haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara ini.

    Soalan Ke-Enam Belas

    Kenapakah Tholiban menawan negeri Kunar sedangkan negeri tersebut sejak awal-awal lagi telah menegakkan undang-undang syari'ah Islam?

    Jawapannya

    Kunar adalah salah satu negeri di dalam Afghanistan. Oleh itu apa sahaja corak pemerintahan yang dijalankan di semua negeri di Afghanistan, maka corak yang sama juga patut berlaku di Kunar. Apabila sahaja Tholiban menawan negeri-negeri lain dan menegakkan hukum syari'at di negeri-negeri tersebut, maka Kunar juga patut berada di bawah satu pentadbiran Islam Tholiban. Sebab Islam tidak membenarkan kehadiran dua pemerintah Islam di bawah dua Ameer dalam satu masa dan zaman.

    Negeri Kunar telah membentuk kerajaan Islamnya sendiri sebelum Afghanistan merdeka dan bebas dari Russia lagi. Perkara ini membuatkan ramai mujahid-mujahid masa itu merasa kurang puas hati sebab mereka masih berjuang menentang tentera-tentera Russia dan rakyat Negeri Kunar hanya duduk senang-lenang sahaja.

    Akhirnya apabila pergerakan Islam Tholiban sampai di Jalalabad atas rahmat Ilahi, maka rakyat Kunar sepatutnya menyerahkan negerinya di bawah Tholiban dan menerima Tholiban dengan hati yang terbuka serta gembira sebab inilah kehendak Islam dan keputusan akal fikiran bahawa pemerintahan Islam. Tholiban harus menegakkan hukum Islam di semua tempat samaada tempat tersebut mempunyai kerajaan sendiri ataupun tidak. Alhamdulillah, Tholiban telah dapat menegakkan pemerintahannya si semua tempat dan pada semua kaum di Afghanistan.

    Kerajaan negeri Kunar pula telah membuat kesilapan dengan menentang Tholiban atas impian hendak membentuk sebuah kerajaan berasingan (autonomi). Kesilapan ini telah membawa padah pada diri mereka sendiri.

    Alhamdulillah, Tholiban sebagai satu pergerakan Islam di bawah satu Ameer berjalan mengikut usul-usul syari'at Islam dan ia maju setapak demi setapak pada setiap masa. Semua yang tahu betul-betul, walau di mana sahaja berasa gerun dengannya dan apabila bangun menentang Tholiban maka mereka akan tahu apakah dia 'al haq' itu yang sebenarnya. Negara luar yang hendak menentang pergerakan ini juga akan menerima kelemahan dan kebinasaan. Semoga Allahu Ta'ala memelihara Islam dan penganut-penganutnya serta mengukuhkan Tholiban pada sepanjang masa. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

    Saya menulis perenggan akhir ini semasa dalam perjalanan ke Lusaka, Zambia sebagai tetamu kepada pelajar-pelajar saya yang tinggal di sana iaitu Muhammad Ayub, Muhammad Idris dan Muhammad Yusof. Mungkin dalam perjalanan ini perubahan-perubahan yang berlaku di Afghanistan tanpa pengetahuan saya dan ianya tidak ditulis di sini.

    Walaupun demikian, apa-apa yang terkandung di sini adalah usaha untuk menyelesaikan sebahagian besar masaalah yang terdapat pada masyarakat dunia (tanggapan antarabangsa) tentang pergerakan Tholiban ini. Sesungguhnya Tholiban telah menegakkan hukum syari'at sepenuhnya di kawasan mereka dan tiada sebuah negara pun yang serupa dengannya di dunia ini!

    Sesiapa yang merasa ragu-ragu terhadapnya maka bolehlah pergi ke sana sendiri dan melihatnya.

    Seorang 'alim seharusnya menghabiskan masanya dengan perkara-perkara yang berfaedah. Begitu juga halnya umat Islam seharusnya memeprtingkatkan lagi usaha bagi memajukan agama ini dan mengelak dari bergerak ke arah kemerosotan.

    Sebenarnya sudah terbentuk sebuah negara Islam yang tulen di bumi ini! Oleh itu wajib atas semua orang islam menjaganya dan memeliharanya. Semoga Allah SWT menjadikan pergerakan ini sebagai penyebab hidayat di seluruh alam. Meningkatkan darjat syuhada' pergerakan ini, membantu mereka yang tercedera dalam memperjuangkan pergerakan ini dan memelihara pergerakan yang suci murni ini. Amin.

    USAMAH BIN LADIN

    MUQADDIMAH

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian hanya layak bagi 'rab' Seluruh alam, kepada-Nyalah kita memohon pertolongan. Salawat dan Salam ke atas junjungan yang mulia dan ke atas orang-orang yang mengikut agama-Nya hingga hari Kiamat serta tiada permusuhan kecuali dengan orang-orang yang zalim.

    Risalah secebis perihal kehidupan Usamah bin Ladin yang kecil ini asalnya ialah suatu rencana dalam akhbar Mingguan Jihad "Dhar Bi Mu'min" keluaran darul Ifta' Wal Irshad Karachi. Ianya diterjemahkan oleh sahabat sepengajian di New Town Karachi iaitu Salman Al-Bugisi, sebagai satu permulaan ke arah menyiapkan suatu buku tentang perihal kehidupan wira Islam abad kini (Usamah bin Laden) tentang kehidupan semenjak kecilnya dan tentang latar belakang keluarganya.

    Jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang memberikan kepercayaan kepada diri saya agar menyiarkan kepada umum di Malaysia tentang diri pejuang ini dan secar amnya tentang perjuangan Islam abad ini.

    Wassalam

Abu Barzah Al Jitrawy

30 Disember 1998

Kenali, Kubang Kerian,

Kelantan

BEBERAPA PERIHAL KEHIDUPAN BELIAU

Sebenarnya serangan Amerika ke atas Khost pada tahun lalu (1998), bukanlah ditujukan kepada Usamah tetapi sebenarnya serangan itu ditujukan terhadap agama Islam dan pemerintahan Islam Tholiban. 'Osama' telah dijadikan sebagai satu sasaran dan alas an semata-mata dalam serangan mereka.

Oleh sebab yang demikian, beberapa reality tentang diri Usamah dicatit di bawah ini kerana ianya dirasakan perlu, mungkin masih belum didedahkan lagi oleh mana-mana pihak media massa setakat ini.

Tiga keistimewaan penting dan berharga yang ada pada diri Usamah:

  1. Allah telah menjanjikan pertolongan-Nya dengan wujudnya 3 perkara:

    1. Iman
    2. Hijrah
    3. Jihad

    Alhamdulillah, Allah SWT telah menganugerahkan ketiga-tiga kepadanya.

  1. Ada tiga tempat yang amat suci di atas muka bumi ini:

    1. Masjidil Haram
    2. Masjid Nabawi
    3. Masjidil Aqsa

    Dengan 'Ehsan' Allah, Dia telah menyerahkan ketiga-tiganya kepada ayah saya dan saya (ayah Usamah dan Usamah sendiri) untuk pengubahsuaian, pengawasan dan pemerhatian.

    Pada waktu itu ayah saya sudah memiliki kapal terbang pensendirian manakala kerajaan Saudi masih lagi tidak mempunyai sebarang pun kapal terbang. Biasanya ayah saya menunaikan solat Subuh di Masjidil Haram, solat Zohor di Masjid Nabawi dan solat Maghrib serta Isya' di Masjidil Aqsa. Pengubahsuaian terbaru Masjid Nabawi adalah juga di bawah pengawasan saya (Usamah). Walhamdulillah 'ala zaalik.

  1. Dalam dunia ini ada 3 musuh Islam yang paling besar dan nyata:

    1. Amerika
    2. Israel
    3. Russia

    Dengan rahmat Allah SWT, Dia telah memberikan kepada kami kekuatan berjihad menentang ketiga-tiganya.

    AYAH USAMAH DAN JIHAD

    Ayah Usamah bernama Muhammad telah berpendapat bahawa hari Qiamat semikin hampir dan zaman Hadhrat Imam Al Mahdi akan tiba. Oleh itu, beliau telah menyimpan sebanyak 12 Juta Riyal untuk kepentingan Jihad di zaman Al Mahdi nanti. Usamah berkata bahawa tatkala ayahnya meninggal dunia dan dikala itu jihad di Afghanistan sudahpun bermula, maka dia telah berkata kepada adik-beradiknya bahawa zaman kedatangan Imamul Mahdi masih belum dipastikan lagi sedangkan ayah telah menyimpan banyak perbelanjaan untuk kepentingan Jihad. Akhirnya semua telah bersepakat supaya semuanya dibelanjakan kepada Jihad.

ADIK PEREMPUAN USAMAH MEMBELANJAKAN 30 JUTA RIYAL UNTUK JIHAD

Usamah menyatakan bahawa semua adik-beradiknya mencintai Islam terutama adik perempuan bongsunya yang mana dia sentiasa menyalurkan bantuan harta kepada Jihad. Satu ketika, dia telah mensedekahkan sebanyak 30 Juta Riyal dalam satu masa untuk kepentingan Jihad.

KEKAYAAN USAMAH DALAM JIHAD AFGHANISTAN

Usamah telah membelanjakan harta kekayaannya untuk keperluan Jihad. Dia telah menyumbangkan bantuan berjuta-juta rupiah (matawang Pakistan) pada setiap bulan kepada Hikmatyar, Rabbani, Sayyaf dan Ahmad Syah Masoud. Malangnya mereka adalah pengkhianat-pengkhianat Islam dan Jihad. Hari ini mereka berperang melawan Ameerul Mu'minin dan Tholiban yang telah berusaha mengorbankan segala-galanya demi melindungi Usamah, semata-mata untuk kepentingan Islam dan Jihad. Bagi memelihara Usamah, mereka telah 'melapangkan dad' mereka di hadapan peluru-peluru berpandu Amerika.

Rabbani pula dalam temuramahnya di BBC telah menyatakan sokongannya atas serangan Amerika itu dan berkata bahawa ia masih tidak mencukupi dan perlu diserang lagi. (Perbualan ini ada dalam simpanan akhbat Dharb-e-Mu'min)

KENAPA USAMAH MENINGGALKAN SUDAN?

Beberapa akhbar tempatan Tholiban dalam menyatakan sebab-sebab penghijrahan Usamah dari Sudan ke Afghanistan telah menjelaskan daripada kata-kata Usamah sendiri bahawa Presiden Sudan, jeneral Bashir telah menghantar utusan kepada saya dan menyatakan yang Amerika sedang menambahkan lagi tekanan ke atas negara Sudan. Perlindungan atas kamu (Usamah) adalah diluar daya kemampuan kami. Oleh itu usahakanlah cara yang lain. (Amerika telah berjanji akan menghentikan tekanan ekonomi ke atas Sudan tetapi ia sekadar tipuan semata-mata. Tekanan makin bertambah dan akhirnya Sudan diserang).

Saya tidak merasa apa-apa kegelisahan pun sebab saya yakin pada janji Al Quran menyebut "Siapa yang berhijrah di jalan Allah, maka dia akan mendapati bumi yang luas untuknya".

Namun saya (Usamah) risau bagaimana hendak menyampaikan berita ini kepada ibu saya. Selepas 3 hari, berita ini saya sampaikan juga kepada ibu melalui telefon dan beliau amat terkejut bila mendengarnya. Apabila saya menyatakan hasrat keinginan untuk pergi ke Afghanistan, beliau menegah saya dan berkata: "kamu akan dibunuh di sana nanti. Semua sudah sepakat untuk menentangmu. Saya akan bercakap dengan Jeneral Bashir dan memarahinya atas sifat penakutnya itu."

Hari berikutnya, ibu telah menelefon kepada saya dengan perasaan suka hati. Saya menyangka meungkin Jeneral Bashir telah menukar fikirannya, tetapi ibu berkata bahawa beliau tidak berkesempatan untuk bercakap dengan mereka. Seterusnya menjelaskan bahawa beliau telah melihat dalam mimpinya yang Hadhrat Nabi Musa a.s. dan Hadhrat Nabi Isa a.s. dating dan kamu (Usama) berada di antara keduanya. Sementara itu, saya berada di hadapan mereka. Kemudian kedua-dua Nabi Allah yang terpilih ini sibuk dalam mesyuarat. Selepas sahaja selesai bermesyuarat, mereka telah menghala pandangan mereka kepada saya seraya berkata: "Bertenanglah, kami telah menetapkan cara yang terbaik untuk melindungi Usamah. Oleh itu berilah keizinan padanya ke tempat yang dia hendak tujui (Afghanistan)." Seterusnya ibu telah berkata, "Baiklah, pergilah dengan nama Allah (Bismillah)."

Usamah berkata lagi bahawa apabila kami sampai di Bandar Jalalabad, kerajaan Rabbani di Kabul telah membuat perjanjian dengan Amerika untuk menyerahkan kami kepada Amerika. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Rabbani, Ahmad Syah Masoud dan Haji Kadeer bersama pembesar-pembesar tertinggi sekutu mereka. Pengesahan wujudnya perjanjian ini terjelas lagi apabila Duta Besar Mesir di Islamabad, Pakistan telah berkata dalam satu persidangan kepada Tholiban bahawa kerajaan Rabbani telah berjanji untuk menyerahkan pengganas ini (Usamah) kepada kami, jadi kenapa kamu tidak berbuat sedemikian?

Usamah berkata bahawa dia mendapat tahu tentang berita perjanjian ini di Bandar Jalalabad dari penyokong dan komando Tholiban yang mukhlis iaitu Engineer Mahmood (as syahid) dan Ustaz Syah Noor (as syahid). Di waktu itu, airport Jalalabad di bawah tawanan mereka berdua. (Kedua-duanya telah syahid, hadiah daripada sokongan padu mereka kepada Tholiban).

Selepas daripada persetujuan antara kerajaan rabbani dan Amerika termeterai, dua kapal terbang Amerika hendak terbang ke Bandar Jalalabad, tetapi komando Mahmood (as syahid) dan Ustaz Syah Noor (as syahid) telah menyatakan akan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada Usamah. Kalau kapal Amerika tetap datang juga , maka ia akan diberi izin untuk mendarat.

Tatkala kerajaan Rabbani sedang bersengketa dengan komando Mahmood dan Ustaz Syah Noor, Allah SWT telah menghantar pula Mulla Bur Jan. Beliau telah menyerang Bandar Jalalabad dan berjaya menawan keseluruhan Bandar. Seterusnya dalam masa dua hari, berjaya pula menawan negeri Kunar dan Lagman. Selepas itu serangan Tholiban yang berikutnya telah merampas Sarobi, Mahie' Per dan akhirnya ibu negara iaitu Kabul dari genggaman mereka yang bersubahat dengan Yahudi dan Nasrani itu dan yang telah mengaturkan segala-galanya bagi menyerahkan kami kepada Amerika.

HARTA MILIK USAMAH DAN PENDAPAT AMEERUL MU'MININ

Amerika telah menyatakan bahawa serangan ke atas Usamah adalah disebabkan dia seorang jutawan sedangkan hal yang sebenarnya ialah semua harta milik Usamah di Saudi Arabia telahpun dibekukan atas perintah Amerika. Pembantu Usamah yang bernama Syeikh Abu Khafz menjelaskan bahawa harta Syeikh Usamah berjumlah 2000 Juta Riyal telah dibekukan di Saudi Arabia. Itu sebabnya Ameerul Mu'minin menyatakan bahawa Usamah tidak mempunyai sebarang perantaraan (asbab) pun sehingga boelh mengebom Kedutaan Amerika di Afrika baru-baru ini.

Oleh itu tidak dapat disangkalkanlagi di sini bahawa serangan ke atas Tholiban tempohari (1998) dengan beralasan 'Usamah' adalah satu propaganda yang tidak berasas. Sebab utamanya ialah dengan tertakluknya negeri-negeri di utara Afghanistan baru-baru ini telah menggemparkan dan menggelisahkan negera-negara Kuffar dunia. Amerika telah muncul bersama sekutu-sekutu pakatannya namun..

"Yei Itna hi Ubhriga Jitna Keh Debadugi Insya Allah" - 'makin babnyak propaganda dilakukan maka semakin jelaslah akan muslihat dan tipu daya'.

TAKBIIR!!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com