Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bukan US nak serang Malaysia..Pak Lah kelirukan.

Assalamualaikum wm wt

Bukan US nak serang Malaysia..Pak Lah kelirukan.

Laporan New York times pada 10 Oktober, 2001 tidak kata Amerika Syarikat hendak serang Malaysia. Akhbar tersebut sebenarnya mendedahkan kerjasama yang hendak diwujudkan antara kerajaan Dr Mahathir dengan Amerika Syarikat dalam memerangi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia yang akan dituduh mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan 'pengganas Islam' antarabangsa.

Adullah Badawi atau Pak Lah sedar New York Times telah mendedahkan mengenai kerjasama dengan Amerika Syarikat dalam memerangi kumpulan 'pengganas' Islam (atau dengan lebih tepat lagi - memerangi agama Islam). Maka Pak Lah dengan cepat telah cuba mengelirukan isu ini dengan memberi gambaran palsu kononnya Amerika Syarikat hendak menyerang Malaysia.

Nampak sangat Pak Lah cuba mengalihkan pandangan dan menuntup maklumat mengenai kerjasama Malaysia-Amerika Syarikat yang akan diwujudkan itu.

Pendedahan yang dibuat oleh New York Times itu dengan ringkasnya adalah seperti berikut:

1. Medan peperangan kedua bagi Amerika Syarikat dalam memerangi keganasan adalah Asia Tenggara di mana kerajaan-kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia diancam oleh kumpulan-kumpulan Islam yang mempunyai kaitan atau hubungan dengan kumpulan-kumpulan 'pengganas' Islam antarabangsa.

2. Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan Dr Mahathir, Arroyo dan Megawati dalam operasi bersama untuk menyerang dan menghapuskan kumpulan-kumpulan Islam tersebut.

3. Kerjasama tersebut akan melibatkan operasi tentera dan risikan bersama, dan anggota tentera khas (special force) Amerika Syarikat akan dipinjamkan kepada kerajaan Dr Mahathir, Arroyo dan Megawati.

Bukannya Malaysia yang akan diserang oleh Amerika Syarikat, tetapi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia yang akan diserang dengan restu dan kerjasama kerajaan Dr Mahathir dalam operasi bersama tentera Amerika dan Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia jangan berasa cemas. Yang perlu rasa bimbang dan cemas adalah parti PAS dan kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia yang akan dikhianati dengan dituduh sebagai bersekongkol dengan kumpulan-kumpulan 'pengganas Islam' antarabangsa.

Menurut sumber-sumber di Kementerian Pertahanan di Jalan Semerak, kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat itu sudah pun wujud, dan latihan tentera bersama (joint military excercise) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat di Melaka awal tahun ini menjurus kepada kerjasama dalam memerangi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia yang dianggap mengancam kerajaan Dr Mahathir.

Maklumat yang diterima dari sumber-sumber lain adalah kerajaan Dr Mahathir bukan akan hanya mengkhianati PAS. Lain-lain gerakan Islam seperti ABIM dan persatuan-persatuan Islam di institut pengajian tinggi akan turut dikhianati dengan dituduh mempunyai kaitan dengan Osama bin Laden atau lain-lain kumpulan 'penggans' Islam antarabangsa seperti Hezbollah, Hamas dan Kumpulan Jihad Islamiyyah.

Dikatakan juga bahawa ustaz-ustaz di sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah pondok, dan guru-guru serta aktivis dalam kumpulan-kumpulan seperti tareqat, tabliq, Arqam dan pertubuhan-pertubuhan jihad Islam akan dikhianati sebagai mempunyai kaitan dengan kumpulan 'pengganas' Islam antarabangsa, dan akan diserbu dan ditangkap dibawah ISA.

Objektif kesemuanya ini adalah untuk memastikan hanya parti-parti politik dan golongan Islam yang berfahaman sekular yang boleh bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan negara-negara barat sahaja yang akan terus wujud di Malaysia, dan juga Indonesia.

Di Indonesia, pejuang-pejuang pembebasan Acheh akan di beri label pengganas dan akan diserang oleh tentera Jakarta dalam operasi bersama dengan tentera Amerika Syarikat.

Bagi Filipina pula Abu Sayaf dan lain-lain kumpulan pembebasan Islam akan diserang dan dihapuskan. MNLF dibawah kepimpinan Nur Misuari yang sudah bersekongkol dengan Manila tidak akan di sentuh.

Semakin hari semakin jelas bahawa Amerika Syarikat berselindung disebalik memerangi keganasan untuk sebenarnya memerangi Islam. Hanya golongan fahaman Islam sekular dan modernis (seperti UMNO di Malaysia) yang memperlekeh, mempersundalkan hukum hakam Allah SWT dan yang menolak pelaksanaan sepenuhnya syariat Allah SWT dalam pemerintahan sahaja yang akan dibenarkan oleh Amerika Syarikat dan barat untuk terus wujud dan memerintah negara-negara di mana majoriti rakyat terdiri dari orang-orang Islam.

Percayalah yang diperangi oleh Amerika Syarikat adalah Islam. Ini sememangnya "War on Islam" seperti yang dikatakan oleh Osama bin Laden. Dan kita umat islam di dunia ini tidak boleh mengharapkan kerajaan-kerajaan negara-negara Islam yang dibawah telunjuk Amerika Syarikat dan puak Yahudi untuk bersama-sama kita mempertahankan Islam. Seluruh umat Islam di dunia ini perlu ambil initiatif sendiri untuk berjihad.

Beberapa hari selepas membelasah Iraq pada tahun 1991, Presiden Amerika ketika itu, iaitu Presiden Bush (bapa kepada Presiden Amerika Syarikat sekarang ini) telah dengan angkuh berkata perpaduan umat Islam seluruh dunia yang sangat digeruni oleh barat sebenarnya hanya kata-kata kosong - " We have smashed the myth of Islamic solidarity."

Mari kita berjihad dan membuktikan kepada Presiden Bush ( dan bapa beliau) bahawa perpaduan ummah seluruh dunia bukannya suatu 'myth' tetapi adalah suatu realiti yang akan membuat Amerika Syarikat dan Kristian barat menyesali tindakan mereka memulakan perperangan untuk menghapuskan Islam.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

25 Rejab, 1422
(13 Oktober, 2001)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com