Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Rupanya anthrax helah untuk serang Iraq

Assalamualaikum wm wbt,

Rupanya anthrax helah untuk serang Iraq

Maka rakyat Amerika Syarikat kini panik kerana dikatakan kumpulan pengganas bio-terrorists Islam sedang menyerang dengan menggunakan anthrax. Propoganda melalui media massa di Amerika Syarikat untuk mengaitkan serangan anthrax itu dengan Iraq sudah dipertingkatkan, dan Timbalan Presiden Amerika, Dick Chenney bersama-sama Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld sudah pun mengesa agar Iraq di serang oleh tentera US. Dan nampaknya Iraq akan diserang tidak berapa lama lagi.

Sebab musabab sudah pun diwujudkan untuk menyerang Iraq. Serangan anthrax ini juga digunakan untuk menyokong dakwaan kerajaan Malaysia kononnya wujud Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Islam antarabangsa.

Satu sampul surat dari Malaysia yang dihantar kepada Syarikat Microsoft di Amerika Syarikat telah disahkan oleh FBI mengandungi kuman anthrax. Maka kerajaan UMNO-BN kini boleh terus menyebarkan fitnah kononnya memang wujud kumpulan pengganas Islam di Malaysia, dan anggota-anggota PAS akan difitnah sebagai terlibat dalam kumpulan-kumpulan pengganas Islam antarabangsa tersebut.

Kerajaan Malaysia sudah pun menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan FBI bagi mengesan pihak yang terlibat di Malaysia dalam serangan anthrax ke atas Amerika Syarikat itu.

Kerajaan Malaysia sedar bahawa serangan anthrax di US itu sebenarnya hanyalah helah untuk menyerang Iraq dan juga bagi US meningkatkan serangan ke atas Afghanistan dengan menggunakan 'tactical nuclear weapons', tetapi kerana kepentingan UMNO-BN untuk melumpuhkan PAS dan mempertahankan Islam sekular dan modernis, maka kerajaan Malaysia sanggup bersubahat dalam sandiwara anthrax ini.

Bila US menyerang Iraq nanti dan menggunakan 'tactical nuclear weapons' di Afghanistan,maka bolehlah kita rumuskan bahawa kerajaan UMNO-BN turut bersubahat dalam mengukuhkan helah US untuk serangan-serangan tersebut.

Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

27 Rejab 1422
15 Oktober 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com