Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Anthrax 'bukti' pengganas Islam wujud di Malaysia

Assalamualaikum wm wbt,

Anthrax 'bukti' pengganas Islam wujud di Malaysia

Maka surat yang dikatakan mengandungi anthrax yang dihantar dari Malaysia kepada Microsoft di US telah disahkan oleh FBI mengandungi kuman anthrax. Nampak sangat ini suatu sandiwara oleh Amerika Syarikat untuk membuktikan Malaysia mempunyai kumpulan-kumpulan 'pengganas' Islam yang perlu diperangi. Sandiwara ini juga bagaikan menyokong dakwaan kerajaan Dr Mahathir bahawa ada wujudnya Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikononnya punyai kaitan dengan kumpulan Osama bin Laden.

Maka Menteri Luar Malaysia pun dengan cepat menyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu FBI dan CIA dalam menyiasat pihak di Malaysia yang terlibat dalam menghantar surat berkuman anthrax tersebut kepada Microsoft. Dan Malaysia akan juga membuat kajian serta bertindak untuk melindungi rakyat Malaysia dari wabak anthrax ini.

Sungguh 'cantik' konspirasi dajjal kecil, Amerika Syarikat, dengan khadamnya kerajaan UMNO-BN di Malaysia untuk memerangi Islam.

Bukti sudah pun direka kononnya ada kumpulan 'pengganas' Islam di Malaysia yang membantu kumpulan 'pengganas' Islam antarabangsa untuk melakukan serangan bio-terrorists dengan menggunakan anthrax. Bukti yang diada-adakan ini akan digunakan sebagai justifikasi kepada kerjasama anatar kerajaan UMNO-BN dengan Amerika Syarikat untuk memerangi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia. Sasaran utama adalah parti PAS.

Bukannya PAS sebagai sebuah parti yang akan diserang. Tetapi aktivis-aktivis PAS akan di fitnah dengan tuduhan palsu bahawa mereka terlibat dalam kumpulan 'pengganas' Islam antarabangsa. Dan aktivis-aktivis PAS ini akan ditangkap dibawah ISA.

Sandiwara anthrax ini juga akan memberi justifikasi kepada penempatan anggota tentera khas Amerika Syarikat di Malaysia untuk bersama-sama dengan tentera Malaysia memerangi kumpulan-kumpulan 'pengganas' Islam.

Sandiwara anthrax ini juga akan dijadikan justifikasi kepada tindakan kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk menahan seramai 16 orang aktivis PAS di bawah ISA.

Maka bersedialah kita menghadapi perperangan ke atas Islam di Malaysia yang sedang dilancarkan oleh pakatan kerajaan UMNO-BN dengan kerajaan Amerika Syarikat. Semoga kita orang-orang yang memperjuangkan agama Islam tetapi difitnah sebagai kumpulan pengganas akan diberi kemenangan oleh Allah SWT.

Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

27 Rejab 1422
15 Oktober 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com