Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Malaysia negara Islam?

Akhirnya Dr Mahathir menyahut cabaran PAS dengan menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang selari dengan ajaran Islam. Apakah terbukti benar kata-kata beliau? Fakta-fakta di bawah ini sedikit-sebanyak boleh menjawab persoalan itu.

1. Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dr Mahathir pernah menyokong usul Amerika Syarikat untuk menyerang Iraq ketika menganggotai Majlis Keselamatan PBB sedangkan Malaysia boleh mengambil sikap berkecuali memandangkan rata-rata rakyat Iraq beragama Islam. Implikasinya berlakunya Perang Teluk dan sehingga kini 500-600 ribu rakyat Iraq telah terkorban dan sekatan ekonomi masih lagi dikenakan oleh PBB ke atas Iraq.

2. Sebuah negara Islam seperti Malaysia boleh membenarkan penggunaan akta-akta drakonian seperti ISA, AUKU dan OSA ke atas musuh-musuh politiknya yang kebanyakannya beragama Islam.

3. Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi sebuah negara Islam bertindak gopoh dengan membuat tuduhan melulu bahawa Osama Bin Laden adalah seorang pengganas. Bayangkanlah betapa seorang penghuni gua cukup digeruni oleh sebuah kuasa besar dunia sehingga terpaksa membuat pakatan dengan lain-lain negara untuk mengalahkannya. Beliau juga menuduh PAS dan Keadilan sebagai ekstrim, militan, pengkhianat negara dan sebagainya. Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan untuk menguatkan lagi dakwaannya itu?

4. Prinsip kebebasan beragama yang diamalkan oleh Malaysia membolehkan premis-premis perjudian dan pusat-pusat hiburan didirikan serta penjualan arak dibenarkan sedangkan pada waktu yang sama tidak ada peraturan yang ketat untuk melarang umat Islam bekerja atau berkunjung ke tempat-tempat berkenaan mahupun larangan keras berjudi serta minum arak.

5. Bagaimana pemimpin tertinggi sebuah negara Islam boleh membiarkan rakan-rakannya di dalam MCA dan Gerakan mengutuk secara terbuka dan biadap tentang perlaksanaan Hukum Hudud. Berikut adalah petikan kenyataan Presiden Gerakan, Lim Keng Yaik di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 30 September 2001. "PAS has implemented some ridiculous restrictions such as all Muslim women must wear headscarves and are discouraged from wearing lipstick."Demikian celuparnya kata-kata Lim Keng Yaik yang terang-terangan telah menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia sekaligus menyerlahkan kebodohannya memahami ajaran Islam. Apakah Permaisuri Agung, Tuanku Aishah dan Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah juga telah dipaksa oleh PAS untuk memakai tudung? Bagaimana pula dengan Datin Seri Wan Azizah?Inilah silapnya pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO(tidak perlu disebutkan nama mereka satu persatu) yang membiarkan isteri-isteri mereka tidak menutup aurat.

Banyak lagi penindasan yang dilakukan oleh Dr Mahathir ke atas musuh-musuh politiknya seperti penganiayaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pemecatan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas, Pemecatan Mufti Selangor, Datuk Ishak Ibrahim ekoran insiden penangkapan ratu cantik, penarikan pemberian royalti ke atas Terengganu, mempergunakan institusi polis dan kehakiman untuk menangkis kebangkitan rakyat dan sebagainya. sekaligus tidak menggambarkan Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi sebuah negara Islam. Ini temasuklah tindakan kerajaan Malaysia mengiktiraf kerajaan buangan Afghanistan yang mempunyai reputasi buruk di kalangan rakyatnya seperti terlibat di dalam kegiatan merogol dan lain-lain lagi.

Terkini, Dr Mahathir cuba menekan PAS dengan melabelnya sebagai militan dan cuba mengaitkannya dengan Taliban. Sebaliknya keberanian kerajaan Taliban wajar dicontohi kerana sudi menghantar tenteranya ke wilayah-wilayah yang sedang bergolak dan mengalami penindasan seperti Chechnya, Kashmir dan Kosovo atas semangat persaudaraan sesama Islam biarpun dikenakan sekatan ekonomi oleh PBB.

Beliau mungkin tidak sedar provokasi yang cuba dilakukannya itu akan mengundang padah. Tidak mustahil apa yang berlaku di Amerika Syarikat akan berlaku di Malaysia sekiranya Dr Mahathir terus-terusan menindas rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam dan penyokong Barisan Alternatif. Kebiasaannya kemarahan akan bertukar menjadi kebencian dan seterusnya akan mewujudkan perasaan dendam yang mendalam sehingga melahirkan suatu tindakan ganas yang tidak terkawal. Maka akan berlakulah huru-hara di seluruh negara dan cukup sukar untuk menanganinya kelak.

Setakat ini dakwaan Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tidak mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin MCA, Gerakan mahupun DAP kerana mungkin mereka sendiri meragui kebenaran kata-katanya itu. Ini terbukti dengan kegagalannya untuk menguatkuasakan undang-undang anti murtad baru-baru ini. Lebih jelas lagi ialah Dr Mahathir sendiri telah menyertai sambutan Perayaan Alaf Baru di KLCC yang dimeriahkan dengan konsert sedangkan ketika itu umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa di Bulan Ramadhan dan mengerjakan Solat Tarawih.

Utusan dari Pulau Tawar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com