Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Rakyat bantah JPN benarkan parti politik guna sekolah

KUALA TERENGGANU: Orang ramai membantah tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengizinkan sekolah-sekolah kelolaannya termasuk Sekolah Kebangsaan Felda Kerteh Satu Ketengah Jaya, Dungun dijadikan medan politik parti tertentu, melalui surat terbuka kepada Pengarah JPN itu baru-baru ini.

Surat terbuka itu dihantar salinannya, antara lain kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Pegawai Pendidikan Daerah Dungun dan Marang, Ahli Parlimen Dungun, Dato’ Haji Mustafa Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Haji Saiful Bahari Mamat, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kerteh Satu dan beberapa akhbar harian dan mingguan.

Serentak itu Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Haji Hussin Ismail menghantar surat kepada Pengarah JPN melahirkan rasa dukacita atas kejadian itu. Katanya, setelah meneliti bantahan ibu bapa dan meninjau kesahihan maklumat laporan tersebut, Pejabat Menteri Besar merakamkan rasa kekesalan terhadap penglibatan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dengan aktiviti parti tertentu yang memperalatkan sekolah berkenaan untuk kepentingan partinya.

"Demi menjaga sesitiviti ibu bapa dan masyarakat serta menjadikan sekolah sebagai pusat menimba ilmu yang tidak diganggu gugat oleh anasir luar yang tidak releven, maka perlakuan tersebut perlulah dibendung daripada terus berlaku. "Kerjasama pihak tuan dalam menangani isu seumpama ini, Insya Allah mampu menjernihkan semula keadaan," ujarnya.

Sebelum itu dua surat terbuka ditulis oleh orang berlainan yang menghantar surat terbuka kepada Pengarah Jabatan Pendidikan dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Kerteh Satu, Encik Samsudin Abdul Hamid. Mereka yang mengutus surat itu ialah Encik Kamarudin Salleh dari Ketengah Jaya, Dungun dan Encik Mohd. Mohd. Nor dari Felda Kerteh Satu, Ketengah Jaya, Dungun.

Encik Mohd. dalam suratnya menyebut, parti berkenaan menggunakan Program Generasi Prihatin untuk menjalankan kegiatannya di Sekolah Kebangsaan Felda Kerteh Satu, Ketengah Jaya, Dungun, manakala Kamaruddin Salleh pula menyebut soal yang sama dengan lebih panjang.

Dalam program tersebut pegawai penerangan parti itu dijemput memberi ucaputama sekaligus menyampai sumbangan kepada pelajar-pelajar dari Kementerian Pendidikan yang didakwa kononnya dari wang ihsan manakala Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Dungun hanya menyampaikan ucapan alu-aluan sahaja.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com