Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Umno bahagi wang ihsan ‘dalam gelap’

HULU DUNGUN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Besi, Haji Roslan Ismail menyifatkan Umno membahagikan wang ihsan ‘dalam gelap’ kepada penerimanya. Ini kerana ada di kalangan golongan yang layak menerimanya disisihkan manakala mereka yang tidak layak pula diberikan bantuan wang ihsan itu. Menurutnya, pembahagian wang ihsan itu sepatutnya diberikan kepada golongan miskin tetapi disebabkan pembahagiannya dilakukan dalam gelap, golongan tersebut ada yang tidak diberikan bantuan wang itu.

Beliau berucap di satu majlis di Kampung Shukor, di sini baru-baru ini. Dalam ucapan itu, beliau sempat bertanya kepada mereka menerima bantuan am pada majlis itu sama ada terdapat di kalangan mereka yang menerima wang ihsan itu atau sebaliknya. Serentak itu, beberapa orang yang hadir mengakui menerima sebanyak RM100 wang ihsan itu. Difahamkan pembahagian wang ihsan oleh Umno kepada golongan miskin terpilih adalah sebanyak RM200.

Menurut Haji Roslan yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun, rakyat negeri ini berhak menerima wang ihsan itu kerana ianya adalah wang royalti minyak yang telah dirampas oleh Kerajaan Pusat yang sepatutnyan menjadi hak milik Kerajaan Negeri. Beliau juga menjelaskan walaupun Kerajaan Negeri telah kehilangan wang akibat rampasan royalti minyak oleh Kerajaan Pusat, namun usaha membela golongan miskin tetap diteruskan. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah menaikkan bantuan am bulanan daripada RM60 kepada RM100 bagi membela golongan miskin.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com