Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tengku Paduka: Jeti Shah Bandar lebih selamat

KUALA TERENGGANU: Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ismail mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menjadikan Jeti Shah Bandar di muara Sungai Terengganu sebagai jeti pelancongan untuk ke pulau-pulau kerana ia selamat dan sesuai untuk pertumbuhan ekonomi negeri. Justeru beliau tidak yakin Jeti Merang Setiu boleh dibina dengan baik dan dapat digunakan sepanjang tahun memandangkan keadaan pasir yang sentiasa bergerak dan tidak stabil. "Saya berharap Kerajaan Negeri tidak membabitkan wang rakyat untuk pembinaan jeti yang belum tahu akan memberi manfaat kepada pengguna dan pelancung atau tidak," katanya ketika mengulas kenyataan sebuah akhbar baru-baru ini yang melaporkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mahu membuktikan kepakaran tempatan untuk membina semula jeti itu.

Beliau mencadangkan supaya Jeti Shah Bandar digunakan untuk tujuan itu memandangkan ia selamat dan berdekatan dengan bandar dan Pasar Kedai Payang. Ia memberi peluang pelancong membeli belah di situ sekaligus memberi pendapatan lumayan kepada peniaga-peniaga di sini. "Para pelancung dapat membeli belah sambil menunggu untuk ke pulau-pulau, dalam perjalanan untuk balik ke destinasi masing-masing," jelasnya.

Baginya ia satu jalan yang lebih baik untuk menggalakkan pelancong membeli belah barang-barang tempatan rakyat Terengganu. Projek Jeti Pelancongan Merang yang dibina dan disiapkan oleh kerajaan lalu pada tahun 1997 didakwa sebagai strategik dan terlindung dari arus laut, disifatkan sebagai tidak tepat. Beliau sebagai Ketua Perhubungan Parti Melayu Semengat 46 pernah mengutus surat, mendesak supaya Kerajaan Negeri menangguhkan atau memberhentikan pembinaan jeti itu buat sementara waktu pada 17 April 1996.

Ini memandangkan kajian kesan alam sekitar (EIA) tidak dilaksanakan bagi menentukan kesesuaian lokasi dan kesan hakisan pantai berhampiran. Justeru pembinaan Jeti Merang tanpa perancangan dan kajian yang teratur mengahasilkan beberapa kesan buruk kepada alam sekitar sejak 1996.

"Ini terbukti apabila lapan Chalet kepunyaan Majlis Daerah Setiu roboh dihakis ombak besar tidak lama dulu dan Sutera Beach Resort, hotel empat bintang yang berdekatan jeti tersebut terpaksa membelanjakan wang lebih RM2 juta untuk membina benteng penahan hakisan ombak yang mengancam sebahagian kompleks hotel itu," ujarnya.

Difahamkan sejumlah RM12 juta dibelanjakan untuk membina jeti itu yang kini disifatkan sebagai projek gajah putih. Kerajaan lalu berhasrat untuk membina sebuah lagi benteng pemecah ombak bernilai RM30 juta tidak jauh dari jeti berkenaan. Bagaimanapun projek itu gagal apabila pentadbiran Terengganu bertukar tangan kepada Barisan Alternatif (BA) pada Pilihan raya Umum 1999 yang lalu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com