Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Nyatakan apa Umno tidak setuju – Harun

HULU TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Haji Harun Taib meminta pemimpin Umno menyatakan apa perkara yang mereka tidak setuju dengan Kerajaan Negeri. Ini kerana pemimpin Umno yang menerajui Kerajaan Pusat mengenakan berbagai tekanan kepada Kerajaan Negeri termasuk menafikan hak royalti minyak yang menjadi milik Kerajaan Negeri. "Nyatakan kat mana Umno tak setuju dengan Kerajaan Negeri. "Adakah kerana kita tak pecat imam Umno, kita naikkan bantuan am, kita hapuskan kedai itu, adalah itu yang mereka marah," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan dan Dialog antara pemimpin dan rakyat.

Baginya, tekanan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno terhadap Kerajaan Negeri jelas menunjukkan mereka tidak mahu usaha-usaha untuk melaksanakan syariat Islam dijalankan. Tambahnya, Kerajaan Negeri berusaha untuk melaksanakan syariat Islam antaranya telah menghapuskan kedai judi, menghadkan penjualan arak, mengadakan pinjaman tanpa riba dan lain-lain.

Selain itu, katanya, dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, imam dari kalangan orang Umno tidak dipecat sebaliknya mereka turut menikmati kenaikan elaun yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. "Kalau dia (Kerajaan Pusat) beri bonus, kita pun beri bonus, kita rakyat Terengganu bersatu padu," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan mati dengan tekanan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat termasuk merompak royalti minyak yang menjadi haknya. "Jangan ingat tak ada duit, mati selalu," tegasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com