Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jangan takut undang-undang Islam

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru semua lapisan masyarakat termasuk orang Islam dan bukan Islam supaya tidak takut kepada undang-undang Islam kerana ia adalah undang-undang yang adil untuk kebaikan semua manusia. Katanya, jika orang bukan Islam memahami dan mendengar mereka akan menerima undang-undang Islam kerana ia undang-undang yang baik berbanding undang-undang barat.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Enakemn Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini. Katanya, undang-undang takzir umpamanya adalah satu undang-undang yang luas yang diberi kuasa kepada kerajaan Islam untuk menggubal dan melaksanakannnya.

Menurutnya, Islam menetapkan undang-undangnya kepada dua bahagian termasuk undang-undang yang dinaskan dalam al-Quan dan hadith Nabi S.A.W. dan kedua undang-undang yang tidak dinaskan. "Undang-undang yang dinaskan ialah undang-undang qisos dan hudud. Ia dinaskan sebagaimana dinaskan perkara ibadat termasuk rakaat sembahyang dan waktunya maka kita tidak boleh memindanya," katanya.

Apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana mengendalikan mahkamah, keterangan-keterangan dan menguatkuasakan undang-undang itu. Ini kerana undang-undang itu menjadi aqidah umat Islam dan ia menjadi urusan Allah yang tidak boleh seseorang itu campurtangan. Katanya, undang-undang tersebut tidak terikat dengan masa dan keadaan sekeliling.

"Kerajaan boleh memikirkan bagaimana mengenakan syarat-syarat yang menasabah dengan masa dan keadaan. "Adapun undang-undang takzir Kerajaan boleh berfikir dan merancang mengikut keadaan semasa," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com