Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Undang-undang Islam berbeza dengan Barat

KUALA TERENGGANU: Walaupun ada ketikanya semacam ada persamaan antara Undang-undang Islam dengan undang-undang barat tetapi hakikatnya ia berbeza dari segi spritual iaitu pendidikan, dosa dan pahala walaupun hanya undang-undang takzir. Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, Sebelum itu Kerajaan perlu mendidik rakyat melalui media massa.

Bagaimanapun permohonan Kerajaan yang dikuasai pembangkang di Malaysia ini untuk menubuhkan stesen televisyen (TV) dan radio sendiri ditolak oleh Kerajaan Pusat. "Kita pernah minta supaya dibenarkan Kerajaan Negeri mempunyai stesen televisyen sendiri tetapi Kerajaan Pusat tidak mengizinkan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Bagaimanapun tambahnya di negara lain seperti di Turki, Indonesia dan negara Barat membenarkan stesen TV dan radio sendiri didirikamn oleh golongan Islam. Kerajaan juga perlu mendidik rakyat dalam perkara halal dan haram. Katanya, aspek spiritual akan menyentuh soal dosa dan pahala. "Sekiranya seseorang terlepas daripada tindakan penguatkuasa, dia tidak terlepas di hari akhirat, akan dihukum oleh Allah Ta’ala," jelasnya.

Bagaimanapun sekiranya dihukum di dunia dengan undang-undnang takzir, hudud dan qisos, mereka tidak dihukum lagi kerana sudah dihulkum di dunia. "Kita hendaklah menyedari bahawa aspek aqidah inilah yang membezakan undang-undang Islam dengan undang-undang Barat," jelasnya lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com